SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
~selamat datang ~
Memaparkan catatan dengan label MOTIVASI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MOTIVASI. Papar semua catatan

5/03/12

TAN SRI MOKHTAR AL-BUKHARY& PESANANNYA

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut Forbes beliau mempunyai harta bernilai AS$1.7 billion pada 2010 seterusnya menjadi orang kelapan terkaya di Malaysia pada 2010.
...
Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951 Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.
Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.

Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.
Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.

Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.

Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.

MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor


Latarbelakang Ringkas Syed Mokhtar
- Tahun lahir : 1951
- Pendidikan: SPM
- Mula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan: AS$1,700 juta
- Ke 8 terkaya di Malaysia
- Ke 655 terkaya di Dunia (Forbes)
- Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
- Kereta: Proton Perdana
- Sumbangan sosial :
Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.


 Bagaimana sumbangan sosialnya bermula?
Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah .

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.


22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.
Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh


40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

 

13/02/12

DATING DGN ALLAH


Solat Subuh = 2 rakaat = 4 minit
Solat Zohor = 4 rakaat = 6 minit
Solat Asar = 4 rakaat = 6 minit
Solat Maghrib = 3 rakaat = 5 minit
Solat Isyak = 4 rakaat = 6 minit
...

Total masa 'dating' dengan Allah = 27 minit
Total masa Allah bagi nikmat oksigen dan sebagainya = SETIAP SAAT

# Tapi kebanyakan remaja sekarang ramai yang cuba untuk escape solat padahal apa salahnya kita luangkan masa selama 27 minit daripada 1440 minit SEHARI bertemu dengan Allah? Padahal Allah berikan kita nikmat penglihatan, oksigen dan sebagainya... Sama-samalah kita muhasabah diri

~ PUJANGGA KEGAGALAN ~



1. Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.


3. Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.



6. Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.

7. Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira. Kegagalan itu sendiri tidak dikira.

8. Anda tidak gagal. Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.

9. Kesilapan adalah realiti kehidupan. Apa yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.

10. Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja mahupun seorang kekasih, pastikan dia pernah gagal sebelumnya.

11. Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh. Kegagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.

12. Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas, anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.

13. Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.

14. Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.

15. Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.

16. Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah, atau yang berjaya dan gagal, juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya. Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.

Mudahan dengan ungkapan-ungkapan di atas dapat membina kembali semangat yang telah hilang akibat kegagalan dan kekecewaan.
5. Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
4. Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
2. Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

pavlov conditioning theory-theory in behaviour of nature


SEbuah eksperimen telah dijalankan di
mana satu akuarium yang menempatkan
seekor ikan disediakan.Pada waktu-waktu
tertentu,ikan tersebut diberi makan bijian
makanan.Ikan itu makan seperti
... biasa.Kemudian satu penghalang lutsinar
telah diletakkan di tengah-tengah akuarium
itu menjadikannya dua bahagian sama
rata;ikan di satu petak dan yang satu lagi
adalah ruangan kosong.Kemudian bijian
ditaburkan di ruangan kosong.Cuba teka
apa yang terjadi?

Ikan itu segera meluru ke arah bijian
itu.Namun setiap kali ia mahu menuju ke
arah makanan,ia telah tersadung dinding
lutsinar tersebut.Situasi begini terjadi
berulang-ulang kali sehingga ikan itu tidak
lagi kelihatan cuba menuju ke arah bijian
makanan tersebut.Kemudian dinding
lutsinar itu dikeluarkan.
Satu situasi menarik telah berlaku.Ikan
tersebut membiarkan sahaja bijian
makanan itu.Ia tidak cuba untuk
mendapatkannya.Satu akurium lain
berisikan seekor ikan disediakan sebagai
kawalan.Sebaik sahaja ditaburkan
makanan,ikan di dalam akuarium yang
kedua bergegas meluru mendapatkan
makanan.Tetapi anehnya,ikan di dalam
akuarium pertama tadi membiarkan sahaja
bijian makanan itu terapung-rapung di
sudut bertentangan.

Satu lagi ciri yang
dapat dilihat,ikan itu seolah-olah berenang
di dalam kawasan yang terhad,iaitu
separuh dari akuarium itu.

Apakah anda pelajari dari eksperimen di
atas?
 
 
 
*****apabila kita ditipu, kita akan sukar mempercayai penipu itu lagi, sampai masanya bila mereka berkata benar, kita tetap tdk percaya dan itu akan mendatangkan keburukan pada kita dan memberi peluang pada musuh kita untuk berjaya merampas apa yg sepatutnya milik kita.....
 
*****Apakah kaitan ikan tersebut dengan
manusia?

Di dalam dunia realiti hari ini,ramai orang
telah terperangkap dalam sistem yang
belum pasti wujud.Mereka berfikir,bekerja
dan berehat dalam satu ruang lingkup
mereka sendiri.Kadang-kadang mereka
seolah-olah terperangkap di dalam satu
kurungan yang amat kebal dan keras,di
mana cukup sukar bagi mereka untuk
keluar darinya.Namun dinding-dinding itu
bukanlah nampak seperti batu-bata yang
tebal atau besi-besi yang teguh.Kita
namakan ia sistem KEPERCAYAAN.

Kepercayaan

Kepercayaan adalah satu batas yang dapat
mengurung manusia di dalam satu kawasan
yang abstrak,di mana manusia tersebut
tidak mampu untuk melepasinya.Ikan itu
tidak terhantuk pada dinding kaca,tetapi
pada sistem kepercayaannya
sendiri.Kepercayaannya telah mengurung ia
di dalam satu kawasan yang terhad;bukan
sahaja dari segi fikirannya (biarkan
makanan itu,aku tidak mampu
mendapatkannya) malah dari segi fizikal (di
sana ada dinding yang aku tak
nampak).Kepercayaan menentukan
kawasan kita.Apa yang kita boleh buat,apa
yang kita tidak boleh buat.Kepercayaan
juga menentukan peraturan kita sendiri.Kita
hidup di dalam kepercayaan kita.Kita
berhujah menegakkan kepercayaan kita.Kita
berperang kerana kepercayaan kita dan
tidak mahu keluar dari sempadannya.
Mungkin ikan itu telah berfikir: "Suatu masa
dahulu aku pernah pergi ke seberang
sana,tetapi kepalaku yang sakit,kini
cuk. Untuk itu cukuplah aku berenang-renang berpusing
di sini sahaja.

2/06/11

41 Fakta menarik mengenai Ayah


1. Ayah ingin anak-anaknya memiliki lebih banyak peluang daripada dirinya, menghadapi lebih sedikit kesusahan,tidak bergantung pada sesiapapun,tapi selalu memerlukan kehadirannya.


2. Ayah membiarkan kamu menang... dalam permainan ketika kamu masih keci...l, tapi dia tidak ingin kamu membiarkannya menang ketika kamu sudah besar.


3. Ayah tidak ada di dalam album foto keluarga, kerana dia yang selalu memotret.


4. Ayah selalu tepati janji! Dia akan memegang janjinya untuk membantu seorang kawan, meskipun ajakanmu untuk pergi sebenarnya lebih disukainya.


5. Ayah selalu sedikit sedih ketika melihat anak-anaknya pergi bermain dengan kawan-kawan mereka.kerana dia sedar itu adalah akhir dari masa kecil mereka.

6. Ayah mulai merancang hidupmu ketika tahu bahwa ibumu telah hamil (mengandungmu).


7. Ayah membantu membuat impianmu menjadi kenyataan bahkan diapun meyakinkanmu untuk melakukan hal-hal yang mustahil, seperti berenang di air setelah dia melepaskanmu.


8. Ayah mungkin tidak tahu jawaban segala sesuatu, tapi dia membantu kamu mencarinya.


9. Ayah mungkin nampak garang di matamu, tetapi di mata kawan-kawanmu dia nampak baik dan penyayang.


10. Ayah lambat mendapat teman, tapi dia bersahabat seumur hidup.


11. Ayah benar-benar suka membantu seseorang.......tapi dia susah meminta bantuan.


12. Ketika ayah di dapur,memasak bagaikan penjelajahan ilmiah. Dia memiliki formula resipi tersendiri, dan hanya dia sendiri yang memahami bagaimana memasak menurut resipi sendirinya itu. Dan hasilnya?... .mmmmhhh..."tidaklah terlalu mengecewakan" ^_~.


13. Ayah mungkin tidak pernah menyentuh sapu ketika masih muda, tapi dia boleh belajar dengan cepat.


14. Ayah paling tahu bagaimana mendorong ayunan cukup tinggi untuk membuatmu senang tapi tidak takut.


15. Ayah akan sangat suka membelikanmu makanan selepas dia pulang kerja, walaupun dia tidak dapat sedikit pun bagian dari makanan tersebut.


16. Ayah selalu berdoa agar kita menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat, walaupun kita jarang bahkan jarang sekali mendoakannya.


17. Ayah akan memberimu tempat duduk terbaik dengan mengangkatmu dibahunya.


18. Ayah tidak akan memanjakanmu ketika kamu sakit, tapi dia tidak akan tidur semalaman. Siapa tahu kamu memerlukannya.

19. Ayah menganggap orang itu harus berdiri sendiri (berdikari), jadi dia tidak mahu memberitahumu apa yang harus kamu lakukan, tapi ia akan menyatakan rasa tidak setujunya.


20. Ayah percaya orang harus tepat waktu. kerana itu dia selalu lebih awal menunggumu.


21. Dia akan melupakan apa yang ia inginkan, agar boleh memberikan apa yang kamu perlukan.


22. Dia menghentikan apa saja yang sedang dikerjakannya, kalau kamu ingin berbual dengannya.


23. Dia selalu berfikir dan bekerja keras untuk membayar yuran sekolahmu tiap semester, meskipun kamu tidak pernah membantunya menghitung berapa banyak kerutan di dahinya.


24. Ayah mengangkat beban berat dari bahumu dengan merengkuhkan tangannya disekeliling beban itu.


25. Ayah akan berkata,tanyakan saja pada ibumu" Ketika dia ingin berkata,"tidak".


26. Ayah tidak pernah marah, tetapi mukanya akan sangat merah padam ketika anak gadisnya tidur di rumah kawan tanpa seizinnya.


27. Dan dia pun hampir tidak pernah marah,kecuali ketika anak lelakinya tertangkap basah menghisap rokok dibilik mandi.

28. Ayah mengatakan,tidak apa-apa mengambil sedikit risiko asal kamu sanggup kehilangan apa yang kamu harapkan.


29. Pujian terbaik bagi seorang ayah adalah ketika dia melihatmu melakukan sesuatu hal yang baik serupa seperti caranya.


30. Ayah lebih bangga pada prestasimu, daripada prestasinya sendiri.


31. Ayah hanya akan menyalamimu ketika pertama kali kamu pergi merantau meningalkan rumah,kerana kalau dia sampai memelukmu,mungkin dia tidak akan pernah melepaskan pelukan darimu.


32. Ayah tidak suka menitiskan air mata......ketika kamu lahir dan dia mendengar kamu menangis untuk pertama kalinya,dia sangat gembira sampai-sampai keluar air dari matanya (ssst......tapi sekali lagi ini bukan menangis).


33. ketika kamu masih kecil,dia memelukmu untuk mengusir rasa takutmu.......ketika dikau bermimpi akan dibunuh monster.


34. tapi.......ternyata dia boleh menangis dan tidak boleh tidur sepanjang malam, ketika anak gadis kesayangannya di rantauan tidak memberi kabar selama hampir satu bulan.


35. Ayah pernah berkata," kalau kau ingin mendapatkan pedang yang tajam dan berkualiti tinggi, janganlah mencarinya dipasar, tapi datang dan pesanlah langsung dari pandai besinya. begitupun dengan cinta dan teman dalam hidupmu, jika kau ingin mendaptkan cinta sejatimu kelak, maka minta dan pesanlah pada Yang Menciptakannya".


36. Untuk masa depan anak lelakinya Ayah berpesan,"jadilah lebih kuat dan tegar daripadaku, pilihlah ibu untuk anak-anakmu kelak wanita yang lebih baik dari ibumu , berikan yang lebih baik untuk menantu dan cucu-cucuku, daripada apa yang yang telah ku beri padamu".


37. Dan Untuk masa depan anak gadisnya ayah berpesan," janganlah bersedih meskipun kau seorang wanita, jadilah selalu bidadari kecilku dan bidadari terbaik untuk ayah kepada anak-anakmu kelak! lelaki yang boleh melindungimu melebihi perlindungan Ayah, tapi jangan pernah kau gantikan kedudukan Ayah di hatimu".


38. Ayah berkeras, bahwa anak-anakmu kelak harus bersikap lebih baik daripada sikap kamu dahulu.


39. Ayah boleh membuatmu percaya diri.......kerana dia percaya kepadamu.


40. Ayah tidak mencuba menjadi yang terbaik, tapi dia hanya mencuba melakukan yang terbaik.


41. Dan terpenting adalah.......Ayah tidak pernah menghalangimu untuk mencintai Tuhan, bahkan dia akan membentangkan seribu jalan agar kau dapat menggapai cintaNya, kerana diapun mencintaimu kerana tuhannya. (






27/10/09

SAHABAT

Apabila bersahabat, diri sendiri dan sahabat harus bertanggungjawab.Antaranya:

1. bersikap jujur dan berterus terang.
2. jangan menyimpan kisah silam atau pertengkaran lama di dalam hati.
3. ketahanan bergurau senda, adat bergurau kadangkala terlebih usik, pastikan anda dan
sahabat saling boleh menerima gurauan.
4. jangan terlalu celupar atau mengkritik, orang lebih mudah menerima cadangan.
5. jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat dengan sahabat seperti
tunang,isteri/suami sahabat.
6. perkara sensitif seperti gaji, hutang jangan ditanya.
7. pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumah tangga atau hubungan suami
isteri sahabat.
8. terima kekurangan sahabat seadanya.Cuba lihat positifnya.
9. bijak menyesuaikan tutur kata dengan keadaan emosi sahabat.
10.berita baik atau sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita
sudah mengetahui.Ini tanda kita menghormatinya.

MOTIVASI: BAKAT

Manusia yang dilahirkan dengan bakat akan berasa lebih gembira apabila menggunakannya.

MOTIVASI: CINTA 3

Cinta yang tidak matang berkata: aku cinta padamu kerana aku memerlukanmu.
Cinta yang matang berkata : aku perlukanmu kerana aku cinta padamu.

MOTIVASI: CINTA 2

SEMAKIN BANYAK ANDA MENILAINYA, SEMAKIN KURANG ANDA MENCINTAINYA.

MOTIVASI: CINTA

CINTA MEMBUAT MASA BERLALU. MASA MEMBUAT CINTA BERLALU.

MOTIVASI: MASA

Masa bergerak terlalu lambat bagi mereka yang menunggu, terlalu pantas bagi mereka yang takut, terlalu panjang bagi mereka yang berduka, terlalu pendek bagi mereka yang gembira.

MOTIVASI: SENANG

Ianya menjadi susah jika kita terpaksa, dan ia akan menjadi senang jika kita mahu.
(

MOTIVASI: KESEMPURNAAN

Kesempurnaan memang tidak dapat dicapai tetapi jika kita mengejar kesempurnaan , kita akan mencapai keunggulan.
(Vince Lombardi)

MOTIVASI: CEMERLANG

Kecemerlangan ialah membuat perkara biasa secara luar biasa.

MOTIVASI: SIKAP

Sikap menentukan paras pencapaian anda.
(attitude determaines altitude)

MOTIVASI: KESILAPAN

ORANG YANG TIDAK PERNAH MELAKUKAN KESILAPAN, TIDAK PERNAH MENCAPAI APA-APA.

(Samuel Smiles)

MOTIVASI: TIPU

TIPU SAYA SEKALI, KAMU HARUS MALU, TIPU SAYA KALI KEDUA, SAYA HARUS MALU
(pepatah Cina)