SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
~selamat datang ~

28/03/13

KESAN MAKAN AIS

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....
... Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.
 







KEBAIKAN BERJALAN


KISAH TELADAN BUAT SUAMI

Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la bu...at kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.

Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.



Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.

Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….



SAYANG….abang mintak maaf….



Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….



Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….



Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….



Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….



Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..



Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..



Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….



SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..



Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….



Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat……
 

DEBATE

http://www.youtube.com/watch?v=w9ukLWtUpLs&feature=youtube_gdata_player

KAEDAH MENDIDIK ANAK

sila SHARE lepas baca..

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

... I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

23/03/13







Maklumat Bernilai daripada Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang 2011

Antara dapatan menarik semasa Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang 2011...1. Kualiti guru merupakan penentu utama prestasi pelajar...2. Kualiti sistem pendidikan tidak dapat mengatasi kualiti guru
‎3. Berdasarkan sistem persekolahan terbaik di dunia, menambahbaik kaedah pengajaran dalam bilik darjah adalah cara terbaik dalam meningkatkan pencapaian pelajar.
‎4. Kualiti guru merupakan penentu utama mengatasi faktor lain termasuk saiz kelas.
Antara 7 kemahiran yang perlu ada pada bakal pekerja yang merupakan perkara yang dicari oleh para majikan di abad ke 21:
1. Pemikiran kritikan dan penyelesaian masalah.
2. Kolaborasi serta memimpin melalui pengaruh
3. Boleh mengubahsuai
4. Mempunyai inisiatif
5. Kebolehan berkomunikasi : bercakap dan penulisan
6. Menilai dan menganalisis maklumat
7. Sifat ingin tahu dan imaginasi.
CIRI GURU DI ABAD KE 21
1. SENTIASA BELAJAR
2. (SAMA SEPERTI PERKARA 1 HINGGA 7 DI ATAS)
MENGHADAPI CABARAN GENERASI Y (KHAS BUAT GURU DAN IBU BAPA)
SIAPAKAH GENERASI Y
-mereka yang berusia di antara 15 hingga 34 Tahun (2011)
-lahir dalam tahun 1977 hingga 1994
-bilangan terbesar, berciri sofistikated, berteknologi, kepelbagaian etnik, media sosial, dibesarkan oleh pendapatan ibu dan bapa, miliki kemudahan kewangan.
-diversti etnik
-tahap berdikari ekstrem
-mereka anggap diberi amanah, rasa selamat dan optimistik untuk masa depan.
KEHIDUPAN DI RUMAH
– dibesarkan oleh “ibu bapa aktif”. Ibu bapa anggap anak sebagai nadi famili. Keputusan anak diambil kira. Sering beri masa bersama anak - makan malam. Penjagaan keselamatan yang amat ketat - anak rasa boleh dapat apa yang dikehendaki.

TEKNOLOGI
– setiap anak memiliki komputer. Sentiasa ikuti perkembangan teknologi. Komunikasi harian adalah sms, email, permainan. Mereka ada banyak opsyen.
PENDIDIKAN
– generasi terbaik dalam pelajaran. Belajar di universiti bukan lagi istimewa - biasa. Ibu bapa berpendapatan tinggi. Ada pilihan – pendidikan cara tradisi dan atas - talian.

PEKERJAAN
– mereka mahu mulakan dari jawatan tertinggi atau dalam tempoh 6 bulan kerja sudah mencapai tangga korporat. Mereka anggap mereka layak. Generasi bukannya kelompok yang malas. Sikap – berubah kerja, mahu berada di atas, kerja cepat dan terbaik dari rakan sekerja, kompetitif.
IMPAK PADA GUNATENAGA
– generasi Y masuk ke pasaran pada waktu pertukaran demografi (kurang pekerja). Berlaku “pertempuran” antara senior dan junior – pertelagahan pendapat, enggan dianggap sebagai budak-budak. Wujud intergenerational tensions di tempat kerja.

KERJA SENDIRI
– Generasi Y minat kerja sendiri.
BATASAN GENERASI Y
1.KURANG SABAR kerana dibesarkan dalam dunia didominasi oleh teknologi dan segera.

2.SKEPTIKAL – berlaku penipuan, bohong, eksploitasi oleh personaliti tertentu.

3.TERUS TERANG & EKSPRESIF.

4.PENTINGKAN IMEJ.

5.UMUR MUDA – kurang pengalaman hidup. Suka bertanya soalan kerana dianggap jimat masa dari mengalami sendiri events.
KELEBIHAN GENERASI Y
1.MUDAH SESUAI DIRI dengan banyak situasi.

2.MINAT PADA TEKNOLOGI dan ambil kesempatan.

3.UPAYA DAPAT KONSEP BARU – generasi berorientasikan pembelajaran.

4.MILIKI PELBAGAI KEBOLEHAN – lakukan segera dan boleh atasi pesaing.

5.TOLERANSI – boleh kerja pelbagai di rumah dan rasa selesa.
RINGKASNYA, GEN Y…
oGENERASI Y ADA JARINGAN – celik teknologi, guna telefon bimbit & internet sbg alat komunikasi utama.

oBERMINDA KERJAYA – kerja yang diceburi bermakna pada mereka dan penting utk diri mereka dan syarikat.

oBERKEYAKINAN – produk berestim-diri tinggi, dan suka belajar. Yakin mereka boleh buat semua perkara.
SIFAT GEN Y
vBerdikari ekstrim
vSuka tanya soalan – jimat masa dari alami sendiri
vRasa selamat
vSavvy teknologi
vPendidikan cara tradisi @ atas-talian
vMulti-taskings
vToo ambitious in career development
vPentingkan speed
vKompetitif
vIntergenerational tension
vKerja sendiri

22/03/13

Pesanan Buat Suami::

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

... 2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”


















40 Kesilapan Ibu Bapa

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang be...rlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

KEPENTINGAN MENGUNDI


13/03/13

DERMA PALESTIN LEBIH UTAMA ?

Atas satu soalan yang sebenarnya kerap ditanyakan - kenapa bantu penduduk Palestin yang jauh itu sedangkan ramai lagi umat Islam di Malaysia yang susah.

Saya ...kongsikan jawapan semuga bermanfaat untuk semua.
------------------------------------------------------------------------------

Wa alaikum salam, isu ini sudah lama diperjelaskan. Kita kena lihat dari sudut akidah, bukan sahaja dari sudut tuntutan ukhuwah Islam atau kemanusiaan semata-mata. Jika dilihat dari sudut ukhuwah Islam, memanglah keutamaan diberikan kepada saudara Islam yang dekat. Pun begitu saudara Islam yang jauh tidak bolih diketepikan terutama jika bencana yang menimpa saudara Islam itu begitu besar untuk ditangani oleh jiran atau saudara Islamnya yang terdekat. Ini sangat tepat dengan contoh Palestin dimana mereka di kepung dan dijajah sejak 65 tahun yang lalu. Diusir dari kampung halaman dan diperangi berterusan sejak tahun 1948 di bawah hidung PBB. Bencana yang amat besar ini menuntut pembelaan dari seluruh umat Islam.

Isu Palestin sebenarnya lebih besar dari isu ukhuwah Islam. ia isu yang melibatkan tanah suci umat Islam dgn pelbagai kelebihan. Kiblat pertama, bumi isra', bumi para Nabi, dan bumi barokah. Kesemua attribut ini adalah bukti bahawa ia adalah isu yang wajib ditangani oleh umat Islam di manapun mereka berada. Tanah suci baitul Makdis adalah menyamai status tanah suci yang dua di Mekah dan Madinah. Baitul Maqdis diancam dengan penukaran wajah dari wajah Islam kepada wajah Yahudi melalui proses pengyahudian yang sistematik. saudara kita di sana berada di barisan depan mempertahankan masjid al Aqsa dan Tanah suci kita, Mereka syahid bagi pihak seluruh umat Islam. Jadi kita berhutang dengan mereka kerana telah memikul tanggungjawab kita semua. Jadi kita bantu mereka bukan sekadar mereka miskin. Bahkan mereka tidak meminta kita membantu mereka atas dasar keperluan makanan atau pakaian semata-mata. Mereka berjiwa besar dan cukup sekadar apa yang ada utk meneruskan perjuangan. Tetapi kita bela dan bantu mereka agar mereka mempunyai kekuatan yang cukup untuk menghadapi musuh kita bersama bahkan musuh kemanusiaan - sebab itu masyarakat di barat (Eropah dan US) sanggup mati membela rakyat Palestin. Kepekaan mereka begitu tinggi terhadap penderitaan dan kezaliman yang ditanggung oleh rakyat Palestin. Jadi jangan guna neraca miskin bila bercakap ttg membela rakyat Palestin. Kita bantu mereka kerana kewajipan kita untuk berjihad, bukan menganggap mereka sebagai asnaf masakin dan faqir yang berhak menerima wang zakat dan bantuan belas ehsan kita semata-mata.

3/03/13

PERANCANGAN VATICAN

http://www.dinar-emas.com/vaticans.html#axzz2MZgijXfq

SUNTIKAN VAKSIN PADA BAYI

: VAKSIN UNTUK SI BAYI &IBU.

Semua sedia maklum di zaman yg amat moden skrg ini para ibu dan bayi sejak di dalam kandungan akan di suntik sejenis cecair yg di panggil "Vaksin" dan kita telah di maklumkan tujuannya adalah untuk imunisasi dari sebarang penyakit berbahaya buat ibu dan bayi tersebut.
Maaf kerana ingin mengajak anda berfikir sejenak kerana saya agak naif mengenai perkara ini dimana agak membingungkan apabila bayi yg di lahirkan perlu di suntik Vaksin sekurang²nya sebanyak 6 kali!.
Saya ada membuat sedikit kajian yg agak skeptikal dimana telah menimbulkan satu situasi yg amat memeranjatkan dan menakutkan dengan satu google searching shj : " Danger of Vaccine " telah mendapat over 6,250,000 results. Wow,just try do it to believe! thats pretty impressive

http://youtube.com/watch?v=aawJyXNaEQ8

Hasilnya setelah di perhalusi sy mendapat satu maklumat yg amat mengejutkan mengenai kemudaratan dan keburukan Vaksin untuk di kongsi bersama & please do your 'homework' if u think im pretty extreme..
1). Vaksin mengandungi enzim gelatine BABI
2). Vaksin mengandungi dos MERKURI thiomersal
3). Vaksin mengandungi FORMALDEHYDE fluid
4). Vaksin mengandungi bahan KIMIA sodium phosphate
5). Vaksin mengandungi RACUN lactalbumin hydrolysate
Ok relaks,anda tidak perlu terus percaya apa yg di baca, take your time..sila bertenang dan kawal emosi anda juga boleh melawat link ini untuk rujukan :
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/965-jemaah-haji-malaysia-menggunakan-vaksin-haram-.html

6). Kajian seorg doktor pakar mengenai kanser telah mengesahkan dari sejumlah 200 pesakit kanser yg di rawat telah di sahkan ke semua mereka pernah mendapat suntikan Vaksin dan tiada satu pun penyakit kanser pernah di rekodkan sebelum Vaksin pertama mula di suntik kepada manusia lebih 60 tahun yg lalu :
http://mindaahad.wordpress.com/2011/01/30/bahaya-suntikan-vaksin-dan-imunisasi/

7). Sebenarnya makhluk paling mulia lagi suci yg pernah di cipta oleh Allah s.w.t sebagai khalifah di muka bumi ini adalah manusia dan setiap bayi yg dilahirkan sebenarnya mempunyai sistem imun pertahanan tersendiri yg sememangnya adalah terbaik kerana ianya di cipta oleh Allah s.w.t yg Maha Pencipta lagi Maha Bijaksana. Maka amatlah tidak bijak bagi kita ibu bapa yg mempercayai dengan memasukkan D.N.A vaksin babi kedalam badan manusia itu dapat memperkuatkan lagi tubuh kita. Sangat tidak boleh diterima akal sama sekali dan penjelasan yg tidak perlu di terangkan lagi hukumnya adalah Haram sama sekali kerana tiada apa darurat kepada tubuh badan bayi kita jika tidak memasukkan vaksin yg mengandungi enzim Babi tersebut. InsyaALLAH dengan syarat ikutlah segala syariat yg telah di ajar di dalam al-Quran dengan memberikan bayi kita susu ibu a.k.a susu badan sepenuhnya..
Allah SWT telah menjadikan susu ibu sebagai susu yang TERBAIK sebagai makanan utama bayi. Banyak bukti saintifik membuktikan kelebihannya berbanding dengan susu formula, susu lembu atau soya.
Susu ibu menepati fitrah bayi yang masih belum matang untuk menghadamkan pemakanan mereka.

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” (Surah Al-Baqarah : ayat 233)

http://fikrahhalaqah.com/mengapa-allah-menceritakan-susu-ibu-di-dalam-al-quran/

http://movingtoislam.blogspot.com/2012/11/apa-apa-dengan-vaksin.html?m=1

Now just one thing that plays in our mind is 'Jika betul Vaksin ini memang merbahaya kenapa kerajaan masih tetap membenarkan malahan mewajibkan suntikan Vaksin ini kepada setiap bayi dan rakyatnya!!. 'Answer? :
. Ketahuilah bahawa Vaksin a.k.a imunisasi ini telah di cipta oleh kaum Yahudi a.k.a Israel saintis ternama dari Amrik iaitu 'keluarga' Zionist ROCKEFLLER yang mana memiliki dan mangawal seluruh pertubuhan di dunia ini termasuk badan induk World Health Organization (W.H.O). Kajilah juga berkenaan konspirasi Illuminati, Freemason, Dajjal, Gog & Magog di akhir zaman ini, InsyaALLAH anda akan menemui jawapannya.
Setiap negara yg pernah di jajah di dunia ini tertakluk kepada WHO yg mana kononnya adalah 'penjaga' sejati kepada kesihatan manusia di muka bumi ini. Sekiranya kerajaaan Malaysia cuba ingkar untuk tidak mengikut telunjuk badan induk WHO ini dengan tidak membenarkan Vaksin di berikan kepada rakyat negara ini maka percayalah satu berita tergempar berskala besar pasti akan dikeluarkan dengan menyatakan bahawa Malaysia kini menjadi negara paling tidak selamat dan berbahaya untuk di kunjungi kerana tidak mengikut standard kesihatan. maka dengan itu tidak sampai setahun merudumlah industri pelancongan negara Malaysia. Amatlah mengecewakan bagi kita yg hidup di era akhir zaman yg penuh dengan fitnah ini kerana terpaksa melalui berbagai 'Fasad' yg berlaku sekarang.

http://haanz-dc.blogspot.com/2012/03/imunisasi-dan-strategi-yahudi.html?m=1

VAKSIN PD JEMAAH HAJI

Tahniah kepada semua warga Malaysia yang terpilih untuk menunaikan Haji pada tahun ini. Kelihatan rombongan demi rombongan mula berlepas ke tanah suci Mekah. Namun terdapat satu isu yang ingin saya bangkitkan untuk perhatian semua, khususnya pihak berwajib JAKIM, panel pengkaji JAKIM dan Majlis Fatwa kebangsaan.
Telah diketahui bahawa Kerajaan Arab Saudi mewajibkan semua jemaah Haji untuk menerima suntikan vaksin meningitis sebelum berlepas bagi memastikan tahap kesihatan mereka terjamin, sewaktu menunaikan rukun Islam kelima tersebut. Sebelum ini telah kita dengari keraguan timbul berkenaan asal usul vaksin terbabit, yang dikatakan dibuat melalui proses yang bercampur dengan sama ada unsur babi atau binatang-binatang lain yang tidak disembelih.
Pun begitu, Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2002, telah mengeluarkan fatwa berkenaannya seperti berikut:-

Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-53 yang bersidang pada 27 Nov 2002 telah membincangkan Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum menggunakan pelalian meningococcal meningitis mencevax yang diambil daripada sumber lembu adalah harus. Manakala vaksin pelalian meningococcal Miningitis Monumune yang mengandungi unsur daripada babi adalah haram.
Keterangan/Hujah:
1. Ketika ini hanya terdapat dua jenis vaksin sahaja di pasaran iaitu jenama Mencevax dan jenama Monumune. Vaksin jenama Mencevax adalah dari sumber susu, jantung dan lemak lembu berbanding vaksin jenama Monumune yang sumbernya mengandungi bahan khinzir.
2. Permasalahan keraguan terhadap kandungan vaksin jenama Mencevax hanya melibatkan sumbernya iaitu lembu tersebut sama ada ianya disembelih atau sebaliknya. Sekiranya lembu tersebut tidak disembelih vaksin Mencevax juga mengandungi bahan dari najis.
3. Keharusan menggunakan vaksin jenama Mencevax adalah berasaskan kaedah fiqf "Akhafu al-Dhararin " walaupun sumbernya dari lembu yang belum dapat dipastikan ia disembelih atau pun tidak. Hal ini amat jelas bahawa penggunaan suntikan vaksin jenama Monumune yang mengandungi unsur khinzir tidak boleh digunakan.
4. Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili menyatakan bahawa walaupun bahan sumber yang asal daripada benda yang najis dan haram sekalipun namun jika ianya diproses dan berlaku perubahan atau pertukaran 'ain yakni sifatnya maka ia dibolehkan. Hal ini mengharuskan untuk menggunakan vaksin berjenama Monumune walaupun bahan sumbernya terdiri unsur khinzir.
5. Penegasan oleh pihak berkuasa amat diperlukan dan menyatakan bahawa vaksin yang sumbernya dari bahan yang diharamkan adalah tidak dibolehkan dan diharamkan. Secara langsung pihak hospital atau klinik swasta perlu akur dan tiada alasan untuk tidak menyediakan vaksin berjenama Mencevax bagi kegunaan suntikan kepada Jemaah Haji atau Umrah Malaysia.
6. Pemberitahuan kepada masyarakat Islam Malaysia perlulah meliputi kedua-dua jenama vaksin iaitu Monumune dan Mencevax. Bahkan dinyatakan juga vaksin berjenama Monumune yang mengandungi asid amino khinzir adalah diharamkan. Maka hanya vaksin berjenama Mencevax adalah diharuskan kerana tiada mengandungi sumber yang diharamkan oleh syarak.

Jelas dari kenyataan fatwa tersebut, masyarakat Malaysia dibenarkan untuk menggunakan vaksin Mencevax dari keluaran GlaxoSmithKline (GSK). Walau berasal dari haiwan yang tidak disembelih, namun menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, penggunaannya dibenarkan kerana atas asas dua asas iaitu :-
  • Menurut point nombor 4 fatwa Malaysia di atas, ia dikatakan telah melalui proses istihalah atau transformasi, lalu bahan haiwan yang tidak sembelih itu telah hilang sifatnya kepada sifat yang baru.
  • Mungkin disebabkan ketiadaan pilihan atau alternatif lain sewaktu fatwa dikeluarkan. Justeru ia dibenarkan atas asas hajiat dan keterpaksaan.
KAJIAN SEMULA DIPERLUKAN
Jika kedua-dua di atas menjadi sebab keharusan umat Islam untuk disuntik menggunakan vaksin Mencevax, keharusan yang diberi wajar itu dikaji semula khususnya di tahun 2010 ini. Ia berdasarkan dua sebab berikut :-
  1. Kajian terperinci dan audit telah dilakukan oleh Majlis Ulama Indonesia mendapati produk vaksin mencevax keluaran GSK terdapat unsur babi dilibatkan dalam pembuatannya, bukan sahaja lembu sebagaimana yang disebut dalam fatwa Malaysia. Vaksin MENCEVAX yang digunapakai oleh jemaah Haji dan Umrah Malaysia tersebut telah difatwakan HARAM oleh Majlis Ulama Indonesia pada 16 Julai 2010. (RUJUK FATWA LENGKAP).
  2. Tiada keterpaksaaan kerana telah terdapat vaksin yang seratus peratus halal dikeluarkan oleh dua syarikat iaitu Novartis dan Tian Yuana. Walaupun produk Tian Yuana tidak terdapat di Malaysia, namun product vaksin halal yang dikeluarkan oleh Novartis terdapat di pasaran Malaysia.
  3. Novartis disahkan mempunyai vaksin yang diiktiraf status halalnya dari peringkat pertumbuhan sehingga ke akhirnya. Menurut sumber Novartis mereka menyebut : “Melalui penelitian selama 20 tahun, perusahaan farmasi asal Swiss itu mengembangkan vaksin MEN-C/AC,Y, W-135. "Medium pengembangan vaksin yang kami gunakan dari gula kacang kedelai," demikian kata Head of Commercial Operations Novartis Indonesia Hanadi Setiarto di Jakarta, akhir pekan lalu. Vaksin ini merupakan satu-satunya vaksin meningitis yang mendapat sertifikasi halal dari Islamic Services of America (ISA), Arab Saudi, Pakistan, Bangladesh, dan Turki badan sertifikasi yang mendapat pengakuan Majelis Ulama Indonesia (MUI) (rujuk) dan juga pengesahannya di sini
  4. Vaksin Mencevax keluaran GSK juga telah difatwakan haram oleh Majlis Ulama Indonesia sejak dua tahun lalu. Walaupun tidak terdapat kesan dan unsur babi tidak dapat dikesan di hujung proses pembuatannya, pihak Majlis Ulama Indonesia menegaskan, mereka mendapati unsur babi digunakan di peringkat pembenihan di awal proses pembuatan vaksin terbabit. Justeru, vaksin Mencevax terbabit telah tercemar dek kerana memanfaatkan bahagian dari khinzir.
Ketua Komisi Fatwa MUI, Dr KH Anwar Ibrahim mengatakan, “salah satu produsen yang telah diaudit adalah GlaxoSmithKline dari Belgia. Vaksin dari perusahaan tersebut dinyatakan haram kerana memakai unsur babi dalam media pertumbuhannya.”
KESIMPULAN
Majlis Ulama Indoensia terkenal dengan sifat dan kajian professional serta telus. Mereka juga dianggotai oleh sebilangan besar pakar Shari’ah berlatarbelakangkan gabungan kedua-dua aliran pengajian iaitu Universiti dan juga Pesantren. Justeru, fatwa yang dikeluarkan oleh pihak mereka mempunyai relvan dan kekeutaan tersendiri serta perlu diambil serius oleh semua Negara, dan Malaysia khususnya.
Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap ibadah haji dan status kehalalan vaksin yang digunakan oleh setiap jemaah haji Malaysia, saya amat berharap pihak pengkaji JAKIM dan Majlis fatwa Kebangsaan dapat meneliti semula fatwa yang telah dikeluarkan pada tahun 2002, kerana ia mungkin sudah tidak lagi boleh dipakai disebabkan penemuan baru dalam bidang vaksin tersebut. Kaedah Fiqh menegaskan
لا ينكر تغير الأحكام بتغير الزمان
Ertinya : Tidak dinafikan, kebolehan berubahnya hukum apabila berubahnya zaman (disebabkan uruf, adat dan kajian) (Majallah al-Ahkam Al-Adliyah, No 39 : Syarah Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Az-Zarqa, hlm 227)
Vaksin alternative yang disahkan halal disemua peringkat pembenihan, penumbuhan dan vaksin siap itu boleh dibuka di sini. Ia bernama Menveo. Sila rujuk lanjut detail vaksin di http://menveo.com/
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
6 Oktober 2010

SELOKA BANGSA MELAYU

Bangsa Melayu Jangan Jadi Begini

Beriman di mulut, hati berlumut
beriman di lidah, hati menyalah
lidah bercabang, langkah menyilang

cakap berlecoh, perangai tak senonoh
tamak harta, mabuk dunia
laba pangkat, lupa akhirat
kemaruk puji, lupa diri.

Bangsa melayu Jangan Jadi Begini

Ke tengah memfitnah, ke tepi mendengki
ke laut menghasut, ke darat mengumpat
ke hulu menipu, ke hilir menyindir
ke atas mengampu, ke bawah melapah
ke gunung menyombong, ke lurah menista
berkawan dengan setan, berguru pada nafsu
beraja pada selera, bersahabat pada maksiat
berlabuh pada yang tak senonoh
berhenti pada yang keji.

Bangsa Melayu Jangan Jadi Begini

bergantung pada yang serong
berpijak pada yang merosak
bersandar pada yang ingkar
berumah pada yang salah
aniaya pada saudara
khianat pada sahabat
iri kepada isteri
muak ke orang banyak
derhaka ke orang tua
menghina pada yang muda
mencerca sama sebaya
bekerja malas, memimpin culas
bersusah malu, berpahit tak mahu.

jadilah bangsa yang bersopan
jadilah bangsa yang berbudi tinggi
jadilah bangsa yang pentingkan kemuliaan
jadilah bangsa yang berhemah mulia
jadilah bangsa yang berpegang kepada kekeluargaan
jadilah bangsa yang cintakan muafakat
jadilah bangsa yang sentiasa mahu berbakti
jadilah bangsa yang fikirkan cemerlang dunia dan akhirat

tuah ayam pada sisiknya
tuah manusia pada baiknya
tuah kain pada tenunnya
tuah kayu pada elok buahnya
tuah melayu elok maruahnya..

RAHSIA NEGERI MELAYU 1

- tahukah anda Perdana2 Menteri kita sangat sayang pada Islam & bangsanya ?
- tahukah anda apa isi sumpah janji (yang tidak disebut) yang diikrarkan di depan ketua raja2 Melayu ?
- tahukah anda nama Gunung Ledang ada catatan dalam rekod Nabi Sulaiman
- tahukah anda umat Melayu sememangnya beragama Ibrahim (sembah tuhan yang 1)
- tahukah anda kenapa anak2 Melayu cantik2 belaka ?
- tahukah anda dahulunya air di Segamat (Segar Amat ?) sangat segar airnya
- tahukah anda Johor merupakan negara terakhir di semenanjung paling payah ditawan ?
- tahukah anda ada 1 kerajaan yang sangat CANGGIH di Mersing ?
- Mersing merupakan salah 1 negara2 kota Melayu yang telah tenggelam & dighaibkan ?
- di sana terdapat Jong-Jong (kapal2 laut yang MEGA) dipenuhi teknologi meriam & bedilan !!!
- dan yang paling pelik, Mersing mempunyai sistem saliran air di bawah tanah yang lengkap ?
- sememangnya SEJARAH MELAYU perlu ditulis semula
- tahukah anda ada banyak DAIK di utara, di tengah, & di selatan semenanjung ?
- tapi sayang... anda tak faham apa yang KERAJAAN HARI INI memahaminya...
- sayang 1000 kali sayang, musuh kami dari Vatican bijak mencaturkan politik di Tanah Melayu
- maka benarlah kata2 ulamak, bila UMNO & PAS berpisah merupakan 1 bencana
- dan... kalau UMNO dijatuhkan, maka ALLAH akan izin untuk BALA diturunkan di bumi ini...
- apa BALA nya ?
- cina kapir & keling kapir menjadi pemimpin di Tanah Melayu (ini bukan bala, tapi MALAPETAKA)
- sebab itu kami menggunakan lagi salah 1 kuasa trigger kami iaitu dengan jalan HIKMAH
- Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (di bawah belia, dan bidang skop sejarah.)
- tahukah anda semenjak perpecahan Melayu Islam terjadi, bumi semenanjung selalu bergegar ?
- tidakkan anda perasan, semakin PAS kuat memaki UMNO...
- dan semakin UMNO mendiamkan diri tidak membela (kerana menjaga budi bahasa & akhlaknya)
- maka semakin tersenyum wakil2 mata 1 yang semakin ketawa kepada kami ?
- sudahkah anda lupa kepada siapakah Yasir Arafat meminta tolong ketika rumah beliau dikepung Yahudi ?
- kenapa panggilan kecemasan perlu dibuat ke Tanah Melayu, sedang Arab Saudi dekat di sana ?
- siapakah Melayu yang sebenarnya ?
- apa rahsia besar yang pemimpin luar lagi tahu dari rakyat negara ini (kaki maki yang keracunan)
- bila anda semakin mengenali pentingnya menghormati ciptaan Allah
- maka anda pasti mengerti kenapa anda ditakdirkan menjadi Melayu di akhir zaman (dengan Nur Hati)
- tapi sayang anak2 muda semakin hendak menjatuhkan bangsanya sendiri (bukan lah semua)
- memang benarlah pesan Ustaz Kazim Al Hafiz, bangsa itu sendiri yang menjahanamkan rajanya.
- tahukah anda... Melayu itu beragama Islam ? (semenjak zaman Nabi Ibrahim lagi ?)---> study lagi
- tahukah anda... Kebanyakan penganut Islam di Tanah Melayu adalah orang Melayu ?
- bila kita mempertahankan Melayu, bermakna anda mempertahankan ISLAM secara otomatiknya.

Makam Rahsia Yang Terpelihara:
Apabila kami bercakap tentang ilmu jaringan matriks,
dan fenomena akhir zaman semenjak Tsunami Jepun,
ribuan artikel di internet dan majalah serta suratkhabar memberitahu hal ini.
dan...
Apabila kajian ini selari dengan penemuan pakar sejarah & ahli2 kasyaf yang lain,
ini menjadi kenangan manis buat kami & angkatan risik akhir zaman.
Semenjak pendedahan pyramid di laut itu menjadi perhatian ramai anak2 Melayu,
penemuan ini dibuktikan lagi dengan sokongan artikel2 dari barat,
bahawasanya di Tanah Melayu mempunyai pyramid yang jauh lagi besar dari di Bosnia & Mesir.
Pelik kan ?
Tapi itulah realitinya...
Yang ada ilmu chaneling & ilmu scanning akan semakin meremang akan pembuktian ini.
- tahukah anda terdapat FAIL SUPER RAHSIA di zaman penjajahan dahulu ?
- fail2 yang dighaibkan ini berlabel 'confidential', 'secret' & 'unexplained' !!!
- lokasi fail ini dalam pejabat Residen Negeri-negeri Selat...
- dan semua X-FAIL ini berada di kota Risikan Dajjal, yakni di London.
- tahukah anda terdapat ratusan pakar arkeologi, & pengembara bertahap 'Tom Raiders' sekarang ?
- bahkan pakar sejarah malah pencari harta karun menyelinap di negara kita,
- mereka memakai kod name (syarikat2 kecil) & (syarikat judi atas gunung)
- mereka ini kononnya mencari emas2 di Raub, di Sungai Koyan & banyak tempat2 pelik lagi...
- kononnya membuka kilang bahan2 sisa buangan bumi
- Mat Sallleh ini bertebaran di belantara masih mencari sesuatu yang RAHSIA.
- misteri rahsia apa yang dikatakan TAMADUN BESAR YANG HILANG
- inilah satu2nya tamadun yang besar sezaman dengan Raja Yahudi yakni Nabi Sulaiman
- ia tercatat kemas dalam tulisan kuno 'Hebrew Scriptures'.
- Hanya mereka yang Arif tahu asbab DATO ONN JAAFAR ditutup mulutnya (kerana tahu rahsia si mata 1)
- tahukah anda isi surat janji antara Queen Elizaberth & Tunku Abdul Rahman di kota London ?
- apa rahsia perjanjian raja-raja Melayu dan Great Britain ?
- mengapa Great Briatain tidak menghapuskan sistem beraja Melayu ?
- dan...
- kenapa pula semua negara jajahan Commonwealth habis binasa raja2nya ?
- kenapa Queen Elizabeth II mengiktiraf raja Melayu dan suka dengan Sultan2 nya?
- tahukah anda seperti ulasan yang pernah Atuk Megat cerita...
- sememangnya Tanah Melayu tak pernah dijajah oleh British.
- tahukah anda kita tidak dijajah secara terus tetapi 'dinaungi' (untuk menghormati status Raja2 Melayu)