SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
~selamat datang ~

26/11/13

ANALOGI PR DAN BN

Analogous - Negara kita ada dua kedai, kedai BN dan kedai PR. Kedua-dua kedai membuat mempromosi dengan bagus pada tiap 5 tahun sekali. Kita dah selalu membeli di kedai BN. tapi backup service selepas membeli tidak memuaskan. Sebaliknya  kita tidak pernah  membeli di kedai PR. Janji  kedai PR backup service bagus juga, tapi oarang kata menipu. Bagaimana kita hendak mengukur kedai PR menipu, sedangkan kita tidak pernah berlanggan di kedai PR sebelum ini.?.....jgn kita menipu diri sendiri.


****************************************************************


Dari 50 yang lalu, otak kita sudah di chop, BN adalah Kerajaan. Parti lain adalah Pembangkang. Boleh ke tidak kita tukar gelaran? Katakan parti lain kita gelar sebagai kerajaan gantian. Bersyukur, bersyukur bersyukur adalah perkataan yang dipahat di otak dari kecil. Jadi kita di ajar untuk sentiasa redha dengan apa yang kita ada

EROPAH BELAJAR DARIPADA ISLAM

Secara umumnya eropah banyak belajar dari sistem Islam hasil daripada peperangan salib. Ketika negara islam jatuh satu demi satu ke tangan mereka. Mereka ambil semua khazanah dan keilmuan serta ilmu dari setiap sudut. Mereka kaji dan praktiskan dalam sistem hidup mereka. Mereka tolak aqidah islam tetapi mengambil sistem dan ilmu islam. Jauh beda dgn negara islam yg ada skrg,kebanyakkannya menelan bulat-bulat  apa saja yg dibawa oleh barat tanpa ada sebarang tapisan. Akibatnya masyarakat dan sistem kehidupan jadi tunggang langgang. Islam hanya jadi aqidah tempelan. Corak dan sistem hidup dibuang jauh2-jauh kerana dianggap sebagai kolot dan ketinggalan zaman.

25/11/13

10 EMAPAYAR TERHEBAT DI DUNIA

Empayar melibatkan perluasan kedaulatan sesebuah negara ke atas wilayah luar. Kehebatan sesebuah empayar didasarkan pada kadar keluasan, jumlah populasi, ekonomi, jangka masa dan banyak faktor-faktor lain seperti jenis pemerintahan dan kerajaan, tahap kepuasan rakyatnya dan lain-lain. Cara pengiraan kawasan empayar tertentu merupakan satu kontroversi. Secara umumnya, urutan dalam senarai bertumpu pada semua aspek yang menjadikan sesebuah empayar itu hebat, kuat dan progresif serta semua faktor yang disebutkan dalam cara menjadikan sesebuah kerajaan itu lebih hebat.

10. Empayar Akkadia (2300 SM – 2200 SM)

Empayar Akkadia (2334 SM sehingga 2083 SM) adalah sebuah empayar yang berpusat di bandar Akkad dan rantau sekitarnya (dalam Iraq Purba). Negeri Akkadia adalah moyang negeri-negeri etnik Akkadia lain seperti Babylon dan Assyria; yang pada kurun-kurun berikutnya membentuk sinergi antara budaya Akkadia dengan budaya lainnya. Ia mencapai kemuncak penguasaannya di antara tahun 24 dan 22 SM sebelum tumbang berikutan kekalahan Raja Sargon, dan kadangkala dianggap sebagai jelmaan empayar pertama dalam sejarah.
Empayar Akkadia. Sumber gambar: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Orientmitja2300aC.png
Ia merupakan empayar pertama yang wujud di bumi. Keluasan Empayar Akkadia memecahkan rekod pada zamannya dan dianggap sebagai empayar terbesar era purba – 0.8 juta km2 (2250 SM)


9. Empayar Achaemenid (550 SM – 330 SM)

Empayar Achaemenid (sekitar 550 – 330 SM), juga dikenali sebagai Empayar Parsi, merupakan pengganti Empayar Median, memerintah bahagian penting wilayah yang akhirnya dikenali sebagai Iran. Gabungan Empayar Parsi dan Median turut dikenali sebagai Empayar Medo-Parsi, yang merangkumi paduan beberapa wilayah empayar terawal. Empayar tersebut dikembangkan oleh Cyrus Agung dan meliputi tiga benua iaitu Asia, Afrika dan Eropah.

Semasa mencapai keluasannya yang paling besar, empayar berkenaan terdiri daripada wilayah-wilayah Iran, Afghanistan dan Pakistan, sebahagian Asia Tengah, Asia Kecil, Thrace dan Macedonia, banyak kawasan pesisiran Laut Hitam, Irak, bahagian utara Arab Saudi, Jordan, Palestin, Israel, Lubnan, Syria, dan semua pusat pendudukan penting Mesir purba sejauh Libya di bahagian barat. Ia dikenali dalam sejarah Barat sebagai seteru Greek semasa Perang Greco-Parsi, membebaskan para hamba termasuk bangsa Yahudi daripada tawanan Babylon, dan memperkenalkan penggunaan bahasa rasmi dalam wilayahnya.
Empayar Achaemenid. Sumber gambar: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Map_of_the_Achaemenid_Empire.jpg
Empayar Parsi Achaemenid ditakluki oleh Alexander III dari Macedon, sebelum tumbang dan terbahagi pada tahun 330 SM menjadi Wangsa Ptolemaic dan Empayar Seleucid, di samping kawasan-kawasan kecil lain yang mendapat kemerdekaan setelah kejatuhannya.

Empayar Achaemenid ialah empayar terbesar dalam sejarah purba. Di zaman kegemilangannya, empayar tersebut merangkumi kawasan kira-kira 8 juta km2. Peranan empayar Parsi yang diasaskan oleh Cyrus Agung dalam sejarah dunia terletak pada kejayaan model pentadbiran berpusat dan sebuah kerajaan yang bekerja untuk kebaikan dan keuntungan semua.

Baca selanjutnya: http://jomstadi.blogspot.com/2013/01/10-empayar-terhebat-dalam-sejarah-dunia.html#ixzz2ljSZcW1N
Follow us: @JomStadi on Twitter | JomStadi on Facebook

8. Empayar Rom (27 BC–AD 476/1453)

Empayar Rom adalah fasa pasca-Republik bagi tamadun Rom purba, bercirikan sebentuk kerajaan autokratik serta kawalan wilayah yang besar di Eropah dan sekitar Mediterranean. Republik Rom sebelumnya lemah dan musnah akibat beberapa perang sivil. Beberapa peristiwa biasanya diasosiasikan dengan peralihan daripada Republik kepada Empayar, termasuklah pemilihan Julius Caesar sebagai diktator tetap (44 SM), Pertempuran Actium (31 SM), dan penganugerahan gelaran Augustus kepada Octavian oleh Senat Rom (27 SM). 
Empayar Rom. Sumber gambar: http://en.wikipedia.org/wiki/File:RomanEmpire_117.svg
Perluasan Rom bermula ketika menjadi Republik, namun mencapai puncak kemasyhurannya di bawah pimpinan Maharaja Trajan. Di kemuncak pemerintahannya, Empayar Rom menguasai kawasan seluas kira-kira 6.5 juta km2. Memandangkan jajahan Empayar Rom adalah meluas dan bertahan lama, pengaruhnya terhadap bahasa, agama, senibina, falsafah, undang-undang, dan kerajaan pelbagai negara masih wujud sehingga kini.

Kekuasaan wujud sekurang-kurangnya secara teori melalui ‘kuasa tribunician’ dan ‘kuasa gabenor’ seseorang maharaja. Secara teorinya, ‘kuasa tribunician’ memberi kekudusan kepada maharaja dan pentadbirannya, serta berkuasa ke atas kerajaan sivil Rom, termasuk kuasa untuk menerajui dan mengawal Senat. ‘Kuasa gabenor’ memberi maharaja autoriti ketenteraan terhadap Empayar Rom. Empayar Rom mencapai keluasan wilayah di kedua-dua bahagian Timur dan Barat. Ia dahulunya pernah direkodkan sebagai pasukan tentera terkuat. Pengaruh Rom yang bertahan dapat dilihat dalam penggunaan bahasa kontemporari, sastera, kod perundangan, kerajaan, senibina, kejuruteraan, perubatan, sukan, seni, dan lain-lain. Kebanyakannya meresap terlalu dalam sehingga kita terlupa sumbangan Rom purba.


7. Kekhalifahan Umayyah (661–750)

Khilafah adalah bentuk kerajaan Islam yang melambangkan perpaduan politik dan kepimpinan dunia Islam. Pangkat Khalifah adalah merujuk kepada seorang pewaris kepada kekuasaan politik Nabi Muhammad (saw). Menurut golongan Sunni, seorang Khalifah boleh terdiri daripada mana-mana Muslim yang soleh yang dipilih oleh umat Islam atau wakil mereka; sementara menurut pihak Syiah Islam, seorang Imam yang berketurunan Ahlul Bait.

Kekhalifahan Umayyah adalah kedua daripada empat kekhalifah Islam yang ditubuhkan selepas kewafatan Nabi Muhammad (saw). Ia telah diperintah oleh Kerajaan Bani Umayyah, yang namanya bersempena dengan nama datuk Muawiyah, pengasas kerajaan ini iaitu Umayyah bin Abdul Syams. Meskipun keluarga Muawiyah berasal dari Mekah, namun Damsyik dijadikan ibukota kerajaan mereka. Pada akhirnya, ia meliputi kawasan lebih daripada 5 juta km2, menjadikannya empayar terbesar dunia yang dilihat setakat waktu itu.
Kerajaan Bani Umayyah. Sumber gambar: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Umayyad750ADloc.png
Kerajaan Bani Umayyah menubuhkan negeri Arab-Islam yang paling besar dalam sejarah. Sejak zaman Nabi Muhammad (saw) sehingga tahun 1924, satu demi satu khalifah kontemporari dilahirkan oleh pelbagai dinasti, termasuklah empat kekhalifahan terawal selepas Nabi Muhammad (saw) iaitu Khulafa ar-Rasyidin, Kekhalifahan Umayyah berpusat di Damsyik dan Cordova, Kerajaan Bani Abbasiyyah berpangkalan di Baghdad dan kemudiannya di Kaherah, Kerajaan Fatimiyyah juga di Kaherah, dan akhirnya Kerajaan Turki Uthmaniyyah bertapak di Istanbul.

Kerajaan Umayyah mempunyai sistem pentadbiran terbaik yang belum pernah dilihat dunia. Terdapat enam Lembaga di pusat pentadbiran yang diwujudkan demi membantu pengurusan Khalifah: Diwan al-Kharaj (Lembaga Hasil), Diwan al-Rasa’il (Lembaga Komunikasi), Diwan al-Khatam (Lembaga Mohor), Diwan al-Barid (Lembaga Perjawatan), Diwan al-Qudat (Lembaga Keadilan) dan Diwan al-Jund (Lembaga Ketenteraan). Empayar berdampingan kelima terbesar yang pernah wujud. Nasionalisme Arab moden menganggap tempoh pemerintahan Empayar Umayyah sebagai sebahagian daripada Zaman Emas Arab.


6. Dinasti Qing (1890–1912)

Dinasti Qing merupakan dinasti pemerintahan terakhir China, bermula sejak tahun 1644 sehingga 1912 (dengan satu pemulihan singkat tetapi gagal pada tahun 1917). Ia didahului oleh Dinasti Ming sebelum digantikan oleh Republik China. Dinasti Qing diasaskan oleh puak Manchu bernama Aisin Gioro di kawasan yang kini dikenali sebagai Manchuria di Timur Laut China. Bermula pada tahun 1644, ia meluas ke China dan kawasan sekitarnya lalu membentuk Empayar Qing Agung. Perdamaian menyeluruh di China telah dicapai sekitar tahun 1683. Dinasti Qing digulingkan berikutan Revolusi Xinhai apabila Maharani Dowager Longyu melepaskan takhta bagi pihak maharaja terakhir, Puyi pada 12 Februari 1912.
Dinasti Qing China. Sumber gambar: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Qing_Dynasty_1820.png
Dinasti Qing sangat kental dengan kebudayaan Cina semasa pemerintahannya. Dinasti tersebut mencapai kemuncak kegemilangan pada kurun ke-18 di mana wilayah dan populasinya meningkat. Ia meliputi kawasan seluas 14.7 juta km2 (1790), menjadikannya kelima terbesar berdasarkan keluasan tanah Bumi. Ia memiliki nilai peratusan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) keempat terbesar di dunia dengan jumlah sebanyak 32.9% ($228.6 bilion daripada $694.4 bilion dalam tahun 1820).


5. Empayar Russia (1721–1917)

Empayar Rusia adalah sebuah negara yang wujud sejak tahun 1721 sehinggalah Revolusi Rusia pada tahun 1917. Ia merupakan pengganti Kekaisaran Rusia sebelum terbentuknya Kesatuan Soviet. Pada satu ketika dalam tahun 1866, kekuasaannya terbentang dari Eropah Timur, merentasi Asia, sehingga ke Amerika Utara. Pada awal kurun ke-19, Rusia merupakan negara terbesar di dunia bermula dari Lautan Artik di utara sehingga ke Laut Hitam di selatan, dari Laut Baltik di barat sehingga ke Lautan Pasifik di sebelah timur.
Empayar Rusia. Sumber gambar: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Imperio_Ruso_zenith.PNG
Empayar Rusia merupakan empayar berdampingan kedua terbesar yang pernah dilihat dunia, diatasi hanya oleh Empayar Mongol, dan empayar ketiga terbesar dunia yang didahului oleh Empayar British dan Empayar Mongol. Hamba atau tanggungan isi rumah yang terlibat dengan perkhidmatan peribadi dibebaskan, sementara petani dikurniakan rumah dan kebun, serta pembahagian tanah pertanian.


4. Empayar Mongol (1206–1368)

Empayar Mongol menjadi sebuah empayar sejak kurun ke-13 dan ke-14 dari Eropah Timur merentasi Asia. Ia terbentuk hasil daripada penyatuan puak-puak Mongol dan Turkic di kawasan yang kini dikenali sebagai Mongolia, dan tumbuh melalui penaklukan, selepas Genghis Khan diangkat sebagai pemerintah bangsa Mongol pada tahun 1206. Puncak kegemilangannya menyaksikan wilayah Empayar Mongol dari Danube sehingga ke Laut Jepun (atau Timur Laut) dan dari Artik ke Kemboja, meliputi kawasan lebih daripada 24,000,000 km2, bersamaan dengan 22% daripada permukaan tanah di Bumi, serta memerintah satu populasi yang melebihi 100 juta orang.
Empayar Mongol. Sumber gambar: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Genghis_khan_empire_at_his_death.png
Ia sering dirujuk sebagai ‘Empayar Dunia Mongol’ kerana menjangkaui banyak daerah Eurasia. Namun, empayar ini mula berpecah berikutan perang merebut hak pewarisan takhta dalam tahun 1260 – 1264. Menjelang tahun 1294, Empayar Mongol telahpun berpecah kepada empat empayar berlainan, masing-masing mengejar kepentingan dan matlamat sendiri.

Empayar Mongol merupakan empayar bedampingan terbesar dalam sejarah dunia, dan empayar kedua terbesar dalam sejarah selepas Empayar British. Di bawah teknologi baru Empayar Mongol, pelbagai komoditi dan ideologi telah disebar dan ditukar ganti merentasi Eurasia.


3. Empayar Mughal (1526–1858)

Empayar Mughal ialah sebuah empayar Islam yang memerintah sebahagian besar benua kecil India sejak tahun 1526, menakluk dan mentadbir kebanyakan kawasan Asia Selatan pada akhir kurun ke-17 dan awal kurun ke-18, sebelum berakhir pada pertengahan kurun ke-19. Maharaja Mughal ialah keturunan bangsa Timurid di Turkistan, dan semasa di puncak kekuasaannya sekitar tahun 1700, mereka memerintah kebanyakan benua kecil India – bermula dari Bengal di sebelah timur hingga ke Balochistan di bahagian barat, dari Kashmir di utara sampai ke lembah Kaveri di arah selatan.

Populasinya pada waktu itu dianggarkan sekitar 110 dan 130 juta orang, di satu wilayah yang berkeluasan lebih daripada 4 juta km2 (1.5 juta batu persegi). ‘Era Klasik’ Empayar Mughal bermula pada tahun 1556 dengan penyertaan Jalaluddin Muhammad Akbar, atau lebih popular dikenali sebagai Akbar Agung. Empayar ini mulai musnah setelah kematian Maharaja Aurangzeb pada tahun 1707, meskipun masih berkuasa selama 150 tahun berikutnya.
Empayar Mughal. Sumber gambar: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Mughal1700.png
Empayar ini dikenali dengan sistem pentadbiran berpusat yang menghubungkan pelbagai wilayah berlainan. Semua monumen penting Empayar Mughal, iaitu legasi mereka yang paling ketara, berasal dari era ini yang dicorakkan oleh perkembangan pengaruh kebudayaan Parsi di benua kecil India, dengan hasil sastera, seni dan senibina yang mengagumkan. Satu sumbangan besar Empayar Mughal kepada benua kecil India adalah senibinanya yang unik. Banyak monumen telah dibina oleh maharaja Islam, terutamanya Maharaja Shah Jahan semasa era pemerintahan Mughal termasuklah Taj Mahal, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang turut dianggap sebagai satu daripada contoh terbaik senibina Mughal.

Ekonomi India tetap makmur di bawah aturan Mughal sepertimana sebelumnya kerana pembinaan satu sistem jalan raya dan satu mata wang yang seragam, di samping penyatuan negaranya. Barang-barang yang dihasilkan serta jualan tanaman petani dijual di seluruh dunia. Pada era Empayar Mughal, manusia kurun ke-16 dan ke-17 menyaksikan gabungan beberapa saintis Muslim yang menjadi pengasas kepada sains moden. Ia kekal utuh untuk tempoh terpanjang berbanding empayar lain dan populasinya keempat terbesar jika dibandingkan dengan semua kerajaan lain – 175 juta orang dalam tahun 1700.


2. Empayar British

Empayar British meliputi kekuasaan, tanah jajahan, negeri naungan, mandat, dan wilayah lain yang diperintah atau ditadbir oleh United Kingdom, yang telah bermula dengan penjajahan di luar negara dan pusat perdagangan yang ditubuhkan oleh England pada akhir kurun ke-16 dan awal abad ke-17. Menjadi empayar terbesar dalam sejarah semasa berada di kemuncak pemerintahan, Empayar British merupakan satu kuasa dunia.
Empayar British. Sumber gambar: http://en.wikipedia.org/wiki/File:The_British_Empire.png
Menjelang tahun 1922, Empayar British mempunyai populasi lebih kurang 458 juta orang, suku populasi dunia pada masa itu, dan merangkumi kawasan lebih daripada 13,000,000 batu persegi (33,670,000 km2): kira-kira suku permukaan bumi. Hasilnya, warisan politik, linguistik dan kebudayaan Empayar British tersebar secara meluas. Di puncak kegemilangan Empayar British, dikatakan bahawa ‘matahari tidak pernah terbenam di Empayar British’ kerana jajahannya merentasi seluruh dunia sehinggakan matahari sentiasa bersinar sekurang-kurangnya di satu wilayah jajahannya.

Ia merupakan empayar terbesar jika diukur berdasarkan keluasan tanah yang meliputi daratan seluas 33.7 juta km2 (1922). Ia menjadi empayar terbesar dari segi populasinya. KDNK Empayar British adalah kedua terbesar dengan jumlah sebanyak $683.3 bilion (tahun 1938) selepas Amerika dalam tahun 1945. Mempunyai peratusan KDNK terbesar dunia dengan nilai 35.9% ($399 bilion daripada $1,111 bilion pada tahun 1870). Ia turut memiliki pasukan ketenteraan terbesar sepanjang zaman. Semasa pemerintahan Empayar British, orang ramai tidak berpuas hati dan timbul banyak perdebatan, sehingga menimbulkan ketidakstabilan tidak lama selepas memerintah, dan hanya di tempat kedua meskipun menjadi empayar yang terbesar.


1. Kerajaan Turki Uthmaniyyah (1299–1923)

Empayar Uthmaniyyah pada zamannya juga dikenali sebagai Empayar Turki. Ia merupakan sebuah empayar Islam yang berlangsung sejak 1299 sehingga 1923. Kerajaan Turki Uthmaniyyah digantikan oleh Republik Turki secara rami pada 29 Oktober 1923. Di puncak kegemilangannya (kurun ke-16 sehingga ke-17), empayar tersebut menjangkau tiga benua serta menguasai sebahagian besar wilayah Asia Barat, Eropah Timur dan Tenggara, kawasan Caucasus dan Afrika Utara. Empayar Turki Uthmaniyyah mengandungi 29 wilayah dan banyak negeri lindungannya, dan beberapa tempat yang kemudiannya diserap sebagai sebahagian daripada empayar, manakala yang lainnya mendapat pelbagai jenis autonomi seiring dengan peredaran masa.
Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Sumber gambar: http://en.wikipedia.org/wiki/File:OttomanEmpireIn1683.png
Wujud sebagai empayar yang paling lama memerintah di dunia iaitu selama tujuh abad. Sistem perundangan Empayar Uthmaniyyah mengaplikasikan hukum agama dalam pemerintahannya. Kerajaan ini sering merujuk kepada sistem perundangan tempatan. Kerajaan Turki Uthmaniyyah secara prinsipnya amat bertoleransi dengan penganut Kristian dan Yahudi. Variasi tradisi dan budaya empayar terdahulu (dalam bidang seperti senibina, masakan, muzik, riadah dan kerajaan) diserap oleh Empayar Uthmaniyyah, menyesuaikannya menjadi bentuk baru dengan gabungan ciri-ciri kumpulan etnik dan keagamaan yang ada dalam wilayah pemerintahan mereka, sehingga melahirkan satu identiti kebudayaan Turki Uthmaniyyah yang baru dan tersendiri.

Dengan membangunkan pusat-pusat perniagaan dan laluan, menggalakkan masyarakat untuk meluaskan kawasan tanaman serta perdagangan antarabangsa di bawah kekuasaannya, kerajaan tersebut melaksanakan ekonomi asas untuk empayarnya. Empayar Turki Uthmaniyyah menjadi pusat perhubungan di antara dunia Timur dan Barat selama tujuh abad.

Baca selanjutnya: http://jomstadi.blogspot.com/2013/01/10-empayar-terhebat-dalam-sejarah-dunia.html#ixzz2ljSLGlun
Follow us: @JomStadi on Twitter | JomStadi on Facebook






Kegemilangan Dan Kejatuhan Tamadun Turki Uthmaniah

Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah mencapai kemuncak kegemilangannya di era pemerintahan Sultan Suleyman I (1520 – 1566). Ketika itu pemerintahan Uthmaniyyah mencakupi kawasan sejauh Eropah Tengah ke Lautan Hindi dan ia dianggap sebagai kuasa terbesar dunia. Di dalam sebuah manuskrip bertarikh 1538, Sultan Suleyman I telah meluahkan pandangannya terhadap penguasaan beliau kepada kuasa dunia:

“Beta adalah hamba Allah dan Sultan kepada dunia ini. Dengan limpah kurniaan Allah, beta menjadi ketua umat Muhammad. Kekuasaan Allah dan mukjizat Rasulullah menjadi teman beta. Beta adalah Süleyman, yang namanya dibacakan di dalam Khutbah di Makkah dan Madinah. Di Baghdad beta adalah Shah. Di tanah Byzantine, beta adalah Caesar. Di Mesir pula beta adalah Sultan; yang menghantar armada tenteranya ke perairan Eropah, Maghribi dan India. Beta adalah Sultan yang merampas mahkota dan takhta Hungary, untuk diberikan kepada hamba yang tunduk. Voivoda Petru cuba mengangkat kepalanya untuk menentangku, tetapi telapak kaki kudaku telah memijaknya tenggelam menjadi debu. Beta jugalah yang telah menawan tanah Moldavia”.

Walau bagaimana pun, selepas berlakunya peperangan yang berterusan, kesatuan yang berlaku di antara kuasa-kuasa Eropah, pengkhianatan kerajaan Safavid Syiah di Iran dan pelbagai lagi faktor, keperkasaan Uthmaniyyah mula merintis graf menurun.

Punca Kemerosotan Turki Uthmaniyyah

Sebab-sebab yang membawa kepada kemerosotan dan kejatuhan Uthmaniyyah adalah pelbagai, namun semuanya terangkum di dalam satu kenyataan iaitu, “menjauhkan diri dari kepatuhan kepada Syariat Allah dan menghukum dengannya”. Ia dapat dilihat di pelbagai sudut seperti sosial, politik, ekonomi dan sebagainya.

Hal inilah yang mengundang musibah sebagaimana yang telah pun diperingatkan oleh Allah SWT di dalam firman-Nya:

“Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahNya, beringat serta berjaga-jaga supaya jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (An-Noor 24: 63)

Kelakuan-kelakuan yang menyimpang oleh Sultan-sultan Othmaniyyah di akhir usia pemerintahan, telah memberikan impak yang negatif kepada umat Islam. Kehidupan mereka yang tenggelam di dalam arus materialisma dan Jahiliah telah menjadikan diri dan masyarakat hidup dalam keresahan, celaru dan hilang jati diri.

Hal ini berlaku seiringan dengan kebangkitan musuh Othmaniyyah, sama ada di Barat, mahu pun Timur seperti kerajaan Safavid Syiah di Iran. Pada tahun 1599, Shah Abbâs dari Iran telah menghantar dutanya ke Eropah dan membuka kepada perbincangan ketenteraan dan ekonomi ke arah menekan Othmaniyyah secara langsung. Di Vienna, hasrat ini disambut oleh Maharaja dengan baik. Beliau menyatakan keinginan untuk membentuk suatu gagasan anti-Othmaniyyah bersama Russia dan Georgia di Timur, dan dalam masa yang sama akan bekerja keras ke arah menyatukan Raja-raja Kristian di Eropah di dalam satu Perang Salib yang bakal dilancarkan.

1603, perang besar-besaran dilancarkan dan tekanan serentak Timur dan Barat telah membinasakan Othmaniyyah. Bebanan Austria dan Parsi ini telah menjadi sumber luar yang utama kepada ketidakstabilan Othmaniyyah pada era tersebut.

Akan tetapi amat menarik untuk kita meneliti, apakah perbalahan tentang isu yang cuba diketengahkan oleh seminar ini pernah berlaku di era Othmaniyyah. Pernahkan masyarakat Othmaniyyah ‘diganggu’ oleh pertembungan pandangan di antara Salaf dan Khalaf? Seandainya ya, apakah pelajaran yang boleh kita pelajari daripadanya?

SUMBER : http://belogtitasteruna.blogspot.com/2012/05/kegemilangan-dan-kejatuhan-tamadun.html

SEJARAH EMPAYAR TURKI UTHMANIYYAH (1300-1922)


Pada abad pertengahan, muncul kerajaan Islam yang berpusat di Turki dan merupakan salah satu daripada tiga kerajaan besar Islam pada masa itu selain Safawiyah dan Moghul. Kerajaan tersebut ialah Uthmaniyah.

Kerajaan Uthmaniyah pernah menjadi negara terkuat dan berkuasa setelah mengalahkan Constantinople (Istanbul) dan kerajaan Rom Timur (Byzantium).

Kerajaan itu memainkan peranan penting bagi agama Islam terutamanya dalam meluaskan wilayah Islam.

Kerajaan Uthmaniyah berkuasa selama lebih kurang tujuh abad (1300-1922) dan dipimpin oleh 36 sultan. Puncak kejayaan Uthmaniyah adalah pada zaman Sulaiman 1.

Namun setelah itu, ia semakin lama semakin lemah kerana berlakunya pemberontakan dan kalah dalam peperangan dengan bangsa Eropah sehingga akhirnya kerajaan Uthamaniyah dihapuskan dan digantikan dengan penubuhan Republik Turki.

Setelah ditubuhkan oleh Uthman 1, Sultan kerajaan Uthmaniyah terus berusaha untuk meluaskan wilayah kekuasaan mereka.

Tarekat Bektasyi

Agama Islam memainkan peranan utama bagi masyarakat Turki dan menjadi satu- satunya sumber hukum, dengan mazhab Hanafi sebagai mazhab negara.

Dalam bidang tasauf, ajaran Tarekat Bektasyi berkembang pesat. Tarekat ini diajar oleh Bektasyi Velidari Khurasan dan terkenal di Anatolia (Asia Kecil) pada 1281.

Tarekat Bektasyi amat terpengaruh di kalangan tentera Janissary, sehingga mereka sering disebut sebagai Tentera Bektasyi. Ajaran Tarekat Bektasyi sehingga kini masih terus berkembang.

Janissary

Sebagai sultan pertama, Uthman 1 lebih menumpukan usaha untuk memantapkan kekuasaan dan melindungi wilayah daripada serangan musuh, terutama Byzantium.

Setelah Uthman meninggal dunia, baginda digantikan oleh puteranya, Orkhan.

Untuk memperkukuhkan kekuasaannya, Orkhan membentuk pasukan yang kuat dikenal sebagai Janissary atau Inkisyariah.

Pada zaman Orkhan, peluasan wilayah bermula. Pasukan Janissary terus menakluki Broissa (Turki), Izmir (Asia Kecil) dan Ankara. Pasukan Janissary yang dibentuk oleh Sultan Orkhan merupakan pasukan kuat yang berjaya menakluki wilayah lain dan meluaskan kekuasaan kerajaan Uthmaniyah.

Bayazid 1

Uthmaniyah berkembang menjadi kerajaan besar setelah sultan Uthmanyiah keempat, Bayazid 1, meluaskan wilayah hingga ke Eropah, meneruskan tugas ayahnya, Murad 1.

Hal itu membuatkan Eropah menjadi marah lalu berperang menentang Uthmaniyah pada tahun 1396.

Peperangan itu dimenangi oleh Bayazid 1. Pada 1402, Pasukan Timurlane (pemerintah Moghul) menyerang Uthmaniyah. Bayazid 1 ditawan dan Uthmaniyah mengalami kekalahan.

Akibatnya, hamper seluruh wilayah Uthmaniyah jatuh ke tangan Timurlane.

Awal penubuhan

Kerajaan Uthmaniyah ditubuhkan oleh Uthman, putera Ertugrul dari kabilah Oghuz di daerah Mongol yang datang ke Turki untuk meminta perlindungan pemerintah Saljuk, Sultan Alauddin 11, daripada serangan orang Mongol.

Mereka juga membantu Alauddin berperang menentang Byzantium. Uthman dilantik sebagai panglima perang kerajaan Saljuk, menggantikan ayahnya. Setelah Sultan Alauddin mangkat, Uthman mengambil alih kuasa dan sejak itulah tertubuhnya kerajaan Uthmaniyah.

Sulaiman 1

Puncak kejayaan kerajaan Uthmaniyah dicapai semasa pemerintahan Sulaiman 1 (1520-1566). Baginda digelar al-Qanun (Pembuat Undang-undang) kerana kejayaannya mengubal undang-undang yang mengatur masyarakat.

Selain itu, Sulaiman 1 juga digelar Sulaiman Yang Agung. Pada zaman kekuasaannya, Uthmaniyah memiliki wilayah yang sangat luas. Oleh sebab itu, kerajaan Uthmaniyah menjadi Negara terkuat dan berkuasa pada waktu itu.

Sepeninggalan Sulaiman 1, Uthmaniyah mula lemah meskipun masih dianggap sebagai kerajaan besar sehingga empat abad berikutnya.

Muhammad 11

Pada 1453, Muhammad 11 menakluki Constantinople. Dengan penaklukan kota yang merupakan pintu masuk Eropah dan laluan perdagangan Timur dan Barat itu, nasib Barat bergantung sepenuhnya kepada kerajaan Uthmaniyah.

Muhammad 11 kemudian menjadikan Constantinople sebagai ibu kota kerajaan dan menukar namanya menjadi Istanbul (Takhta Islam).

Walaupun telah ditalukinya, Muhammad 11 tetap memberikan kebebasan beragama kepada penduduk Constantinople.

Muhammad Al- Fatih

Uthmaniyah kembali bangkit pada zaman Murad 11, dan diteruskan olehputeranya Muhammad 11, yang digelar al-Fatih (Si Penakluk). Pada zamannya, peluasan kekuasaan Islam dilakukan secara besar-besaran. Beliau berjaya menaluki Constantinople.

Dengan jatuhnya Constantinople, maka kerajaan Uthmaniyah semakin mudah menaluki wilayah lain seperti Serbia, Albania dan Hungary.

Abdul Hamid 11

Pada 1876, Sultan Abdul Hamid 11 menaiki taktha. Pemerintahannya bersifat mutlak dan penuh kekerasan. Oleh sebab itu, timbul rasa tidak puas hati di kalangan orang awam dan tentera.

Gerakan penentang yang menentang Sultan Abdul Hamid 11 inilah yang kemudian dikenal dengan nama Gerakan Turki Muda. Sementara itu, kumpulan tentera membentuk jawatankuasa rahsia untuk menggulingkan sultan, seperti Jawatankuasa Perkumpulan Persatuan dan Kemajuan dengan salah seorang pemimpinnya ialah Mustafa Kamal Ataturk.

Mustafa Kamal bersama-sama rakan-rakannya berupaya mengakhiri kekuasaan Sultan Abdul Hamid 11. Pada 1922, Majlis Agung yang dipimpin Mustafa Kamal menghapuskan jawatan sultan dan mengisytiharkan penubuhan Republik Turki.

Peninggalan

Sebagai 'bangsa tentera', Uthmaniyah lebih banyak menumpukan pada kegiatan ketenteraan, sementara dalam bidang ilmu pengetahuan, mereka kurang menonjol.

Oleh sebab itu, dalam khazanah intelektual Islam, hampir tidak ada ilmuwan terkemuka dari dinasti ini.

Bagaimanapun, dalam mengembangkan senibina Islam, kerajaan ini cukup berjasa. Mereka banyak mendirikan masjid yang dihiasi dengan seni khat indah dan bangunan khas lainnya.

Masjid Salimiyyah di kota Adrianople yang dibina pada 1570, pada zaman pemerintahan Sultan Salim 11 merupakan salah sebuah bagunan bersejarah peninggalan Kerajaan Uthmaniyah.

Sumber:
http://zonfiniti.blogspot.com/2012/03/sejarah-kerajaan-uthmaniyah-1300-1922.html#ixzz2ljOq1c00
Sila baca lagi di
http://zonfiniti.blogspot.com

24/11/13

TERJAGA DAN SOLATLAH

“Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah. Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.”

-TGNZ

ARTIKEL ARWAH AHMAD AMMAR- SUATU PENJELASAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita  dimaklumkan bahawa, segala paparan artikel dan gambar berkaitan arwah Ahmad Ammar didalam blog ini telah mendapat keizinan daripada ibu bapa arwah. Hal ini adalah penting sebagai pematuhan etika penerbitan,
Segala tulisan berkenaan artikel arwah Ahmad Ammar bukanlah hasil penulisan pemilik blog, tetapi merupakan "caption", suntingan, petikan daripada FB ayahanda,bonda arwah Ammar (setelah mendapat keizinan)

Artikel berlabelkan (arwah)  Ahmad Ammar disusun mengikut sub topik  berikut iaitu :
-          Biodata Ahmad Ammar
-          Ahmad Ammar- nawaitu ibu bapanya
-          Ahmad Ammar – keperibadian di mata rakan-rakan dan mereka yang mengenalinya
      -           Ahmad Ammar- pengajiannya
-          Ahmad Ahmad sejarahwan yang tertunda
-           Ahmad Ammar – kata-kata inspirasinya
-          Ahmad Ammar – Asy Shaheed yang mengetuk pintu hati

( anda boleh membaca keseluruhan artikel ini dengan klik pada “KATEGORI” – scroll down- pilih label “AHMAD AMMAR”
Inisiatif memaparkan artikel berkenaan Ammar di dalam blog ini atas dasar supaya  ia dapat menjadi perangsang, motivasi kepada khalayak pembaca blogger dan yang pentingnya sebagai peringatan kepada empunya blogger sendiri yang begitu kerdil di sisi Yang Maha Besar.
Mari kita doakan agar roh arwah Ammar dicucuri rahmat, dan moga ahli keluarga arwah sentiasa dalam limpah rahmat-Nya.
Selamat membaca, moga kita sama-sama beroleh manfaat.

 


TUTORIAL KHAT


TUTORIAL HURUF



SENI KHAT

Khattat bermaksud penulis khat.Kebiasaannya khattat sesuai untuk orang yang ahli di dalam bidang

JENIS -JENIS TULISAN KHAT http://jenisjeniskhat.blogspot.com/


MAAL HIJRAH



 
 
 


 
 

KHAT KUFI






LISAN


ARWAH AHMAD AMMAR DI PAPARAN MEDIA MASSA

 
 



RUMAH SYURGA IALAH BAGI YG TIDAK MAHU BERDEBAT


PEMUDA , SOLAT, MASJID,SYAITAN YANG MENGHASUT

JANGAN JATUH KALI KETIGA!

Seorang pemuda bangun di awal pagi sebelum Subuh..bersiap diri dan berwuduk untuk ke masjid.Di pertengahan jalan,dia terjatuh dan pakaiannya kotor.Dia kembali ke rumah dan menukar pakaian.Dia turun semula ke masjid.Dalam perjalanan, ditempata yg sama ia telah terjatuh lagi.Pakaiannya kotor.Dia kembali semula ke rumah,menyalin baju dan berjalan semula ke masjid.

Diperten...
gahan jalan dia bertemu seorang lelaki yang membawa lampu dan dia menyapa,"Saya melihat kamu jatuh dua kali diperjalanan menuju masjid,jadi saya bawakan lampu utk menerangi perjalanan kamu."Pemuda itu berterima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid. Sampai di masjid pemuda itu mengajak lelaki itu naik ke masjid bersolat subuh bersamanya,namun ditolak.Berkali kali ia mengajak tetapi lelaki itu tetap tidak mahu.

Akhirnya lelaki pembawa lampu itu berkata,"Akulah Syaitan.."Pemuda itu terkejut.Lelaki itu menyambung,"Aku melihat kau ke masjid,dan akulah yg membuat kau jatuh.Ketika kau kembali kerumah membersih dan menukar pakaian dan berjalan ke masjid,Allah telah mengampun semua dosa kamu.Bila kamu jatuh kali kedua dan kembali ke rumah bertukar pakaian dan kembali ke masjid,Allah telah mengampun dosa seluruh keluarga kamu.Aku khuatir jika kamu jatuh kali ketiga kerana perbuatanku,Allah akan mengampun dosa seluruh penduduk kampung ini,jadi saya kena memastikan kamu sampai ke masjid dg selamat..

APA YG NAK DIFIKIRKAN:

Jangan cepat berputus asa pada melaksanakan suatu kerja baik,kerja kebajikan,kerana kesulitan yg dihadapai mungkin kerana ganjarannya yg besar.Teruskan dan bersabar melaluinya.Kata ulamak jalan kesyurga tidaklah ditaburi bunga indah tetapi penuh duri dan ranjau yg akan mengait dan menyoyak daging kamu.Dipenghujungnya adalah kemenangan.
Masjid adalah rumah Allah dan besarnya ganjaran orang yg berulang alik ke rumahNya.
JOM PI MASJID!SURUH SUAMI KE MASJID!

FATWA TENTANG ROKOK


23/11/13

Bergantung kepada Allah s.w.t bukan kepada manusia.

Jika bergantung pada Manusia, kita akan berasa amat terhad hidup ini. Tetapi, jika bergantung pada Allah s.w.t, kita akan dapat merasakan luasnya hidup ini.

Ingatlah, buatlah sesuatu pekerjaan hanya kerana Allah s.w.t dan jika ada masalah, luahkan kepada Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Penyayang dan Maha Mengetahui...

BAYARLAH HUTANG PUASA

Bayarlah Hutang Anda. Sobat! Bila anda memiliki hutang kepada saudara anda, pasti anda menyadari kewajiban untuk membayarnya. Dan kalaupun anda lupa, atau seng...aja melupakannya, maka saudara anda akan menagihnya. bukankah demikian? Demikian juga halnya dengan hutang anda kepada Allah. Barang kali anda berhutang puasa beberapa hari dari Ramadhan tahun silam. Mumpung masih ada kesempatan,maka segeralah untuk membayar hutang anda. Percayalah bahwa Allah pasti akan menagih piutang-Nya kepada anda. Mungkinkah anda akan menunda pembayaran piutang Allah hingga di akhirat, sehingga anda menebusnya dengan siksa di neraka? Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: : «فَاقْضِ اللَّهَ، فَهُوَ أَحَقُّ بِالقَضَاءِ» Bayarlah hutangmu kepada Allah, karena Allah lebih pantas untuk anda bayar piutang-Nya. ( muttafaqun alaih) By: Ust. Dr Muhammad Arifin Badri

22/11/13

AHMAD AMMAR- KEPERIBADIAN DIMATA RAKAN DAN YANG MENGENALINYA

Cerita tentang Allahyarham Akhi Ahmad Ammar.

 
Bismillah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oleh kerana  ramai yg bertanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yang baru-baru ini menggemparkan ummah dengan pemergian arwah menghadap Ilahi. Maka saya sabagai sahabat sepengajian beliau di Turki berasa brtanggungjwab untuk memperkenalkan serta mempromosikan segala kebaikan yang arwah pern
ah lakukan semasa hayatnya. Mudah-mudahan ia dikira ilmu bermanfaat yg dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan shingga kiamat). Harap kepada sesiapa yang membaca, baca lah sampai tamat. Maaf ia agak panjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dengan banyak ayat yang tidak tersusun.


 


Arwah  ialah antara student Malaysia terawal ( arwah merupakan batch ke- 2, manakala saya pula batch yang  ke-4 walaupun sampai sekarang, student Malaysia d Turki tak sampai pun 35 org) yang sanggup mlawan arus perdana apabila memilih Turki sebagai destinasi pngajian setelah SPM. Atas sebab itulah kami memanggil arwah sebagai  Abg Long. Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sebagai pelajar kedua terbaik SPM 2010 di Royal Malay College dengan pencapaian  9A1 1A2, bertindak  memilih menyambung penagjian di Turki, negara yg sering dilabel sbg negara eropah yg 'sakit'. Bukankah sepatutnya arwah  ke tempat yg lebih berprestij.Menyambung pengajian di Turki, ingatkn belajar medic  atau engineering, sebaliknya arwah  memilih pengajian sejarah. Sejarah yang seringkali dianggap sebagai bidang yg sering diambil oleh student gred C dan D, sejarah Uthmaniyyah plak tu. Masha Allah. Bila pertama kali saya Tanya arwah  mengapa  mmilih Turki dan belajar  sejarah. Jawapan arwah  "Turki  dulu pernah jadi pusat Dunia Islam 600 tahun, tiada kuasa dunia yang  lebih lama daripada itu. Negara lain pun respect dan tunduk kepada Turki, mengapa  kita tidak  bangga ?  Itukan sejarah kita. Kita boleh kembalikan  sejarah itu.  Lepas kita  belajar tinggi-tinggi  akhirnya  org yg kurang belajar  pula control kita. Atas sebab itulah  ana belajar sejarah". Cukup tersentak dgn jawpan tajam beliau.

Arwah  seorang yg sangat pendiam, tapi apabila sesekali arwah  bercakap, semua org ingin mendengar  dan akan mengingat perkara  yg arwah cakap. Arwah  juga sangat susah nak gelak ketawa, tapi sesekali arwah ketawa semua orang akan mengingat bila dan apa yang menjadikan arwah ketawa. Seingat  saya, arwah seorang yang  sangat kekok jika dalam situasi bercakap dengan perempuan . Pernah sekali arwah bawa  student Malaysia overseas yang datang bercuti di Turki dan kebetulannya perempuan. Oleh kerana arwah malu nak beritahu  perempuan tersebut, arwah sanggup call seorang sahabat kami yang ambil master di Turki...semata-mata minta tolong suoaya dapat beritahu  perempuan tu apa yang dia nak  maklumkan. Padahal arwah berada  di hadapan prempuan tresebut. Masha Allah begitu sekali arwah  menjaga dirinya.

 
Arwah juga seorang yang sangat rajin menolong, kalau ada apa-apa  program di rumah. Arwahlah orang  pertama yang sampai untuk membantu bentang tikar, sapu-sapu, kadang-kadang  masak dan hidangkan makanan. Arwah jualah yang akhir  sekali balik sebab ingin membantu menggulung tikar, sapu-sapu balik, basuh pinggan dan bungkuskan makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku arwah. Arwah sangat bersopan santun, sangat berjaga-jaga ketika bertanya dan sangat berdisiplin. Arwah pernah menceritakan bahawa "dulu mase kecik-kecik memang kuat main-main tapi lepas masuk RMC memang kena train habis".

Saya cukup rapat dengan arwah dan keluarganya malah saya mengenali bapa arwah iaitu  Hj. Azam  10 tahun lamanya. Mana tidaknya ayah arwah mengajar saya mengaji sejak berumur 8 tahun, atas permintaan bapa arwah  (ketika itu masih Presiden ABIM) sejak itu,  saya aktif dalam progarm ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak saya sampai di bumi Turki. Jika hari  sabtu dan ahad, saya akan prgi ke rumah arwah  di Fetih Mahallesi (pada hari-hari lain saya berada di asrama Turki), kami makan sama-sama, arwah memasak, sama-sama bersukan, berdiskusi sehingga menulis di  whiteboard dan akan tidur di bilik arwah. Seingat saya, antara cara arwah sebelum tidur dan bangkit tidur ialah :  akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul. Pada masa itu saya ingat mungkin dari sekolah menengah lagi  arwah sebegini. Arwah seringkali  tidur lewat kerana membaca buku (buku-buku arwah banyak yg dah ghabak dan banyak tulisan menunjukkan sememangnya arwah membacanya dengan bersungguh-sungguh). Pada bulan lepas, saya diminta untuk membuat perbentangan mengenai sejarah Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM). Arwahlah menjadi rujukn utama. arwah  pun memberi  buku-buku dan artikel-artikel sabagai persediaan untuk saya. Arwah juga cadangkan kepada supaya setiap minggu mesti ada student yang akan membuat pembentangan mengenai perkara mengikut bidang masing-masing.

 Ketika Eid Adha yang lalu, kami (student Malaysia) berkumpul bersama-sama selama seminggu. Dalam tempoh  seminggu itu terdapat satu hari full porgram dari pagi sampai malam. Kami dibahagikan  mengikut kumpulan. Ditakdirkan Allah, kumpulan  saya diketuai oleh arwah. Namun yang lawaknya nama kump  yang arwah namakan ialah 'Fatih Var Mı? Nama itu bermaksud "Fatih , ade ke ?" Hal ini disebabkan arwah  sangat meminati Sultan Muhammed Al-Fatih.  Kejadian itu sangat kelakar sebab nama kumpulan kami berbentuk soalan. Jadi setiap kali nama kumpulan kami dipanggil, maka semua akan ketawa terbahak-bahak termasuk kami dan arwah sendiri. Tugasan kami adalah pergi ke muzium Atatürk dan buat sedikit research. Sementara didalam muzium itu, arwah  seolah-olah  menjadi penceramah apabila sagala-gala gambar yang ada didalam muzium tersebut beliau terangkn dengan detail lebih daripada petugas muzium terangkan kepada kami.

Pernah sekali ketika  makan malam di rumah arwah , arwah menceritakan pengalaman  semasa mengikuti misi kemanusiaan di Syria. Kata arwah "Ana ni bukannya reti Arab". semua orang yang menyertai misi ini tahu bahasa arab dan apabila tentera Syria tanya dari mana datang, mereka jawab Syria (walaupun bukan sebenarnya). Bila sampai giliran arwah ditanya, arwah menjawab Maliziya, terus tak dapat masuk. Tapi, Alhamdulillah arwah berjaya juga mencari jalan belakang dan masuk pada waktu malam secara sembunyi. Sebelum arwah  pergi, arwah pernah berkata "ana kaluu tengok prempuan-perempuan Turki ni mesti rasa macam nak kena kawen da ni, x tau sebab apa".

Ketika arwah bermalam di wad hospital Syria ,  terdengar bunyi bom yang sangat kuat, terus arwah mengucap dan bersedia untuk syahid (kerana salah satu tujuan arwah ke Syria juga adalah untuk syahid). Kemudiannya  tidak ada  apa-apa  yang berlaku . Seterusnya arwah  terus tidur. Dalam tidurnya beliau bermimpi bertemu bidadari.

Ketika hari terakhir arwah di Syria, arwah ada bertanya kepada sorang pemandu di Syria (kebetulan driver tersebut boleh  berbahasa Inggeris sedikit) Arwah bertanya "Mengapa pemuda di sini berani betul dan nak syahid" Jawab driver tersebut "pemuda di sini dah tak pandang pada harta benda dan wanita. Mereka semua hanya menunggu syurga dan bidadari syurga. Sebab itulah diorang nak syahid". Arwah pun ceritakan perkara yang  dimimpikan kepada driver itu. Maka driver itu pun membalas, "awak ni boleh mati syahid ni".

Sekembalinya arwah  ke Istanbul dengan selamat, kamipun (sebab baru habis baca buku 'Kemenangan yabg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkan arwah sebagai  'Syahid yg Trtangguh'. Apabila arwah  ceritakan kepada  kami tentang mimpi itu, kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari-hari  berikutnya arwah memang berubah, setiap kali arwah  memandang  perempuan, tiada apa-apa yang dirasainya. 'Ajaib!!!


Pernah juga arwah meminta  saya, "nta tolong ngaji time ana kawen nanti ye" saya pun jawab sambil tresengeh "dah dekat ke? dengan orang mana?" Arwah jawab "ana mintak ayah ana carikan, ayah nak cari orang bosnia" katanya sambil berseloroh. Arwah juga berkata "nanti kalau ana meninggal di sini pun nta tolong ngaji juga sikit paling-paling pun Qul huAllah pun ok la" saya pun jawab "tak yah la cakap macam tu".

Bebarapa hari sebelum arwah pergi menghadap Yang Maha Esa, kami bertemu dalam satu majlis makan malam di Çamlıca yang turut dihadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kebetulan beberapa hari sebelum itu pula, saya berkesempatan bertemu dengan Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nanti saya terangkan mengapa saya selitkan nama Dr. Davut). Arwah tanya saya macam mana boleh jumpa Dr. Davut sebab arwah nak sangat berjumpa degannya. Saya jawab Dato' Seri Anwar Ibrahim yang bawa jumpa masa dia datang ke Beşiktaş hari itu. Arwah memaklumkan bahawa Dr. Davut seorang yang sangat bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) sahaja sudah boleh menggerunkn musuh-musuh Turki. Pada malam itu arwah bercakap banyak lebih daripada biasa.

HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi tidak  saya sangka, rupa-rupanya itulah pertemuan perpisahan kami di ardhillah ini kerana 2 hari selepas itu, insan yang sudah saya anggap seperti abang dan murobbi telah dipanggil menghadap Tuhannya. Arwah pergi meninggalkn kami dan ummah buat sleama-lamanya. Saat arwah ingin melintas di jalan raya, kaki arwah tergelincir kerana jalan memang agak licin, arwah terus dilanggar sebuah ambulan dan terkena bahagian  bahu arwah (faham-fahamlah betapa lajunya ambulan di Turki ). Kami terus ke hospital untuk urusan forensik. Ibu bapa arwah tiba di airport pada besoknya dengan keadaan yang cukup tenang (saya tidak pernah melihat wajah setenang mereka yang baru sahaja kehilangan seorang permata yang lebih awal dipanggil oleh-Nya, malah arwah merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga). Saya masih tidak dapat menerima hakikat ketika itu, ia seperti mimpi. Setelah jenazah dimandikan, kelihatan peluh masih ada pada wajah arwah. Saya kenal wajah arwah  semasa  tidur dan begitu lah wajah yang sama pada ketika itu. Sememang saya merasa ingin kejutkan dia. Namun Allah lebih menyayangi arwah.

 Ketika jenazah arwah disolatkan di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yang hadir. Pada ketika itu, saya yakin beliau seorang yang tiada musuh. Rakan-rakan arwah sama-sama ponteng kelas pada hari itu sebab lecture turut tidak hadir ke university... semata-mata untuk bersama solatkan jenazah arwah. Saat dikebumikan di perkuburan Eyyüp Sultan Camii, ramai yang tidak menyangka arwah boleh ditempatkan di situ (kerana perkuburan tersebut juga ada maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yang lain. Jadi agak luar biasa kalau orang yang tiada kaitan dengan kerajaan tambahan pula foreigner untuk ditempatkn di situ)

Masya Allah. Ketika itu, kawan-kawan university  arwah turut mmakai lencana gambar beliau pada pakaian masing-masing. Dalam video yang telah dipaparkan, sebenarnya bukan saya dijemput untuk membaca surah Al-Ikhlas (tidak seperti yang tertera dalam video), tapi sayalah yang minta untuk baca. Saya beritahu kepada Hoca bhw Al-Marhum bahawa arwah perrnah meminta saya baca pada masa ini. Saya pun membaca surah Al-Ikhlas sebnyak 3 kali (didalam video itu merupakan bacaan kali pertama), bacaan kali ke-2 dan ke- 3 saya sebak dan tidak dapat menahan air mata yang mengalir mengenangkan permintaan arwah semasa hayatnya yang pada masa itu saya fikir arwah brgurau. Setelah selesai urusan pengkebumian, bapa arwah berjumpa saya dan berkata  smbil senyum "nanti baca lama-lama lagi", saya terdiam, hati saya berkata "pakcik ni tak rasa sedih ke, saya lebih emosi dari bapa arwah ketika itu. Pada keesokan harinya, bapa arwah  mendapat panggilan telepon daripada Dr. Davut yang turut mengucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka orang yang teringin sangat arwah  nak jumpa semasa hidup tapi tiada berkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mendapat pengetahuan orang itu. Beberapa hari yang lalu, fakulti arwah di Univ. Marmara telah menanam sepohon pokok yang diberi nama bersempena nama arwah. Papan utama di Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yang brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa arwah tatkala melihat suasana tersebut berkata kepada saya sambil menggeleng kepala "ini bukan anak yang pakcik didik ni, mesti ada orang lain yang mendidik dia sampai ke tahap ini."

 
Akhir sekali sebelum arwah  pergi, status terakhirnya di FB dicatatkan surah Taubah ayat ke-111 iaitu Allah berfirman "Sesungguhnya Allah membeli orang-orang  mukminin, diri mereka serta harta mereka degan syurga". Ayat tersebut  cukup memberi kesan kapada sesiapa sahaja yang membacanya. Saya redha arwah telah pergi. Hanya ilmu, nasihat dan semangat yang arwah tinggalkan kepada saya. Kalau dulu orang sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa terbahak-bahak. Namun kini kalau disebut lagi, hanya wajah arwah yang akan dikenang dan air mata akan mngalir. Ramai antara kami ingat akan perkara yang terjadi kepada  arwah akan menjadi kerisauan ibu bapa di luar untuk menghantar anak mereka ke Turki. Namun kuasa Allah rupa-rupanya arwahlah pencetus dan pembuka mata masyarakat untuk mula mengenal apa itu Turki disamping menjalinkn hubungan yang erat antara Malaysia dan Turki.

Sungguh, arwah hebat,hebat, memang hebat!!!. Moga dengan hanya menonton video  ramai lagi pemuda-pemuda  yang akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Saya pasti dan akan selama-lamanya mencemburui arwah. "Abg Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan arwah ditempatkan bersama para mukminin.
Al-Faatihah.

MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
İSTANBUL,TÜRKİYE

_________________________________________________________

Memang tepat sekali apa yg telah dinyatakan. Aspek2 rohani & akhlaq Almarhum anakanda Ahmad Ammar telah diperkukuhkan & "disempurnakan" sejak beliau menekuni pengajian kitab Risalah An-Nur di bawah seliaan jamaah Hayrat. Ianya begitu jelas ketara pada dirinya di sepanjang tempoh lebih 2 bulan semasa pulang bercuti di Malaysia baru2 ini. Akhlaqnya sarat dgn nilai2/ciri2 seorang "Wakaf" kepada Hayrât Vakfı, siap-sedia berkhidmat kepada sesiapa sj....hampir tiada cacat-celanya....tidak perlu mcik ina perincikan di sini, cukup sekadar kami sekeluarga khususnya ayahandanya Ahmad Azam Ab Rahman telah didorongkan oleh Allah taala agar memilih jamaah Hayrat sebagai "penjaganya" sebaik kami melepaskannya ke Turki pada Mei 2010. Tiada kata2 yg sesuai diungkapkan bagi menyatakan penghargaan buat semua saudara2 kami dalam Hayrat Vakfi....melainkan bersyukur pd Ilahi yg melimpahkan kasih-sayangnya buat kami semua.

21/11/13

YUSOUF NADA

http://chedinsphere.blogspot.com/2013/09/program-bedah-buku-inside-muslim.html?m=1

EXAM ORIENTED









Apa pandangan proffesional tentang UPSR . Status apakah itu?
Semua throwback upsr 1a, 2a, 3a... Cukuplah, indoktrin peperiksaan telah merosakkan cara kita mengukur kejayaan dan melihat jiwa anak anak. Apa ertinya jika anak miskin masih dilarang ke sekolah. Apa ertinya jika anak yg miskin masih diberi kata dua lebih baik tidak sekolah .Apa ertinya cemerlangan tanpa jiwa ~ ( Fadhlina Sidek Sidek ~ P...
akar & Pengamal Undang-undang)

Jika tiada rezeki anak yang cemerlang UPSR, mungkin diberikan rezeki anak yang soleh dan solehah. Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar. ~ ( Abdullah Haron ~ Pakar Kewangan Islam Antarabangsa)

Every body for at least today will talk about the UPSR. To me who cares how many As you have got. It is rather important how you can me a human not a robot..drilled to answer question..and there you are.. A product.. ~ ( Tobezuka Tobel ~ Pakar Pendidikan Bahasa Inggeris )

SYAIR IMAM SYAFI'E


JADILAH ORG YG BAIK


UCAPAN TAKZIAH

Mati itu pasti, sungguh, sang mukmin tidak takut akan mati, aku? Badan mengigil-gigil saat mati cuma kunjung sekitar. Satu-satu berita kematian muda singgah di cuping telinga. semua bikin aku terpana. terkesima. Dek kerana dekat, dek kerana terikat tali kenal.




Hidup dikelilingi orang2 soleh, mati pula bersemadi jasadnya di kelilingi jasad orang2 Soleh. Takdir Allah buat hambanya yang terpilih.



TURKI UTHMANIYYAH




 

                                  Kamal Attaturk menjadi dalang kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah

SEJARAH TURKI UTHMANIYYAH

Pendahuluan

Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah ditubuhkan pada abad ke-13 oleh sultan yang pertama iaitu sultan Uthmani.[1]Nama kerajaan Uthmaniyyah diambil sempena nama nenek moyang mereka yang pertama iaitu sultan Uthmaniyyah Ibn Sauji Ibn Artugrul Ibn Sulaiman Shah Ibn Kla Alp yang merupakan kepala kabilah kabl di asia[2] Pada abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaan Byzantine, termasuk Yunani dan Bulgaria. Kejayaan yang terbesar dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah ialah dengan menakluki Kota Constantinople pada tahun 1453 (kemudian ditukar nama kepada Istanbul).[3] Pada tahun 1526 sebagian besar wilayah Hungary telah dikuasai oleh kekuasaan Turki Uthmaniah. Kerajaan Turki Uthmaniah juga melanjutkan peluasan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara, menduduki Iraq dan bahagian-bahagian wilayah Arab yang lain. Kajayaan Kerajaan Turki Uthmaniah adalah kerana mereka mempunyai angkatan laut yang handal dan sentiasa bersedia bagi melaksanakan tugasnya dalam peperangan. tenggara.



Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan karajaan Turki Uthmaniyyah merupakan keganasan Islam.CDengan ini mereka menegaskan bahawa Islam adalah agama kekejaman dan agama pedang yang menakutkan.CPada akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan Uthmaniyah mulai terserlah ekoran daripada masalah dalaman seperti kelemahan pemerintah, masalah birokrasi, ketenteraan, kemerosotan ekonomi, dan pemberontakan, serta foktor luaran seperti pengaruh luar, dan peperang dengan kuasa luar.Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah telah memberi kesan kepada Negara-negara umat islam.

Faktor Kejatuhan Turki Uthmaniyyah

Antara faktor utama yang menyebabkan kejatuhan karajaan Turki Uthmaniyyah ialah kelemahan pemerintah. Sultan-sultan Uthmaniyyah yang terakhir sememangnya sedah tergelincir jauh daripada landasan perjuangan nenek moyang mereka. Mereka tidak mengingati bahawa kerajaan turki uthmaniyyah dibina atas dasar iman dan taqwa sultan-sultannya. Keperibadian pemerintah yang lemah menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyyah telah mengalami kemerosotan. Sultan dikatakan suka berfoya-foya, suka berhibur, rakus dan mempunyai sifat yang tamak. Mereka sudah leka dengan kenewahan dunia sehinggakan mereka tidak mempedulikan hal kebajikan rakyat. Hal ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan sultan Salim II pada tahun 1566 sehingga 1574, baginda dikatakan suka minum arak dan sering barfoya-foya dengan dayang-dayang istana,[4] sehingga dikatakan baginda meninggal dunia disebabkan terlalu banyak minum arak.[5] Sultan salim II langsung tidak mempunyai kesanggupan untuk menjaga negeri yang begitu luas. Malah baginda telah menyerahkan urusan pentadbiran Negara kepada wazir yang bernama Muhammad Pasya Secilli.[6]

Sebenarnya kelemahan sultan adalah berpunca daripada kelemahan iman, mereka tidak mengikut syiar dan sunnah Rasulullah s.a.w, malah mereka tidah takutkan Allah S.W.T. Akibatnya, Allah S.W.T tidak lagi memberi bantuan untuk menguatkan kerajaan mereka seperti firman Allah S.W.T surah Al-jasiyah yang bermaksud “Allah menjadi pembela kepada orang bertaqwa”.Sultan-sultan uthmaniyyah yang terakhir juga tidak mempedulikan lagi ulama ul-amilin, mereka tidak mendengar nasihat para ulama sufi yang selama ini banyak membantu sultan dalam hal pentadbiran. Kelakuan-kelakuan yang menyimpang oleh Sultan-sultan Uthmaniyyah di akhir usia pemerintahan, telah memberikan impak yang negatif kepada umat Islam. Kehidupan mereka yang tenggelam di dalam arus materialisma dan Jahiliah telah menjadikan diri dan masyarakat hidup dalam keresahan, celaru dan hilang jati diri.

Selain itu, sultan juga dikatakan telah dipengaruhi oleh ibu dan isterinya dalam hal pentadbiran, ini menunjukkan bahawa sultan tidak mempunyai pendirian yang teguh dalam menentukan keputusan. Contohnya pada zaman pemerintahan sultan Ibrahim pada tahun 1640 sehingga 1648, banginda telah dipengaruhi oleh bondanya dan tiga orang isterinya yang masuk campur tangan dalam hal ehwal pemerintahan.[7] Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa penyikiran wazir besar iaitu Kara Mustafa yang telah banyak berjasa kepada sultan Murad IV[8]. Bonda dan isteri-isterinya telah menghasut kaum Inkishariyah agar mereka menuntut supaya sultan ibrahim menyerahkan kepala wazir tersebut kepada mereka. Bonda dan isterinya tidak puas hati dan tidak bersefahaman terhadap wazir tersebut kerana semasa wazir ini memegang kendali, beliau banyak menyentuh keperibadian perempuan. Selepas kematian sultan Ibrahim, Kerajaan Turki Uthamaniyyah telah diperintah oleh wanita istana, khususnya permaisuri-permaisuri sultan yang selama ini sememangnya mengiginkan kuasa pemerintahan. Di sini jelas menujukkan bahawa Sultan Ibrahim I telah dipengaruhi oleh ibu dan isteri-isterinya dalam melaksanakan pemerintahan.

Proses kemerosotan dan kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah juga, disebabkan kerana kezaliman pemerintah, sultan telah melaksanakan pemerintahan secara kuku besi. Contahnya semasa zaman pemerintahan sultan Abdul Hamid II, walaupun baginda boleh dikatakan seorang pemerintah yang agung, namun begitu banginda juga telah melakukan kesilapan yang telah menyebabkan kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Baginda telah mentadbir Negara dengan corak pentadbirannya yang tersendiri, malah para pembesar yang tidak bersetuju dengan corak pemerintahannya akan dipecat atau dipenjarakan. Hal ini telah menyababkan segelintir masyarakat tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran sultan dan cuba untuk mengulingkan kuasa pemerintahannya.

Seperti mana yang kita tahu ketenteraan merupakan salah satu faktor yang telah menyebabkan kejayaan karajaan Turki Uthmaniyyah pada awal penubuhannya.[9] Kemerosotan dalam bidang ketentaraan telah menyababkan kekuasaan Turki Uthmaniyyah semakin berkurang dan lemah. Kemerosoktan ketenteraan bermula apabila disiplin ketenteraan dikalangan pegawai atasan semakin lemah.[10] Sikap tentera yang tamak dan tidak mempunyai semangat untuk berjihad telah menyebabkan mereka membenarkan begitu banyak rasuah berlaku dikalangan mereka. Pada zaman ini, penjualan jawatan telah bermula diperingkat atasan lagi, malah sultan Suliman sendiri telah meminta hadiah daripada orang yang hendak dilantik untuk memegang sesuata jawatan. Pada masa ini juga jawatan tidak lagi dipilih berdasaran kelayakan, inilah yang menjadikan ketenteraan menjadi lemah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa rasuah dikalangan tentera bermula dari puncak kepimpinan lagi. Gejala rasuah ini telah menjadi satu amalan bagi mereka, sehinggakan undang-undang syariah yang selama ini menjadi pegangan umat islam pun tidak mampu untuk membanteras kegiatan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai tersebut. Selain itu, pelantikan sesuatu jawatan juga berdasarkan keturunan, yang mana anak-anak mereka akan mengantikan jawatan mereka. Hal ini telah menyebabkan berlakunya pembunuhan diantara waris-waris bagi mendapatkan jawatan tersebut. Waris-waris sendiri terpaksa dibunuh bagi menjamin tidak ada perebutan kuasa dikemudian hari.[11]
 
Ekonomi merupakan tulang belakang kepada kemajuan empayar Turki Uthmaniyyah, kemerotan ekonomi telah menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyyah gagal dalam menguruskan pentadbiran negara. Kemerosotan ekonomi yang serius adalah berpuca daripada sikap sultan yang terlalu boros dalam pembelanjaan bagi memajukan Negara semata-mata hanya untuk hiburan dan tujuan kepentingan dirisendiri.[12] Hal ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan sultan Sulaiman, baginda telah menjalankan dasar perluasan kuasa melalui peperangan yang mana memerlukan modal yang besar dalam membiayai ketenteraan. Hal ini sekali gus telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan jumlah wang yang banyak, ekoran daripada masalah tersebut, pihak pentadbir terpaksa mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat. Peningkatan cukai yang tinggi telah menyebabkan rakyat tertekan dan cuba bertindak untuk memberontak.

Kisah pengkhianatan terbesar dalam sejarah Islam moden ini, bermula ketika Sultan Abdul Hamid II menolak permintaan Theodore Hertzel (Ketua Zionisme Antarabangsa dan anggota tertinggi Freemasonry) agar sultan menyerahkan Palestin sebagai wilayah baru untuk Yahudi. Harga lumayan yang ditawarkan kepada Sultan Abdul Hamid, supaya baginda menjual bumi Palestin telah ditolak mentah-mentah kerana baginda sudah tahu tujuan sebenar mereka. [13] Sungguhpun jumlah tawaran tersebut begitu besar untuk ditolak. Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut : 

"Saya menganjurkan supaya dia(Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk serta mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma. Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun.."

Akhirnya pada tahun 1908, gerakan Committee of Union and Progress (CUP) yang didalangi oleh yahudi zionis telah melakukan pemberontakan "Revolusi Turki Muda" menentang khalifah.[14] Hasil daripada revolusi ini, sebuah perlembagaan telah diisytiharkan di Salonika, khalifah telah dipaksa supaya meluluskan pelantikan para menteri yang dipilih oleh Turki Muda.Pada 26hb. April 1909, Jawatankuasa Kebangsaan telah bertindak memecat Sultan Abdul Hamid daripada jawatan khalifah dan sistem perlembagaan dilaksanakan semula.[15] Dengan ini sistem pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah telah berkubur dan digantikan dengan sistem perlembagaan dan parlimen ala barat. Gerakan Nasionalisme yang dipimpin oleh Mustafa Kamal berjaya mendapat tempat dengan Parti Kebangsaan yang dibentuknya.Beliau bercita-cita untuk menggantikan Khilafah dengan Republik Turki.Revolusi yang digerakkan oleh beliau dilihat sebagai memenuhi kepentingan British, sungguhpun beliau cuba mengaburinya dengan rupa nasionalisme. British adalah dalang yang menaja segalanya bagi menjayakan revolusi yang dijalankan oleh Mustafa kamal. 

Pada masa yang sama, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat.Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, telah menyuburkan semangat nasionalisme di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah.Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1 yang berpaling tadah dan memihak kepada Britain.Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin.Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan - “hari ini, perang salib sudah berakhir”.[16] Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi, Britain menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi.[17] Penempatan Yahudi di Palestin telah meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta.Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya.
 Kesan Terhadap Negara Umat Islam

Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah sememangnya telah memberi kesan yang mendalam kepada umat islam.Kesan yang paling ketara yang dapat dilihat ialah, terdapatnya unsur-unsur sekularisme yang telah dipengaruhi oleh barat. Hal ini telah menyebabkan lahirnya golongan birokrat yang pro barat, yang sekali gus telah melahirkan golongan yang memandang tinggi terhadap orang barat.Unsur sekularisme telah meresap masuk ke dalam pentadbiran, perundangan, pendidikan, pertahanan dan yang paling penting adalah pemikiran penduduk Turki Uthmaniyyah.Penduduk semakin terpengaruh dengan gaya hidup orang barat yang menjadikan mereka kufur dengan perbuatan seperti meminum arak dikalayak ramai, menari dan bergaul bebas. Malah mereka juga telah meninggalkan ajaran agama islam yang selama ini menjadi tunggak dalam kehidupan mereka.

Kejatuhan karajaan islam yang agung ini telah menyebabkan, berlakunya perubahan dari segi perundangan, yang mana undang-undang yang digunakan dalam pentadbiran adalah berdasarkan undang-undang yang menerapkan unsur sekular. Mereka memandang rendah terhadap undang-undang syariah, malah mereka lebih mengagungkan undang-undang yang diperkenalkan oleh barat. Selain itu, kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah juga telah memberi perubahan dalam bidang pendidikan. Bidang pendidikan mula diterapkan dengan unsur-unsur sekularisme[18] yang telah melihirkan golongan pro barat yang akhirnya telah melakukan perubahan besar terhadap kerajaan Turki.

Selain itu, kajatuhan karajaan Turki Uthmaniyyah telah memberi kesan terhadap institusi khalifah. Setelah Mustafa Kamal Ataturk memegang puncuk kepimpinan, beliua telah mengadakan perubahan besar kepada sistem pentadbiran yang mana beliau telah menghapuskan institusi kesultanan pada 1 november 1922 di mana beliau menggunakan alasan bahawa sultan telah mengkianati Negara. Pada masa yang sama beliau juga telah mengistiharkan Turki sebagai sebuah Negara republic di mana beliau sendiri telah mengangkat dirinya sebagai presiden yang pertama.[19] Dengan bermulanya corak pemerintahan republic tersebut. maka sistem khalifah yang diamal di Negara islam itu telah berakhir pada 29 november 1923 dengan memutuskan bahawa khalifah tiada gunanya.[20] Semasa pemerintahan Mustafa kamal, beliau telah menunjukkan sikapnya yang anti terhadap islam. Umat islam telah menerima kesan yang sangat mendalam ekoran daripada sikap Mustafa Kamal yang banyak melarang umat islam untuk mengikut ajaran islam. Contohnya, beliau telah menghapuskan semua yang berwajah dan berbau islam, malah yang paling menyedihkan apabila beliau telah mengeluarkan arahan larangan azan dalam bahasa arab, wanita-wanita juga dilarang untuk menutup aurat.
Pada masa yang sama, kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah juga telah memberi kesan kepada Negara-negara islam lain.Umat islam telah berpecah dengan dasyat mengikut Negara masing-masing dengan idetiti bangsa dan ideologi masing-masing yang kebanyakkannya telah dipengaruhi oleh budaya barat. Hal ini telah menyebabkan Negara umat islam menjadi lemah dan mula dijajah satu persatu oleh kuasa barat yang sememangnya menantikan saat-saat tersebut. Campurtangan kuasa barat semakin meluas di Negara-negara umat islam, Negara umat islam dibahagi-bahagikan oleh Kuasa Berikat bagi tujuan penaklukan.

Kesimpulan

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Kerajaan Turki Uthmaniyyah sememangnya merupakan sebuah empayar islam yang agung di dunia sehingga dikatakan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana empayar selepasnya. Walaubagaimanapun keagungan dan kejayaan empayar tersebut akhirnya telah mengalami kemerosotan dan kejatuhan ekoran daripada faktor dalaman dan juga luaran yang banyak memberi tekanan kepada kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kajatuhan empayar Turki Uthmaniyyah telah memberi kesan tehadap Negara umat islam sehingga ke hari ini. Namun begitu, kejatuhan Turki Uthmaniyyah juga telah memberi kesedaran kepada umat islam untuk memikul tanggungjawab menyebarkan agama.[21] Hal ini telah menyebakan muncullah ulama’-ulama’ yang sedar dan menggerakkan Harakah Islamiyyah di negara masing-masing.

[1] Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 386
[2] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 346
3 Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 398
[4] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 376
[5] Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 411
[6] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 376.
[7] Lois A. Aroin Dan Richard P. Mirtchell(Terjemahan Redzuan Othman).1991.Timur Tenggah Dan Afrika Moden.Kuala Lumpur Dewan Bahasa Dan Pustaka.
[8] Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 413
[9] Prof.Madya Fadhullah Jamal.2000.Islam Di Asia Barat Moden Sejarah Penjajahan Dan Penerokaan.Selangor.Thinker`S Library`S Sdn.Bhd.Hal 3
[10] Marshall G.P.Hadson Penterjemahan Mohd Radzali Masran.2004.Kebangkitan Islam:Gambaran Sejarah Dalam Tamadun Dunia Edisi Empayar Serbuk Letupan Zaman Moden Jilid III.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 50
[11] Marshall G.P.Hadson Penterjemahan Mohd Radzali Masran.2004.Kebangkitan Islam:Gambaran Sejarah Dalam Tamadun Dunia Edisi Empayar Serbuk Letupan Zaman Moden Jilid III.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 151
[12] Stanford Shaw.1976.History Of The Ottoman Empire And Modern Turkey.Cambridge.Cambridge University Press.Hal 234.
[13] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 402
[14]Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 402
[15] Ahmadi Al-Aziz.1998.Kamal Ataturk Ideology Dan Kesan Ke Atas Rakyat Turki.Hal 35.
[16] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 405
[17] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 405
[18] Esposito, L.John (Terjemahan Y.N.Eva.2001.Ensiklopedi Oxford Dunia Islam Moden.Bandung.Penerbit Mizan.Hal 130.
[19] Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 426
[20] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 407
[21] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 408.

 


 Disediakan

Saudara Amirul Adli 
Ketua Unit Biah Solehah
DPMZ 2012 / 2013