SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
~selamat datang ~

28/09/09

19 hadith mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orangyang penyayang tidak akan sia-sia".



2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang
yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya. 5. Apabila telah lahir anak lalu
disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan
daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit,maka Allah memberinya pahala
seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk
membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari
pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya,
maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka,barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih
dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat
akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?
Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak
terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari
dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia
taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan
puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau
dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan
sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia
berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi,
janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah
sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat.
Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita
setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah."
SEKADAR RENUNGAN BERSAMA..."

9/09/09

INDONESIA BUAT HAL

Menurut Forum Kebudayaan Indonesia, sudah 32 budaya Indonesia yang budaya Indonesia yang diduga dicuri, dipatenkan, diklaim, dan atau dieksploitasi secara komersial oleh korporasi asing, oknum warga negara asing, ataupun negara lain, 21 diantaranya diklaim oleh Malaysia.




Batik dari Jawa oleh Adidas
Naskah Kuno dari Riau oleh Pemerintah Malaysia
Naskah Kuno dari Sumatera Barat oleh Pemerintah Malaysia
Naskah Kuno dari Sulawesi Selatan oleh Pemerintah Malaysia
Naskah Kuno dari Sulawesi Tenggara oleh Pemerintah Malaysia
Rendang dari Sumatera Barat oleh Oknum WN Malaysia
Sambal Bajak dari Jawa Tengah oleh Oknum WN Belanda
Sambal Petai dari Riau oleh Oknum WN Belanda
Sambal Nanas dari Riau oleh Oknum WN Belanda
Tempe dari Jawa oleh Beberapa Perusahaan Asing
Lagu Rasa Sayang Sayange dari Maluku oleh Pemerintah Malaysia
Tari Reog Ponorogo dari Jawa Timur oleh Pemerintah Malaysia
Lagu Soleram dari Riau oleh Pemerintah Malaysia
Lagu Injit-injit Semut dari Jambi oleh Pemerintah Malaysia
Alat Musik Gamelan dari Jawa oleh Pemerintah Malaysia
Tari Kuda Lumping dari Jawa Timur oleh Pemerintah Malaysia
Tari Piring dari Sumatera Barat oleh Pemerintah Malaysia
Lagu Kakak Tua dari Maluku oleh Pemerintah Malaysia
Lagu Anak Kambing Saya dari Nusa Tenggara oleh Pemerintah Malaysia
Kursi Taman Dengan Ornamen Ukir Khas Jepara dari Jawa Tengah oleh Oknum WN Perancis
Pigura Dengan Ornamen Ukir Khas Jepara dari Jawa Tengah oleh Oknum WN Inggris
Motif Batik Parang dari Yogyakarta oleh Pemerintah Malaysia
Desain Kerajinan Perak Desak Suwarti dari Bali oleh Oknum WN Amerika
Produk Berbahan Rempah-rempah dan Tanaman Obat Asli Indonesia oleh Shiseido Co Ltd
Badik Tumbuk Lada oleh Pemerintah Malaysia
Kopi Gayo dari Aceh oleh perusahaan multinasional (MNC) Belanda
Kopi Toraja dari Sulawesi Selatan oleh perusahaan Jepang
Musik Indang Sungai Garinggiang dari Sumatera Barat oleh Malaysia
Kain Ulos oleh Malaysia
Alat Musik Angklung oleh Pemerintah Malaysia
Lagu Jali-Jali oleh Pemerintah Malaysia
Tari Pendet dari Bali oleh Pemerintah Malaysia

6/09/09

RAHSIA MIMPI

Bermimpi nampak syurga -alamat akan menjadi orang yang mulia
Bermimpi langit pecah - alamat negeri akan dirampas orang
Bermimpi berenang di sungai - alamat niatnya tidak akan terkabul
Bermimpi berjalan di sungai - alamat akan bersedih

Bermimpi sedang belayar - akan dalam pkerjaan dan usahanya berjaya
Bermimpi bertunang - akan kawin cepat pada tahun ini
Bermimpi hisap rokok - akan mencapai puncak kejayaan
Bermimpi menggosak baju - alamat kebahagiaan dalam rumah tangga
Bermimpi membayar zakat - alamat tidak pernah kekurangan wang
Bermimpi menjadi ketua pejabat- alamat akan maju dalam soal kewangan
Bermimpi membaca Al-Quran - khabar baik akan datang kepada anda
Bermimpi tentang patung - akan memperolehi kemakmuran
Bermimpi melihat permaidani - akan memperolehi keuntungan
Bermimpi makan daging gajah - akan dapat rezeki
Bermimpi melihat harimau - kejayaan atas apa yang diusahakan
Bermimpi melihat kerbau - beroleh kebajikan

** Tafsiran semata-mata, apa yang berlaku adalah kehendak Allah S.W

10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami

10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami


1. Bila si dia sibuk... ... .. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego... ... . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik... ... .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran... ... .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat... ... . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... ... ... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong... .. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba... ... . Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang... .. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul... ... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat

10 BUKTI LELAKI ITU RUMIT

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar

JUAL BAYI DAPAT RUMAH

Ibu jual bayi untuk dapatkan rumah
(SUMBER: B HARIAN

MEXICO CITY: Pihak berkuasa Mexico menahan seorang ibu yang disyaki menjual bayi perempuannya berusia lapan bulan sebagai ganti kepada sebuah rumah dan pembayaran yang tidak dinyatakan nilainya.

Pihak pendakwaraya di Michoacan berkata nenek bayi berkenaan memberitahu pihak berkuasa anaknya memberi bayi perempuan itu kepada pasangan tempatan dan berbincang untuk mendapatkan sebuah rumah sebagai balasan.

Pasangan itu turut ditahan.

KATA AKU:
ANEKDOT: ada orang nak anak , ada orang jual anak,ada orang buang anak.

5/09/09

TARIKH LAHIR DAN SIFAT ANDA

TARIKH LAHIR DAN SIFAT ANDA MENURUT KALENDAR HIJRAH

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

4/09/09

SOLAT JAMA' & QASHAR

Orang yang bepergian (musafir) ada keringanan dalam melakukan shalat, yaitu dengan

Qashar
Jama’
Keduanya (Jama’ + Qashar sekaligus)
Masing-masing mempunyai syarat-syarat tersendiri. Berikut adalah ketentuan dari keringanan shalat tersebut,


QASHAR


Shalat qashar ialah shal at yang dipendekkan (diringkas), yaitu shalat fardlu yang empat raka’at (dhuhur, ashar dan isya’) diringkas menjadi dua raka’at. Sedangkan shalat maghrib (3 raka’at) dan shubuh (2 raka’at) tidak ada keringanan, tetap sebagaimana biasa, tidak boleh diqashar.

Hukum meng-qashar itu boleh (mubah), sebagaimana firman Allah swt. :

“Apabila kamu mengadakan perjalanan di muka bumi (di darat maupun di laut) maka tidak ada halangan bagimu untuk hemendekkan shalat” (An-Nisa’, 101)

Menurut madzab Syafi’ i dinyatakan lebih baik meng-qashar shalat bagi orang yang.musafir yang cukup syaratnya, berdasarkan hadits sebagai berikut :

Dari Ibn Umar, Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala suka (senang) apabila segala kelonggarannya diterima (dilaksanakan oleh kamu), sebagaimana Ia sangat benci apabila segala kemaksiatannya dikerjakan oleh kamu”. (H.R. Ahmad)

Syarat-syarat syah-nya shalat qashar

1). Jarak perjalanan sekurang-kurangnya dua hari perjalanan kaki, atau dua marhalah (yaitu sama dengan 16 farsah).

“Pernah Ibn Umar dan Ibnu Abbas r.a. mengqashar dan berbuka dalam perjalanan sejauh empat burud, yaitu enam belas farsakh”. (H.R. Bukhari).

Dari Ibn ‘Abbas ra. berkata : Rasulullah saw. bersabda : “Janganlah kamu mengqashar shalat dalam perjalanan yang kurang dari empat barid, yaitu dari
Mekkah ke ‘Usfan”. (HR. Ad Daruquthni dengan sanad Dha’if)

Dari ‘Atha r.a. sesungguhnya ia pernah berkata : Bertanya seseorang kepada Ibnu Abas ra. “Apakah aku boleh mengqashar (dalam perjalanan sejauh) ke Arafah?” Maka Ibnu Abas menjawab: “Tidak”. Maka orang itu bertanya pula : “Ke Mina ?”. Ibnu Abas menjawab: “Tidak, tetapi ke Jiddah dan ke ‘Usfan dan ke Thaif’ (H.R. Asy-Syafi’i dan Baihaqi)

Tentang jarak ini, Syekh Abdur Rahman Al-IJazairi dalam Kitabul Fiqih ‘alaa Madzaahibil Arba’ah, jilid I halaman 472, dinyatakan 16 farsakh = 80.640 km. (dibulatkan menjadi 81 km). Kebanyakan para Ulama di Indonesia menerangkan bahwa 16 farsakh itu = 138 km. Menurut K.H. Ma’shum bin Ali Jombang, 16 farsakh = 8.992.992 m (dibulatkan menjadi 90 km.).

2). Bepergian bukan untuk maksiat.
3). Shalat yang boleh diqashar hanya shalat yang empat raka’at saja, dan bukan shalat shalat qadla. Shalat yang empat raka’at ialah shalat dhuhur, ‘ashar dan ‘isya.

Cara mengqashar ialah supaya shalat yang empat raka’at itu dikerjakan (dijadikan) dua raka’at saja.

Dari Anas r.a. ia berkata : “Pernah kami pergi keluar bersama Nabi saw ke Mekkah, maka ia mengerjakan shalat dua-dua raka’at, hingga kami kembali ke Madinah. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Adapun shalat shubuh dan maghrib tidak boleh diqashar.

4). Niat mengqashar pada waktu takbiratul ihram.
5). Tidak ma’mum kepada orang shalat yang bukan musafir.

BATAS MASA JADI MUSAFIR


Tentang batas waktu musafir, sebagian para Ulama menyatakaq tiga hari tiga_malam saja. Setelah itu dianggap sudah menjadi muqim.

Dari Al-Ula bin Hadrami r.a. ia berkata : Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : “Telah tinggal kaum Muhajirin di Mekkah selama tiga hari setelah menunaikan
rukun hajinya”. ( HR Bukhari dan Mustim)

Dari Umar r.a. bahwasanya ia pernah membawa orang-orang Yahudi dari Hijaz, lalu diijinkan orang yang datang di antara meieka, untuk berdiam selama tiga hari (H.R. Malik dalam Kitab Muwatha’).

Dari hadits tersetut di atas, dapat kita ambil kesimpulan bahwa orang musafir yang tinggal selama tiga hari itu belumlah dinamakan muqiim, tetapi masih disebut musafir, sehingga mereka masih boleh mengerjakan shalatnya dengan qashar. Jika telah tinggal lebih dari tiga hari, maka bukan musafir lagi. Demikian menurut hadits tersebut

Pendapat tentang jarak 3 mil boleh QASHAR


Ada sebagian ulama berpendapat, bahwa mengqashar shalat dibolehkan dalam perjalanan tiga mil, sebagaimana dinyatakan dalam hadits berikut

Saya bertanya kepada Anast bin Malik tentang mengqashar shalat. Ujarnya : “Rasulullah ’s.a.w. mengerjakan shalat dua raka’at kalau sudah keluar dari-rumah sejauh tiga’mil atau’ tiga farsakh”. (H.R. Muslim)

JAMA’




Shalat Jama’ ialah shalat yang dikumpulkan. Seorang musafir diperbolehkan menjama’ /mengumpulkan dua shalat (Dhuhur dengan ‘Ashar dan/atau Maghrib dengan ‘Isya) di dalam satu waktu.

Caranya, ada dua macam :

a. Jika Shalat Dhuhur dengan ‘Ashar dikerjakan pada waktu zhuhur, atau Maghrib dengan ‘Isya dilakukan pada waktu Maghrib, maka jama’semacam itu dinamakan Jama’ Taqdim.

b. Jika dilakukan sebaliknya, zhuhur dan Ashar dikerjakan pada waktu ashar, dan maghrib dengan ‘Isya dikerjakan pada waktu isya. disebut Jama’ Ta’khir (mengakhirkan),

Syarat Jama’ Taqdim


1. Dikerjakan dengan tertib; yakni dengan shalat yang pertama misalnya zhuhur dahulu, kemudian ashar. Dan maghrib dahulu kemudian isya.

2. Niat jama’ dilakukan (dilahirkan) pada shalat pertama.

3. Berurutan antara keduanya; yakni tidak boleh disela dengan shalat sunat atau lain-lain.

Jika hendak mengerjakan Dzuhur dan ‘Ashar dengan jama’ ta’dzim, lebih dahulu mengerjakan shalat Dzuhur seperti biasa sampai selesai. Setelah memberi salam dari shalat dhuhur, terus berdiri lagi untuk shalat ‘Ashar. Demikian pula untuk Maghrib dan ‘Isya, terlebih dahulu mengerjakan Maghrib seperti biasa. Sesudah salam dari shalat Maghrib terus berdiri lagi untuk mengerjakan ‘Isya.

Shalat jama’ taqdim dikerjakan secara beriringan (tanpa jeda). Ketika hendak memulai shalat yang kedua disunatkan iqamah.


Syarat Jama’ Ta’khir.


1) Niat jama’ta’khir dilakukan pada shalat yang pertama.

2) Masih dalam perjalanan tempat datangnya waktu yang kedua.

Cara mengerjakan jama’ ta’khir tidak berbeda dengan jama’ taqdim, kecuali waktunya, yaitu Jama’ ta’khir dikerjakan pada waktu ‘Ashar dan/atau ‘Isya.

Jika jama’ ta’dim wajib mendahulukan Dzuhur daripada ‘Ashar, Maghrib dari ‘Isya, maka pada jama’ ta’khir boleh mana saja yang hendak didahulukan tetapi mendahulukan shalat pada waktu itu adalah sunat.

JAMA’ QASHAR

Musafir yang memenuhi syarat-syarat (shalat jama’ dan qashar) yang telah disebutkan di atas, boleh mengerjakan shalat jama’ dan qashar sekaligus, yaitu mengumpulkan shalat dan memendekkannya.

Cara mengerjakan jama’ qashar tidaklah berbeda seperti halnya mengerjakan jama’, kecuali berbeda raka’atnya saja, yaitu dhuhur ashar dan isya’ pada shalat qashar dikerjakan dua raka’at.

TANDA KEMATIAN UMAT ISLAM

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



Marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari
keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

KAWAN AKHIR ZAMAN

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar benar sibuk
Dengan urusan memperbaiki diri nya
Yang benar benar sibuk
Untuk mengubah sikapnya
Untuk kembali kepada Zat yang sempurna
Yang ada kini hanyalah
Sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya sementara
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah payah dan berpenatlelah
Yang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan harta yang menimbun
Tapi jiwanya masih kosong belaka
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar melekat iman di jiwanya
Mengunakan profession nya menuju cita cita di akhirat sana
Yang ada kini hanyalah
Ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Bersifat silaturrahim semata mata kerana Allah
Saling berhubungan dan bertanya khabar semata mata kerana Allah
Yang ada kini hanyalah
Sikap pura pura untuk menyenangkan hati sendiri
Bersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiri
Yang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari
Untuk kepentingan masyarakat Islam sendiri
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada kini hanyalah
Yang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta dunia
Yang menghidupkan budaya barat
Sehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan majlis majlis Al Quran tempat pertemuan
Yang menjadikan majlis majlis Agama tempat berkenalan
Yang ada kini hanyalah
Yang menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umur
Yang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan Al Quran sebagai hiburan
Menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman
Yang ada kini hanyalah
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketerampilan
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
Yang sentiasa merasai jelingan Izrail
Yang bersungguh sungguh memperbaiki iman dan amal sebelum kematian
Yang bersungguh sungguh memperbaiki sikap sendiri untuk masa depan diakhirat
Yang ada kini hanyalah
Yang panjang angan-angannya
Yang sibuk mengumpul dunia kerja seharian
Seolah olah kematian itu masih jauh
Seolah olah alam barzakh itu tidak akan ditempuh....

AL-QURAN-PERSOALAN DAN JAWAPAN

Hidup kita selalu dipenuhi dengan kegelisahan dalam mencari jawapan kepada permasalahan yang kita hadapi..

Bukankah kita harus berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah dan sememangnya semua jawapan kepada masalah kita ada dijawab dalam Al-Quran.. meminjam satu artikel daripada catatan sebenar ILuvIslam..


Kita bertanya : Kenapa aku diuji?

Quran menjawab:


“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta .” (Surah al- Ankabut, ayat 2-3)

Kita bertanya : Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab,


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatau, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)


Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini ?

Quran menjawab:


“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 286)

Kita bertanya : Kenapa mesti frust ?

Quran menjawab:


“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
(Surah al-Imran, ayat 139)

Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab:


“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah ayat 45)


Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?

Quran menjawab:


“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)
Kita bertanya: Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Quran menjawab,


“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, ayat 111)


Kita berkata : Aku tak tahan!!!

Quran menjawab:


“. .dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87)


Kita berkata: Sampai bila aku merana begini ?


Quran menjawab,


“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)


Jadi, apakah resolusi yang kita dapat buat daripada artikel ini.. Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya Al-Quran adalah panduan hidupmu.. “Itulah kitab yang tiada keraguan padanya, petunjuk kepada orang-orang bertakwa..” Al-Baqarah;2..

3/09/09

KWSP VS Pencen

Utusan Malaysia

SEREMBAN 25 Okt. - Seramai 43,000 kakitangan kerajaan yang mengambil opsyen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkemungkinan diberi peluang sekali lagi untuk membuat pilihan menyertai skim pencen.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, perkara itu telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk dipertimbangkan supaya kakitangan terbabit mendapat kembali nikmat dalam opsyen pencen.

''CUEPACS menyedari nasib 43,000 kakitangan kerajaan yang memilih opsyen KWSP yang tidak mendapat tiga perkara berbanding mereka yang memilih opsyen pencen.

''Tiga perkara itu ialah tiada kad persaraan, tiada kemudahan perubatan selepas bersara dan tiada gratuiti. Mereka kini berhadapan kebimbangan," kata beliau kepada pemberita di sini malam tadi.
Itulah sebahagian daripada petikan akhbar yang amat menarik minat saya. Sebagai salah seorang yang telah memilih Skim KWSP, kini amat terasa nilai simpanan yang ada sebenarnya tidak seberapa.

Ketika memilih skim ini, kami dimaklumkan akan kelebihan mempunyai tabungan yang menjangkau RM300,000.00. Nilai itu pada tahun 90-an amat besar dan banyak benda yang boleh dilakukan.

Kini, RM300,000.00 tidaklah sebanyak mana, hanya harga sebuah rumah banglo dua tingkat dengan keluasan tanah yang terbatas di bandaraya Alor Setar. Kalau inilah nilainya, bagaimana 15 tahun lagi, ketika saya memasuki umur persaraan?

Malah ketika memilih, ramai antara kami yang tidak sedar gratuiti tidak diberi dan kemudahan perubatan ditamatkan sebaik sahaja bersara.

Hanya setelah menyertai NUTP baru saya sedar kesan pilihan yang dilakukan dan sudah terlambat untuk diubah semula.

Sebenarnya, saya tidak risau tentang perbelanjaan selepas persaraan, cuma yang dirisaukan peningkatan harga barang dan kos pengajian anak-anak ketika itu sudah pasti berlipat ganda berbanding sekarang.

Berikut dipaparkan perbandingan antara kedua-dua skim tersebut:

JIKA MEMILIH PENCEN

1. GANJARAN PERKHIDMATAN

7.5% X Jumlah Bulan PErkhidamatan X Gaji Akhir

2. PENCEN BULANAN
1/600 X Jumlah Bulan Perkhidmatan X Gaji Akhir
(Tertakluk kepada pencen maksimum setengah daripada gaji akhir)

3. Faedah Perubatan untuk suami / isteri , anak kurang
upaya, anak bawah 18 tahun atau masih dalam institusi pendidikan dan ibubapa
* Ibubapa hanya semasa pegawai dalam perkhidmatan

4. Pencen Terbitan untuk balu / duda / anak.


JIKA MEMILIH KWSP

1. Caruman KWSP bulanan mengikut kadar untuk majikan (12 %) dan pekerja (11 %)

2. Menerima semua faedah dalam SSM seperti guru lain semasa dalam perkhidmatan

3. Hilang faedah perubatan apabila bersara.

4. Tidak ada bayaran ganjaran pencen bulanan.

5. Terpaksa membayar balik baki pinjaman perumahan sekaligus apabila bersara.

Bila difikirkan, itulah yang memeningkan kepala walaupun tidak pasti umur hayat ini sampai ke tahap itu atau tidak.

MENGAPA MENGUAP

Penerangan saintifik menyatakan yang kita menguap disebabkan oleh keperluan fizikal. Selain daripada kepenatan, kita juga menguap kalau darah kekurangan oksigen. Ada juga teori yang menyatakan menguap dapat melaraskan suhu badan. Sesetengah orang menguap kalau rasa bosan.

Kenapa menguap boleh berjangkit?

Tengok orang lain menguap, kita pun nak menguap ye….ooopppp…tutup mulut dulu.
Bila kita lihat orang menguap, otak kita proses informasi dan disalurkan ke brain circuitry yang dipanggil “mirror-neuron system” yang menganalisis dan meniru gaya yang dilakukan oleh orang lain.

Itu teori dari barat. Rasulullah s. a. w. juga mengajar kita adab menguap
Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi s.a.w tidak pernah menguap sama sekali, nescaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

SENARAI BARANG HARAM


KADANG 2 KITA LUPA

RENUNGAN:

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Toyota/Honda ---- seterusnye..
3) Badminton ----- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager ...
6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi --- Bangkok --- Jakarta
8) Dalam semua segi kita mau kanperubahan kearah yang lebih baik dan glamour...
9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayarpunye)----laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong

TETAPI... KITA JUGA LUPA....SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA..... DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAHPEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'... SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAHKITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) Bangi ---- madinah ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. ..
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....
7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/suratkhabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT. Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONALimprovement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitanAKHIRAT slowly di ketepikan.... .

Contohnya: Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. ....... Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE.. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat& gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kitapun sedia maklum dan tahu.... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT. Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang punyang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun.... Tuhan juga memberikita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. .. dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebihkurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya... infiniti...

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjayadi dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikutkehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumidan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, merekadiseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.' Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikatpada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2... Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama. Wassallam.

B CAREFULL


KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tandahalal pada produk tersebut. "Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include : Canned Meat Canned Seafood Canned Fruits Canned Vegetables Seasonings di atas adalah barang2 keluaran narcissus. Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain.untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawatiwebsite http://www.halaljakim.gov.my/

DRIVE CAREFULLY











BETTER be CAREFUL and DO NOT let the SMS and mobile incoming calls…..distract our ATTENTION while DRIVING. Be 100% ALERT while Driving and DO NOT take SAFETY for granted. Have a Good Day.









WHY SHOULD YOU NOT BE TEXTING ON YOUR CELL PHONE WHILE DRIVING?

SUNNAH NABI

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak 'Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan'. Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya!. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalahpenawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah banyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu. 3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bacteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum.. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgnairH20, akan menjadi H2CO3, i!aitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.


4. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan !itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapatmerebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudarisana,


5. Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. Mengapa ia terletak di Mekah al- Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju! bersam a, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain.. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran..