SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
~selamat datang ~

6/11/14

MEMANGKU TIME BASED HAKIKI

Memangku, Time Based, Hakiki..adalah berbeza...
1. Memangku;
Guru A telah mendapat DG44 (2006) KUP @Time Based. Pada 20.10. 2008; Guru Dilantik menjadi Guru Akademik Tingkatan 6 DG44 HAKIKI. Kemudian pada 1.Januari 2009, Guru A memohon kenaikan pangkat; pihak BSM menerimanya dan guru A diberikan DG48 (Memangku)
Sebab Memangku:
Guru A sebenarnya BELUM LAYAK terima DG48 kerana syarat untuk mendapat DG48 adalah 8 tahun di DG44. Jika dikira, Guru A hanya layak dilantik ke DG48 pada 2014 (Genap 8 Tahun DG44) iaitu dianggap MATANG DG44nya...namun guru A dilantik kerana ada kuota yang belum diisi di perjawatan DG48.

2. HAKIKI
Selepas 6 bulan di DG48(Memangku); Guru A layak dipertimbangkan untuk ke jawatan HAKIKI..JIKA!!!!...... tiada sesiapa lagi yang layak `potong line'... contohnya.. tiba-tiba datang satu cikgu dari negeri mana2 dan dah Time-Based@KUP DG48 selama lebih kurang sehari pegang KUP tadi, dan guru B ini minat pulak ngajar T6 dan dia ada mohon jawatan T6, makan Guru B tadi akan pegang HAKIKI... manakala Guru A tadi akan KEMBALI ke DG44 Hakiki.

Namun begitu, dalam banyak keadaan; kes ini tidak berlaku, yang berlaku adalah Guru A, akan disahkan ke DG48 HAKIKI melalui tarikh semasa atau tarikh yang sama semasa mula memangku.

Guru B boleh `potong line' dan BSM akan luluskan... dan menjadi pilihan terbaik pihak BSM sebenarnya... KENAPA...

I) Dengan melantik Guru A, akan menyebabkan KPM berbelanja besar kerna memberikan emolumen@gaji +elaun yang besar buat guru A tadi.

2) Dengan melantik guru B, KPM hanya memberikan surat dengan perkataan HAKIKI saja..... kan jimat banyak tuuuuu



Pemangkuan jawatan ada 2 jenis, satu memangku utk post cemerlang (guru cemerlang etc) dan memangku bagi jawatan hakiki. Tujuan memangku seperti dijelaskan oleh BPSM ialah utk menilai kompentesi dan kesediaan pegawai menerima tangungjawab dan tugas pada post tersebut. Jika dlm tempoh pemangkuan pegawai tersebut menarik diri atau gagal menunujukkan prestasi kerja yang kompeten pemangkuan jawatan blh dipindahkan kpd pegawai lain. Oleh sebab itu, tiada lantikan terus utk jawatan hakiki w/pun jawatan pengarah JPN. begitu juga jawatan pegawai cemerlang. Maklumat ini blh dibaca di bahagian soalan lazim portal BPSM. maklumat ini saya dapati di bahagian soalan lazim BPSM bukan serkap jarang atau memandai-mandai. Untuk jawatan hakiki tidak perlu tempoh matang! Walaupun baru 1 tahun dilantik ke post semasa macam laluan di JPN

29/05/14

PERANG DINGIN


  • Perang Dingin Pasak Asia
  • Hishamuddin Rais | 7:32PM Mei 28 2014
  • SHANGHAI, May 18 (Xinhua) -- Directors of both Chinese and Russian naval forces taking part in the joint drill said Sunday that the exercise was aimed at improving their capacity in coping with maritime security threat. - dipetik dari XINHUA

    The study found that the UK has just 5.2 years of oil, 4.5 years of coal and three years of gas before it completely runs out of fossil fuels, said the researchers at the Institute based at Anglia Ruskin University, in the East of England...dipetik dari RUSSIA TODAY

    Minggu lalu lebih dari 20 orang telah terbunuh di Vietnam. Kematian ini adalah akibat rusuhan anti-China yang telah merebak di Vietnam. Kilang-kilang milik China telah dibakar dan buruh China pekerja kilang telah diserang.

    Sentimen anti-China ini berpunca apabila China membawa tentera laut ke Pulau Spartly di Laut China Selatan untuk memulakan cari gali minyak. Telah berlaku pergeseran antara kapal tentera laut China dengan kapal tentera laut Vietnam.

    Perebutan kepulauan Spartly ini sedang menjadikan wilayah Spartly titik panas di Asia Tenggara. Bukan sahaja Vietnam mahu memiliki wilayah ini – Filipina dan Malaysia juga secara resmi telah membuat tuntutan yang sama. Wilayah di sekitar kepulauan ini dikatakan kaya dengan bahan bakar petroleum dan gas.

    Untuk memahami apa yang sedang berlaku di belakang rumah kita, kita wajib membaca dan melihat apa yang berlaku di Afghanistan, di Libya, di Iran, di Iraq dan di Syria. Perang yang pecah di wilayah ini adalah sebahagian dari Strategi Induk (Grand Strategy) kuasa imperialis Amerika untuk mengepung dan menawan telaga-telaga minyak di negara-negara itu.

    Strategi Induk ini telah dilakar oleh Zbigniew Brzezinski penasihat Keselamatan Amerika 1977-1981. Orang Jahat ini telah menulis beberapa buah buku untuk menyediakan asas idealogi dan strategi militer demi mempertahan sistem imperial hegemonyAnglo-Amerika.

    Jelas, di Timur Tengah dan di Laut China Selatan, bahan bakar minyak petroleum dan gas adalah punca perebutan ini. Sayugia diberi ingatan bahawa bahan bakar petroleum ini adalah latar belakang dan punca Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Wajib sekali lagi saya memberi tahu para pembaca bahawa tamadun kita hari ini adalah tamadun bahan bakar minyak petroleum. Tanpa bahan bakar ini tamadun kita yang wujud hari ini akan musnah.

    Hari ini kuasa imperial Anglo-Amerika sedang mencatur dan melakar kembali peta dunia. Ini dilakukan setelah dua dekad berakhirnya Perang Dingin. Untuk pembaca muda, Perang Dingin mungkin tidak memiliki apa-apa makna. Untuk pemahaman kita, Perang Dingin adalah pertempuran dua ideologi – Kapitalis Amerika dan Sosialis Soviet Union. Latar belakang Perang Dingin ini ialah gerakan nasionalisme menuntut kemerdekaan rakyat Asia, Afrika dan Amerika Latin.

    Ekonomi perang

    China dan Soviet Union bawah pimpinan parti Komunis telah membantu gerakan-gerakan nasionalis-pembebasan untuk menentang kuasa hegemoni Anglo-Amerika. Justeru China dan Soviet Union dilihat sebagai musuh oleh kaum kapitalis sedunia. Kaum kapitalis sedunia telah berpayung dan dibantu oleh kuasa Anglo-Amerika. Kaum kapitalis antarabangsa berakidah untuk menakluk dan memungah harta kekayaan dari negara-negara Afrika, Asia dan Amerika Latin kini terpaksa menerima hakikat bahawa menjajah dan menjarah akan mendapat tentangan bersenjata dari rakyat Dunia Ketiga. Senjata datang dari Soviet Union dan China.

    Zaman sesudah Perang Dunia Kedua ini dipanggil era Perang Dingin. Zaman ini berakhir dengan runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989. Soviet Union pecah dan menjadi Kesatuan Rusia. Manakala China dan juga Rusia mula menerima beberapa bentuk dan ciri sistem ekonomi kapitalis. Tetapi dua negara kuasa nuklear ini terus menolak kuasa hegemoni Anglo-Amerika. Kaum pemodal tidak dapat sesuka hati 'berniaga dan menjarah' di negara ini. Hakikatnya Rusia dan China gagal ditundukkan oleh Amerika.

    Apabila tamat Perang Dingin seharusnya dirayakan oleh warga dunia sebagai zaman aman dan sentosa. Tapi dalam hukum kitab kapitalis keamanan dan kemakmuran adalah mustahil. Selagi sistem ekonomi kapitalis wujud maka perang dan bahaya perang akan terus mengancam penduduk dunia. Ini hakikat kerana sistem ekonomi kapitalis bergantung kuat dengan perang untuk mengaut keuntungan maksima. Tanpa perang modal kaum kapitalis akan pupus.

    Cuba para pembaca renungkan, sesudah Amerika kalah dalam Perang Vietnam pada tahun 1975, kalah di Afghanistan, kalah di Iraq, sedang kalah di Syria. Mengikut logik akal, kuasa imperialis Anglo-Amerika akan berhenti berperang. Puluhan ribu anak muda soldadu Amerika telah gugur tewas. Berjuta rakyat dunia mati akibat perang. Dan berjuta-juta lagi menjadi orang pelarian perang. Apakah kuasa imperial Anglo-Amerika akan berhenti? Jawabya tidak.

    Ekonomi kapitalis Anglo-Amerika adalah ekonomi perang. Selain dari menjual filem Hollywood, dan menjual kertas hijau yang dipanggil dolar, Amerika adalah pnejual senjata terbesar dalam dunia. Tiga benda ini menjadi pasak utama ekonomi Amerika.

    Hari ini tuan empunya industri senjata telah berjaya menakluk Rumah Putih. Amaran tentang bahaya meresapnya kuasa industri senjata untuk menguasai politik Amerika ini telah dinyatakan secara terbuka dalam ucapan selamat tinggal Amerika oleh Presiden Dwight D Eisenhower (mentadbir antara 1953-1961).

    Ucapan ini telah memberikan amaran cukup jelas. Presiden Eisenhower, bekas jeneral lima bintang – panglima Perang Dunia Kedua – meramalkan jika rakyat Amerika tidak berhati-hati, satu ketika nanti kuasa Industri Senjata akan menguasai semua politik Amerika. Ramalan sang jeneral ini telah sahih berlaku.

    Wilayah berpotensi 'meledak'

    Hari ini budak Barack Hussein Obama yang mengakui dirinya sebagai presiden Amerika sebenarnya dimasukkan ke Rumah Putih oleh industri senjata. Politik Amerika berkait rapat dengan politik wang. Demokrasi Amerika ialah demokrasi wang. Untuk mencalonkan diri sebagai presiden, seorang itu memerlukan ratusan juta ringgit untuk berkempen. Dana berkempen diperlukan untuk membeli iklan, untuk melobi sokongan media dan untuk memasang jaringan sokongan ke seluruh negara. Jentera berkempen juga perlu mendapat dolar.

    Kempen Obama kali kedua, dari awal tahun 2011 hingga Jun 2012, telah membelanjakan 400 juta dolar. Ini laporan rasmi dari SPR Amerika. Yang tidak rasminya kita tidak tahu. Dari mana budak ini mencekau duit sebanyak ini? Jawabnya dari pelobi industri senjata, dari pelobi syarikat gergasi antarabangsa, dari tuan empunya bank dan syarikat dana kewangan. Justeru Barack Hussein Obama menjadi budak suruhan kaum pemodal. Ini hakikat.

    Tuan empunya industri senjata telah melabur jutaan ringgit dalam kempen Obama, justeru apabila Obama berjaya menjadi presiden mereka mahu kontrak persenjataan. Mereka mahu Rumah Putih meluluskan bajet pertahanan kepada Jabatan Pertahanan Amerika, kepada Pantagon, kepada CIA dan, dan, dan. Perkara ini berlaku berulang-ulang. Justeru kerana sistem inilah menjadikan Amerika Syarikat tidak pernah berhenti berperang.

    Pada ketika ini kita melihat bagaimana Amerika sedang memasang jarum mencucuk Rusia di Ukraine. Kita sedang melihat bagaimana Syria menjadi mangsa Amerika dalam strateginya mengepong Iran dan Rusia. Kita juga sedang melihat krisis di Laut China Selatan minggu lalu adalah permulaan.

    Jepun, Korea Selatan dan Filipina adalah tanah 'jajahan takluk' Amerika. Jepun sesudah Perang Dunia Kedua tidak dibenarkan memiliki bala tentera. Manakala Korea Selatan dan Filipina adalah budak suruhan Amerika yang paling setia di Asia.

    Amerika telah merancang pada tahun 2025, tiga perempat dari jumlah bala tentera Amerika Syarikat akan berpangkalan di Asia. Tentera laut, darat dan udara Amerika akan berpindah ke Asia. Bala tentera Amerika dalam NATO akan dikurangkan. Eropah Timur tidak dilihat sebagai ancaman. Mengalih senjata ke Asia ini dinamakan Pasak Asia (Pivot Asia).

    Strategi Pasak Asia ini akan mentakrif China sebagai musuh. Pasak Asia ini juga melihat Rusia yang juga di Asia sebagai sekutu yang akan membantu China. Apa yang berlaku minggu lalu ialah rintik-rintik permulaan Pasak Asia. Ketegangan perlu dicetuskan di Asia Tenggara. Ketegangan ini diperlukan untuk dijadikan sebab musabab agar kuasa imperial Anglo-Amerika akan dijemput datang kembali.

    Selain dari Kepulauan Spratly ada beberapa lagi wilayah yang berpotensi untuk ' meledak' dan menjemput Amerika masuk. Di Filipina, Tentera Baru Rakyat bawah Parti Komunis Filipina sedang berkembang luas. Jika kuasa Manila terancam maka tentera Amerika akan menjulur masuk.

    Strategi yang sama juga akan dilakukan di empat wilayah Selatan Siam. Perjuangan Pembebasan Rakyat Patani sedang berkembang. Keadaan ini juga berpotensi untuk meledak. Jika Gerakan Patani Merdeka ini mengancam Siam dan Bangkok maka suasana ini akan menjemput kuasa imperialis Anglo-Amerika.

    Manila, Seoul dan Bangkok akan siap sedia untuk menjadi budak suruhan Amerika. Ejen CIA dan jaringan CIA yang menyamar sebagai pejuang Islam akan menggelodakkan wilayah ini apabila ia diperlukan. War on terror, dasar pertahanan Amerika yang telah berjalan semenjak 9/11 akan menjadi landasan Pasak Asia. Persoalannya dalam Pasak Asia ini di mana peranan Malaysia?

8/04/14

MH 370-Adakah Anwar Ibrahim Terlibat ?

http://dramaraja.blogspot.com/2014/04/mh370-penutup-episod-pertama.html?m=1

6/04/14

PERISTIWA MEMALI - MENGAPA MUSA HITAM TIMBULKAN ISU MEMALI ?

http://storysket.blogspot.com/2014/04/kenapa-musa-hitam-buka-semula-cerita.html?m=1

2/04/14

BLOOD MOON-BULAN BERDARAH MERAH ..BERSEDIALAH


“Four Blood Moons 2014 – 2015″ – Bila Bulan Berdarah Merah

4bloodmoons
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh buat semua pembaca yang dirahmati..
Selawat serta salam buat Baginda Rasulullah SAW dan Ahlul Bay’t Baginda.
“Allahumasoliala Muhammad, Wa’ali Muhammad”
Hari ini, 1hb April 2014 membuka tirai buat kekita semua selepas Mac meninggalkan kita dengan misteri #MH370 yang masih belum terjawab secara penuh sehingga ke saat ini. Hari ini juga aku mengambil satu inisiatif (walaupun agak malas nak menulis) untuk ‘divert’ (alihkan) pandangan kita semua dari isu MH370 (sekejap) ke satu isu global yang lain.. Mungkin.. Mungkin ada sesuatu yang bakal berlaku.. Allah lebih mengetahui.. Aku tak tahu apa-apa.. Cuma apa yang aku nukilkan dalam artikel ini, ianya hanya bersifat pandangan peribadi aku semata-mata.. Tapi baca lah dulu ok.. Baca pelan-pelan.. Dalam pada kekita semua ralat dan sedih memikirkan untung nasib penumpang dan anak kapal MH370 dan dalam pada kekita semua berspekulasi perihal bunga-bunga angin perang dunia ke-3 (WW3) yang bakal dimulakan oleh Russia atau China atau Amerika Syarikat atau mungkin juga Korea Utara dalam masa terdekat ini, mungkin ramai umat Islam dunia khususnya di Malaysia (mengikut pemerhatian peribadi aku) yang tidak menyedari tentang kedatangan “Four Blood Moons” atau satu fenomena 4 kali bulan berwarna merah darah yang bakal berlaku dalam tahun 2014 ini dan tahun 2015 akan datang nanti..
Fenomena ini akan berlaku 2 kali tahun ini dan 2 kali tahun hadapan dan akan diselangkan dengan satu gerhana matahari ditengah-tengah peristiwa ini nanti. Blood Moon yang pertama hanya tinggal sekitar lagi 13-14 hari dari tarikh penulisan ini iaitu dijangka akan berlaku pada 14/15hb April 2014. Sama ada kita di Malaysia dan rantau Asia Tenggara dapat menyaksikan fenomena ini belum dapat dipastikan lagi (perlu rujukkan ahli falak). Akan tetapi, fenomena ini telah disahkan oleh NASA(The National Aeronautics and Space Administration of United States) akan dapat dilihat diseluruh kawasan barat bumi termasuk di Jazirah Arab..
blood moonFenomena bulan berwarna merah yang seakan-akan berdarah ini sebenarnya adalah satu fenomena yang biasa berlaku. (Kali terakhir aku melihat bulan penuh berwarna merah darah ini adalah sekitar tahun 2012 di Pulau Besar, Melaka ketika sedang berjalan kaki pulang dari beruzlah di Batu Belah). CUMA kali ini apa yang luar biasanya tentang fenomena ini ialah ianya bakal berlaku 4 kali berturut-turut dalam dua tahun ini DAN akan berlaku satu gerhana matahari di tengah-tengahnya.
Persoalan yang mungkin sedang bermain di dalam minda pembaca artikel ini sekarang kemungkinannya ialah; “Pernahkah fenomena seperti ini berlaku dalam sejarah peradaban manusia..?” Jawabannya; “Iya pernah! Tetapi (sehingga setakat kemampuan pengetahuan dari pakar falak dan sejarah) ianya BUKAN diselang dengan gerhana matahari di tengah-tengah peristiwanya.” Jadi fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini agak pelik sedikit kerana akan berlaku gerhana matahari ditengah-tengah antara 2 kali bulan berdarah tu.. Dalam 500 tahun kebelakangan ini, ianya baru berlaku sebanyak tiga kali. Dan setiap kali berlakunya fenomena ini, ianya disusuli dengan peperangan antara Islam, Yahudi dan Kristian. Peperangan antara haq dan bathil..!
  • 2hb April 1493-1494 – Kejatuhan Empayar Islam Moro di Andalusia dan Granada, Sepanyol. Tarikh ini juga merupakan penanda kebangkitan Kristian di seluruh Eropah. Kemunculan kuasa-kuasa besar baru di bawah hukum perintah Vaticcan seperti Portugal yang akhirnya menyerang Melaka (sayap kiri pemerintahan Khalifah Uthmaniah) pada tahun 1511. Sekitar tahun yang sama itu juga Christopher Columbus telah menemui Amerika Syarikat bagi MENCARI PENEMPATAN BARU (New World Establishment) untuk kaum-kaum Yahudi yang dihalau keluar dari Eropah.
  • 15hb Mei 1948-1949 – Pembentukkan negara haram Israel selepas berjaya memecah-belahkan negara-negara kesatuan Arab dengan bantuan dan gerakkan ketenteraan dari ‘New World Establisment’ mereka iaitu Amerika Syarikat.
  • 5hb Jun 1967-1968 – Berlaku peperangan yang berlangsung selama enam hari yang akhirnya menyaksikan kejatuhan Jerusalem ke tangan Israel laknatullah sehingga ke hari ini.
Kesemua kejadian dan peristiwa di atas ini berlaku dalam tempoh 500 tahun sebelum ini ketika berlakunya fenomena ‘Four Blood Moons’ dan kesemuanya keputusan yang terbit dari peristiwa di atas adalah amat merugikan kita umat Islam di seluruh dunia. AKAN TETAPI, harus kita ketahui juga, bukan semua peristiwa Four Blood Moons yang memihak kepada bukan Islam. Jika dirujuk di dalam lipatan sejarah dunia, kita anjakkan sedikit ‘timeline’ lebih dari 500 tahun dahulu, maka kita akan jumpa iaitu pada 2hb October 1187, Salahuddin Al Ayubi dan angkatan Islam telah berjaya merampas Jerusalem dari penguasaan Kristian dan menguasai tanah keramat itu beratus tahun lamanya sebelum jatuh semula ke pihak Yahudi pada tahun 1967. Kejadian peperangan tentera Islam Salahuddin Al Ayubi ini juga berlaku saat fenomena ‘Four Blood Moons’ (mengikut sumber rujukkan sejarah falak). Jadi bukanlah setiap kali berlakunya fenomena ini keputusan akan memihak kepada kumpulan penentang Islam (jika berlaku peperangan).
Walaubagaimanapun, kumpulan-kumpulan ekstremis Yahudi dan Kristian (US & Eropah – Bukan Kristian dunia yang lain) atau aku secara peribadi memanggil kumpulan ini sebagai penggerak Illuminati (ingat makcik jual nasi lemak 3 segi..? hahaha) menganggap fenomena yang bakal berlangsung ini adalah sesuatu yang mereka nanti-nantikan.. Sebab terdapat GERHANA MATAHARI DITENGAH-TENGAHNYA. Mereka menganggapnya sebagai salah satu ‘prophecy’ atau ramalan yang bakal melengkapkan aturan NWO – New World Order mereka melalui ayat yang dipetik;
“The sun shall be turned into darkness, and the moon into blood, before the great and terrible day of the Lord come.” / “Matahari akan berwarna hitam dan bulan akan berdarah, sebelum hari kedatangan Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Dasyat.”
Joel 2:31 (Kitab Injil)
Jadi ‘Tuhan’ yang dimaksudkan disini ialah Tuhan mana..? Adakah Allah Taala seperti kepercayaan kita atau pun al-Dajjal kepercayaan Yahudi ataupun Isa al-Masih pegangan Islam dan Kristian..? Perlu kita ingat bahawasanya kandungan kitab Injil hari ini bukanlah seperti Injil di zaman Nabi Isa Alay’hi Salam lagi. Ianya telah banyak diubah-ubah oleh manusia dengan membentuk satu kepercayaan berkonsep ‘triniti’ yang karut-marut dan haru-biru..! Dan lebih parah lagi, Amerika Syarikat (yang mengaku Kristian tapi sebenarnya bukan) menjadi hub penyebaran agama Katholik ini dan bersekongkol dengan Israel dalam penerbitan siri-siri kitab Bible (Injil) yang mengikut aturan dan acuan jahat Illuminati dan Mason.. Jadi potongan ayat kat atas tu aku ambil dari kandungan Injil yang ada zaman sekarang ni atau dikenali sebagai ‘New Testament’.. Bab ni rasanya aku tak perlu hurai panjang sebab akal dan hati orang-orang Islam yang sihat dan waras lagi beriman akan dapat menilai sendiri.. Inshaallah!
Yang bakal lebih memeriahkan fenomena ‘Four Blood Moons’ tahun ini dan tahun hadapan juga ialah ianya akan jatuh tepat pada tarikh-tarikh sambutan hari perayaan di dalam kalendar Yahudi iaitu hari yang dikenali sebagai:
  • Passover” – Hari memperingati kebebasan kaum Yahudi selepas dijadikan hamba abdi sejak 3,300 tahun lampau ketika era Dinasti Firaun di Mesir.
  • Feast of Tabernacles” atau dikenali juga dengan gelaran “Sukkot” – Ini adalah hari dimana sambutan penganut agama Yahudi lama diperintahkan melakukan hijrah ke Jarusalem atau lebih tepat lagi ‘kuil’ Nabi Allah Sulaiman Alay’hi Salam (The Temples of Solomon) di sana. Dan di atas kepercayaan mereka terhadap ‘Sukkot’ ini jugalah yang menggerakkan mereka memasuki dan menakluk Jerusalem terus sehingga ke hari ini.
seamless-mathematical-pattern-vector-978207Jadi dipendekkan cerita, selepas sesi-sesi pengiraan dan kalkulus oleh ahli-ahli falak, ahli-ahli ramalan seluruh dunia, fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini BAKAL mencorakkan satu lagi perubahan dunia secara umum.. Perubahan ini akan bersifat global dan akan terpalit pada setiap umat manusia di seluruh dunia.. Israel dan Amerika Syarikat akan terlibat sama dalam percaturan mereka secara besar-besaran DAN secara tak langsung umat Islam Akhir Zaman akan diuji secukupnya.. Banyak ramalan dan andaian serta spekulasi mengenai fenomena ini telah dibuat oleh pihak-pihak dari sebelah Yahudi dan Kristian, akan tetapi HAMPIR TIADA mana-mana ‘prophecy’ dari kalangan umat Islam dunia. Barangkali umat Islam masih lena diulit mimpi-mimpi indah atau barangkali, kekita masih tidak peka dengan persekitaran perlakuan dunia.. Atau mungkin kita belum faham lagi tentang BAHASA DAN ISYARAT ALAM yang Allah Taala kirim dan tunjuk dalam sejarah.. Yang Allah Taala dah aturkan pada kita hari ini menghadap hari esok-esok secara sendiri..
Seperti yang kerap aku nukilkan dan ucapkan pada sahabat-sahabat sekalian; “Jika kita sedang dicaturkan, bergeraklah keluar dari papan catur..” Banyak-banyakkan lah bacaan doa mengelak fitnah Dajjal untuk diri dan keluarga.. Amalkan lah surah-surah berkaitan dan ayat-ayat amalan masing-masing.. Tak rugi beramal sebab kita tak tahu bila waktu kita dijemput pulang menghadap Maha Pencipta.. Di saat Yahudi dan Illuminatis sibuk menggali-gali ‘King Solomon Mine’ di Jerusalem, mungkin kini mereka dah tahu yang ‘Gedung Penyimpanan Harta Nabi Allah Sulaiman Alay’hi Salam’ sebenarnya di sebelah timur sini.. Tak jauh dari Solomon Islands di bawah ‘Kepulauan Bugis’.. Oleh itu, jaga-jaga jugalah kerana kalau terjadi apa-apa, Tanah Melayu kita ini Tanah Pusaka.. Bakal menjadi perhatian dunia.. Banyak menyimpan harta-harta untuk buat jadi mahar Akhir Zaman dan Imam mulia.. Tengok-tengok sama di Pahang, di Hulu Terengganu, di Gunung Ledang dan juga di Danau Tok Uban juga Banjaran Titiwangsa.. Jaga-jaga kekita semua segala yang pusaka pustaka dan bersaka..
Akhir sekali sebelum menutup posting ni, simpanlah tarikh yang telah dikeluarkan oleh pihak NASA dalam ramalan perihal akan berlakunya fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini iaitu:
15hb April 2014 (Hari Passover Yahudi) - Bulan berdarah
8hb Oktober 2014 (Hari Sukkot Yahudi) – Bulan berdarah
20hb Mac 2015 (Hari Adar Yahudi) – Gerhana matahari
4hb April 2015 (Hari Passover Yahudi) - Bulan berdarah
28hb September 2015 (Hari Sukkot Yahudi) - Bulan berdarah
Apa yang bakal berlaku kali ini adalah diluar bidang pengetahuan kita semua.. Prophecy dan ramalan berbagai-bagai.. Teori konspirasi juga bermacam-macam.. Mungkin.. Mungkin iya-Mungkin tidak.. Mungkin ada kejadian-Mungkin tak ada langsung.. Kalau tiada, Alhamdulillah.. Kalau ada, mungkin ianya lebih besar atau lebih kecil dari isu MH370..? Mungkin.. Mungkin ada gempa bumi / tsunami / meletupnya gunung berapi / atau hujan meteor..? Mungkin ianya lebih besar dari isu Russia-Ukraine-Crimea..? Mungkin ianya lebih besar dari pergolakkan Korea Utara-Korea Selatan..? Mungkin juga perang dunia global ke-3 bakal meletus..? Sebab bunga-bunga perang dah ada.. Atau mungkin Imam Mahdi akan muncul..? Jazirah Arab dah terbakar.. Dah keluar ‘asap’ di Syam-Syria dan Mesir sekarang sedang Arab Saudi dan Qatar pula menjadi ‘hijau-hijauan’ tidak disentuh langsung golongan Illuminatis dengan pembangunan mencakar langit menutupi Kaabah di sini sana..
INGAT! Ini adalah pandangan sempit aku sahaja.. Aku tak paksa sesiapa pun faham apatah lagi untuk percaya.. Segalanya atas ketentuanNya juga.. Wallahu’alam Bis’sawab Wa’ilayhi Marji’ul Walma’ab.. Persiapkanlah dan kumpulkanlah segala kekuatan yang ada.. Takut-takut Nuclear Holocaust menanti kekita.. Apa yang terdaya..? Takkan tunggu dan lihat sahaja..?
Salam dan Solawat!
313.99.33.13.9
Tun Farul Azri
Kuala Lumpur