SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
~selamat datang ~

31/08/09

HARGA MINYAK PETROL NAIK LAGI

RON95 vs RON97RON

(Research Octane Number) di Malaysia kini telah dan akan diselaraskan di semua stesen minyak di seluruh negara kepada RON95 dan RON97 sahaja.RON92 akan dihapuskan secara berperingkat bagi digantikan dengan RON95..Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.Jangan percaya pada pandangan salah. Terlalu ramai ‘pakar’ automotif hari ini. Cuba taipkan RON dalam Yahoo Malaysia, nescaya pelbagai forum akan membincangkan tentangnya.Baca dengan teliti kerana sebahagiannya memberi fakta yang songsang. sumber:http://www.voy.com.my

30/08/09

BEAUTY OF MATHEMATICS

Beauty of Mathematics !!!!!!!
Beauty of Mathematics !!!!!!!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 1
112 x 9 + 3 = 11
1123 x 9 + 4 = 111
11234 x 9 + 5 = 1111
112345 x 9 + 6 = 11111
1123456 x 9 + 7 = 111111
11234567 x 9 + 8 = 1111111
112345678 x 9 + 9 = 11111111
1123456789 x 9 +10= 111111111

Brilliant, isn't it?

BEAUTY OF MATH

From a strictly mathematical viewpoint:

What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you toGIVE OVER 100%. How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life? Here's a little mathematical formula that might helpanswer these questions:

If: A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z Is represented as: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If: H-A-R-D-W-O- R- K 8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%

And: K-N-O-W-L-E- D-G-E 11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%

But: A-T-T-I-T-U- D-E 1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God will take you: L-O-V-E-O-F- G-O-D 12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with mathematical certainty that: While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude willget you there, It's the Love of God that will put you over the top!

KELEBIHAN ASB

ASB yg terbaik dan selamat di dunia

Mari kita fikir-fikirkan persoalan berikut:

1. Banyak-banyak bank di Malaysia, bank manakah dan pelaburan apakah yang boleh memberi kita dividen sehingga 7% hingga 10% tanpa dikenakan sebarang caj-caj tambahan 3% hingga 5% semasa memulakan pelaburan?

2. Banyak-banyak simpanan, simpanan apakah secara tidak langsung ia merupakan simpanan berbentuk pelaburan? Dan wang simpanan/pelabuaran tersebut boleh dikeluarkan dalam tempoh 24 jam tanpa perlu melepasi tempoh bertenang selama 2 – 3 minggu?

3. Pelaburan apakah yang akan memberikan kesan kecairan (liquidity) yang cepat dan memberikan nilai bersih (net value) yang tinggi?Jawapannya mudah. Hanya satu jawapan sahaja yang boleh merangkumi persoalan di atas iaitu instrument Simpanan/Pelaburan ASB.

Persoalannya, kenapa perlu simpan dalam buku pelaburan ASB? Kenapa bukan dalam akaun simpanan bank-bank yang ada di Malaysia?

Alasan persoalan pertama, memang kita sudah sedia maklum bahawa simpanan ASB ini dijamin oleh kerajaan. Manakala, dividen yang diberikan sentiasa berada paras 7% hingga 9% setahun. Tambahan pula, tiada sebarang caj tambahan dikenakan semasa memulakan pelaburan.Tidak seperti sesetengah unit amanah yang dikeluarkan oleh pihak bank-bank Malaysia, yang mana akan mengenakan caj memulakan pelaburan sebanyak 3% hingga 5% setahun. Erti kata lain, permulaan pelaburan kita sudah rugi sebanyak 3% hingga 5%. Ini bermakna kita perlu meletakkan satu keyakinan yang tinggi dan berdoa agar perlaburan kita itu mesti melebihi 12% - 13% setahun agar ia boleh menyamai pelaburan ASB. Tetapi, sekiranya dividen yang diberikan itu berada di bawah paras 12% - 13%, ini bermakna pelaburan ASB adalah lebih baik daripada unit amanah yang dikeluarkan oleh bank-bank tersebut. Sebabnya, keuntungan terlalu minimum diberikan oleh pihak bank kepada pelabur.

Alasan persoalan kedua, simpanan yang dibuat dalam ASB merupakan satu pelaburan.

Kenapa? Sebabnya, sekirannya berlaku kecemasan atau waktu-waktu terdesak, penyimpan boleh mengeluarkan wang tersebut dalam masa 24 jam tanpa perlu menunggu 2 – 3 minggu masa bertenang. Manakala, sekiranya simpanan itu sudah berusia 1 bulan, penyimpan tersebut layak dianugerahkan dividen untuk bulan tersebut secara peratusan purata dividen tahunan.Alasan persoalan ketiga, ramai orang kita tidak mengetahui hal ini. Selain daripada properties (Rumah kedai, rumah dan hartanah), sijil ASB juga boleh dicarikan dengan mencagarkannya di bank-bank tempatan untuk mendapatkan pinjaman dalam bentuk Overdraft Bank.

Tahukah anda, pihak bank hanya mampu memberi pinjaman sebanyak 60% - 80% ke atas nilai berbayar pada sesuatu properties dalam bentuk Overdraft Bank. Manakala prosesnya pula, memakan masa yang lama sehingga mencecah 3 – 4 bulan.Tidak seperti Sijil ASB, nilai tertentu yang ada pada sijil tersebut, pihak bank berani memberi kemudahan Overdraft Bank sebanyak 90% - 95% ke atas nilai sijil yang dicagarkan. Tambahan pula, proses menyiapkan overdraft tersebut hanya berlaku 3-4 minggu sahaja. Dengan terwujudnya overdraft bank, maka kita boleh gunakannya untuk membayar hutang (terutama hutang-hutang yang kritikal di mana kadar faedah yang tinggi seperti hutang kad kredit, hutang “ah-long” dll), untuk dana kecemasan dan sebagai alat untuk memaksimumkan simpanan.

Tahukah anda, bahawa sesetengah bank di Malaysia ada mengeluarkan Unit Amanah (amanah fund, unit trust, matual fund atau lain-lain fund lagi) dalam bentuk sijil, tetapi bank yang mengeluarkan sijil tersebut tidak sudi untuk menerima cagaran tersebut untuk dicairkan dalam bentuk overdraft bank. Kenapa?..... Tepuk dahi tanya hati.Macam mana? Menarik?Usah fikir lagi, mulakan menyimpan untuk masa depan yang cerah dan sempurna.

KES-KES TERHANGAT DI BAWAH JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL, PDRM

Kes-Kes Terhangat Dibawah Siasatan Jenayah Komersil, PDRM

1. Kes Penipuan Peraduan Akademi Fantasia 4 (AF4) Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
2. Kes Penipuan Gores dan Menang.
3. Kes Penipuan Tiket Toto / Nombor Ekor / Loteri / 1 + 3D dan 6D Palsu.
4. Kes Penipuan Bomoh, Tilik Nasib dan Perubatan.
5. Kes Penipuan SMS Bahasa Cina Lucky Draw Yang Kononnya Dari Macau.
6. Kes Penipuan Bantuan Kebajikan / Ibu Tunggal / Warga Emas.
7. Kes Penipuan Sewa Tanah.
8. Kes Penipuan Jual Beli Tanah.
9. Kes Penipuan Jual Beli Kereta.
10. Kes Penipuan Haji dan Umrah.
11. Kes Penipuan Lelongan Barang Rampasan Kastam.
12. Kes Penipuan Fly By Night.

KES PENIPUAN PERADUAN AKADEMI FANTASIA 4 (AF4) MELALUI SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS).1. Kes penipuan menang hadiah peraduan Akademi Fantasia 4 melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) masih lagi berlaku walaupun orang ramai telah dimaklumkan supaya berwaspada dengan penipuan ini melalui akhbar-akhbar tempatan. Sidang akhbar mengenai hal ini telah pun dibuat pada 19 September 2006 yang lalu. Sejak bulan September 2006 hingga 22 November 2006 sebanyak 96 laporan polis telah dibuat yang melibatkan kerugian sebanyak RM 158,616.15. Sebanyak 20 kes telah dilaporkan di Selangor, Perak 12, Johor 10, Pahang 9, Sabah 8, Sarawak 8, Melaka 5, Terengganu 5, Kedah 4, P. Pinang 4, N. Sembilan 3, Kelantan 3, dan Perlis 1.2. Modus Operandii) Mangsa akan menerima SMS Ó Tahniah Simcard anda telah memenangi hadiah cek tunai RM 9,000.00 peraduan Akademi Fantasia 4 (AF4)Ô, dan mengarahkan mangsa menghubungi nombor telefon yang diberikan dalam SMS tersebut. Dalam perbualan mangsa akan dimaklumkan bahawa panggilan daripada pegawai ASTRO Bukit Jalil. Apabila nombor tersebut dihubungi mangsa diarahkan supaya membuat deposit sebanyak RM 1,000.00 ke akaun bank yang diberitahu sebagai wang proses untuk mendapatkan hadiah wang tunai RM 9,000.00. Proses pemindahan dengan menggunakan nombor pin seperti yang diberikan iaitu 333999 atau 999777. Mangsa telah diarah untuk menyemak akaun selepas 24 jam. Apabila mangsa menyemak buku akaun didapati wang tidak dimasukkan dan ada mangsa mendapati wang simpanan telah pun dikeluarkan. ii) Terima SMS mengatakan ÓCONGRATULATION, anda menang wang tunai RM 9,000.00 dari Maxis. Info sila hubungi perkhidmatan Maxis 0062813878013335, atau layari laman web http://www.hotlink.com.my Ó Saspek mengarahkan pengadu supaya menghubungi nombor telefon tertentu. Apabila dihubungi, seorang lelaki loghat Indonesia mengarahkan untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank bagi mendapatkan hadiah tersebut. Sampai di bank saspek meminta nombor akaun bank dan nombor kad ATM. Kemudian pengadu diarahkan supaya memasukkan kad ATM melalui Maybank2U, seterusnya memasukkan no. pin yang diberikan oleh saspek. Selepas itu, mangsa periksa akaun dapati sejumlah wang telah berkurangan dari akaunnya.3. Hasil siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM Bukit Perdana, bahawa saspek-saspek yang terlibat dalam kegiatan ini masih belum dikenalpasti. Namun adalah dipercayai bahawa nombor telefon dan juga SMS bukan didaftarkan di Malaysia tetapi dipercayai didaftarkan di Indonesia.4. Orang ramai adalah dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan jangan mudah terperangkap dengan penipuan ini yang tidak wujud. Orang ramai juga adalah dinasihatkan supaya tidak mudah memberi keterangan diri atau nombor akaun bank sewenang-wenangnya kepada mereka yang tidak dikenali dan orang ramai harus memeriksa kebenaran sesuatu berita terlebih dahulu. Sebarang maklumat mengenai kegiatan ini hendaklah dimaklumkan kepada balai-balai polis yang berhampiran atau Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di negeri-negeri ataupun melalui talian Bilik Gerakan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Perdana ( 03-26163822 ).5. Penipuan ini masih lagi berlaku tetapi sejak akhir-akhir ini namun ianya telah berkurangan di atas tindakan yang telah diambil:-i) Membuat kenyataan-kenyataan akhbar.ii) Kempen pencegahan jenayah melalui pameran.iii) Menghebahkan mengenai kes penipuan AF4 di Siaran Radio ERA dan televisyen Astro Channel 4.iv) Alert notis di ATM Bank.v) Alert notis melalui SMS telefon bimbit oleh Celcom.vi) Nasihat dari pihak polis Óadalah dimaklumkan satu sindiket penipuan peraduan akademi fantasia 4(AF 4) melalui sms kononnya anda memenangi hadiah wang tunai dari pihak akademi fantasia 4 (AF 4). anda hendaklah mengabaikan sms ini kerana ini adalah satu penipuanÔ.KES PENIPUAN

GORES DAN MENANG.
1. Modus Operandii) Terima panggilan telefon daripada saspek beritahu supaya datang ke Syarikat saspek kerana memenangi hadiah cabutan bertuah, kemudian berjumpa saspek dan saspek minta RM 9,200.00 untuk mendapat cabutan bertuah kereta. Apabila pengadu membuat tuntutan dapati syarikat tutup.ii) Pengadu telah didatangi beberapa orang saspek dengan mengatakan anak pengadu telah menangi hadiah cabutan bertuah dan beritahu anak pengadu suruh serahkan barang kemas yang berjumlah RM 10,000.00 kepada suspek sebagai cagaran hadiah yang dimenangi. Pengadu telah serahkan barang kemas dan suspek memberitahu pengadu mereka akan datang sekejap lagi. Saspek telah melarikan diri.

KES PENIPUAN TIKET TOTO / NOMBOR EKOR / LOTERI / 1 + 3D DAN 6D PALSU.
1. Modus Operandii) Saspek berbangsa indonesia, memberitahu mangsa bahawa tiket toto atau 1 + 3d nya telah menang hadiah dengan menunjukkan tiket loteri bersama keratan akhbar keputusan cabutan. Saspek mengatakan tidak boleh menukar tiket itu kerana tidak mempuyai kad pengenalan atau pasport. Saspek juga mengatakan beliau kesempitan wang dan memerlukan wang segera untuk rawatan perubatan dan sebagainya. Saspek menjual tiket tersebut kepada mangsa.ii) Saspek menunjukkan tiket toto yang dimenangi kepada mangsa. Oleh kerana saspek tidak mempunyai dokumen diri, saspek mengarahkan mangsa untuk menunaikan wang dengan syarat mangsa mahu menyerahkan wang atau barang kemas kepada saspek sebagai cagaran.2. Sebanyak 9 orang telah telah ditangkap, 1(L) Melayu dan 1(P) Indonesia ditangkap pada 15 Januari 2007 dan 7 orang lagi iaitu 1(L) Melayu, 4(L) Indonesia dan 2 (P) Indonesia ditangkap pada 25 Januari 2007. Kesemuanya ditangkap di Kuala Lumpur dan Selayang, Selangor.3. Lain-lain ahli sindiket masih lagi bergiat aktif dan pihak JSJK masih lagi berusaha untuk menangkapnya.

KES PENIPUAN BOMOH, TILIK NASIB DAN PERUBATAN.
1. Modus Operandii) Pengadu terima panggilan telefon daripada suspek dan beritahu mahukan wang untuk sembahyang bagi tujuan memperbaiki nasib pengadu sekeluarga. Pengadu terpedaya dan suspek meminta pengadu memasukkan wang untuk upacara sembahyang ke dalam akaun bank. Suspek berjanji akan serahkan kembali wang tersebut selepas upacara sembahyang. Namun, selepas beberapa hari selesai upacara sembahyang, suspek tidak memasukkan wang ke dalam akaun pengadu bahkan suspek menyuruh pengadu memasukkan wang ke dalam akaun saspek dan berjanji akan bayar balik. Pengadu rasa tertipu dan buat laporan polis.ii) Suspek menemui pengadu dan mengatakan keluarga pengadu telah terkena jampi bomoh/mendapat sial. Suspek telah menyuruh pengadu menyerahkan wang dan barang kemas kepada suspek untuk upacara sembahyang bagi mengelak jampi tersebut/membuang sial. Namun selepas upacara sembahyang, suspek tidak serahkan kembali wang dan barang kemas kepada pengadu.iii) Pengadu telah menerima surat dari suspek, minta pengadu masukkan wang bagi upacara sembahyang seorang sami untuk membersihkan diri bagi memenangi nombor ramalan. Setelah pengadu memasukkan wang ke dalam akaun bank, sekali lagi suspek meminta pengadu memasukkan wang, namun pengadu mula rasa curiga dan buat laporan polis.2. Sebanyak 16 tangkapan telah dibuat seorang daripadanya telah dijatuhi hukuman 6 tahun penjara dan 15 kali sebatan.

KES PENIPUAN SMS BAHASA CINA LUCKY DRAW YANG KONONNYA DARI MACAU.
1. Modus OperandiPengadu terima SMS dalam bahasa cina mengatakan memenangi peraduan ÑLucky DrawÒ dari luar negara. Kemudian pengadu dikehendaki menghubungi suspek untuk keterangan lanjut. Selepas itu suspek menyuruh pengadu memasukkan wang tunai ke dalam akaun suspek sebagai wang cagaran. Suspek berjanji akan masukkan hadiah wang tunai ke dalam akaun pengadu namun selepas pengadu buat semakan, wang tidak dimasukkan dan suspek gagal dihubungi.

KES PENIPUAN BANTUAN KEBAJIKAN / IBU TUNGGAL / WARGA EMAS.
1. Modus Operandii) Saspek memperdaya mangsa untuk memberi bantuan kebajikan dalam bentuk kewangan kepada mangsa. Saspek meminta wang/barang kemas sebagai wang proses serta dikehendaki tidak memberitahu kepada sesiapa. Saspek berjanji dengan mangsa akan berjumpa pada minggu yang berikutnya untuk menyerahkan wang bantuan itu. Namun saspek menghilangkan diri.ii) Saspek memperdaya mangsa menyamar sebagai pegawai baitulmal / jabatan kebajikan masyarakat untuk memberi bantuan warga emas / ibu tunggal / fakir miskin. Saspek meminta mangsa menyerahkan wang/barang kemas atau buku simpanan mangsa sebagai cagaran /wang proses. Saspek berjanji akan berjumpa dengan mangsa pada hari yang berikutnya. Namun saspek telah menghilangkan diri.

KES PENIPUAN SEWA TANAH.
1. Modus Operandii) Suspek datang ke rumah pengadu dan memperkenalkan diri dari syarikat Telekomunikasi berbincang dengan pengadu untuk menyewa tanah bagi mendirikan pencawang telefon/pemancar astro/alat pengesan ombak tsunami. Kemudian suspek menyuruh pengadu mengeluarkan semua wang simpanannya dari bank dengan alasan untuk mengelakkan cukai. Selepas itu suspek melarikan diri bersama wang pengadu.ii) Suspek datang ke rumah pengadu berbincang untuk menyewa tanah pengadu bagi tujuan menyimpan kabel. Kemudian suspek menyuruh pengadu mengeluarkan semua wang simpanannya dari bank dengan alasan untuk mengelakkan cukai. Selepas itu suspek melarikan diri bersama wang pengadu.

KES PENIPUAN JUALBELI TANAH.
1. Modus Operandii) Pada mulanya suspek berjumpa dengan pengadu berbincang tentang peluang-peluang perniagaan, tender dan sebagainya. Kemudian suspek mengajak pengadu berkongsi membeli tanah yang mana menurut suspek tanah tersebut boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi dan seterusnya berkongsi keuntungan. Setelah pengadu serahkan wang, suspek telah melarikan diri dan gagal dihubungi.ii) Suspek berjumpa pengadu untuk membeli tanah pengadu. Kemudian suspek menyuruh pengadu mengeluarkan wang simpanan pengadu kononnya untuk mengelakkan cukai. Selepas itu suspek telah melarikan wang pengadu.iii) Pengadu telah membeli tanah daripada suspek. Namun setelah pengadu melihat tanah tersebut, didapati tanah tersebut adalah milik orang lain.iv) Suspek telah membuat perjanjian untuk menjual tanah kepada pengadu. Kemudian pengadu serahkan wang pendahuluan kepada suspek. Namun apabila pengadu hendak menyelesaikan semua bayaran, didapati suspek telah menjual tanah tersebut kepada orang lain.

KES PENIPUAN JUALBELI KERETA.
1. Modus Operandii) Saspek menipu mangsa dalam urusan jual beli kereta dengan cara tidak membuat bayaran kereta kepada pihak bank tetapi telah mengambil wang tersebut.ii) Saspek menipu mangsa dengan mengambil wang deposit tanpa menyerahkan kereta yang ditempah dan saspek tidak dapat dihubungi.iii) Saspek tidak menukar nama pemilik asal kereta kepada pemilik baru menyebabkan mangsa terpaksa menanggung ansurans bulanan yang tertunggak dan menerima surat amaran daripada bank.

KES PENIPUAN HAJI DAN UMRAH.
1. Modus Operandii) Suspek (1) lelaki melayu dan (2)(p) Melayu ke rumah pengadu dan menawarkan pertolongan kepada pengadu dan isteri pergi umrah serta minta wang proses pergi umrah. Pengadu terpengaruh seperti kena pukau lalu menyerahkan seutas rantai leher harga RM 1000.00. Suspek memberitahu akan datang kembali untuk membawa pengadu dan isteri ke Lembaga Tabung Haji tetapi hingga sekarang ketiga-tiga suspek tidak datang.ii) Pengadu serahkan wang kepada suspek untuk uruskan jemaah umrah beserta pasport tetapi sehingga kini suspek masih memberi alasan dan berjanji pulangkan wang pengadu tetapi gagal.

KES PENIPUAN LELONGAN BARANG RAMPASAN KASTAM.
1. Modus Operandii) Mangsa terima SMS / panggilan telefon daripada saspek mengatakan dirinya sebagai Pegawai Kastam yang boleh menjual TV plasma, laptop, telefon bimbit, kamera digital dengan harga murah. Jika bersetuju, minta mangsa membuat bayaran melalui akaun bank. Selepas bayaran dibuat saspek gagal dihubungi.ii) Saspek datang berjumpa mangsa dan mengaku sebagai Pegawai Kastam kemudian menawarkan untuk mendapatkan tender TV plasma, laptop, telefon bimbit , kamera digital dengan harga murah tetapi telah menghilangkan diri setelah mendapat bayaran tunai.iii) Pengadu terlihat iklan mengenai jualan/lelongan barang rampasan Kastam dengan harga yang murah di laman web. Pengadu kemudian, menghubungi nombor telefon yang diberi oleh saspek dalam laman web tersebut. Pengadu bersetuju dan membuat bayaran melalui akaun bank yang diberikan oleh suspek. Suspek berjanji akan menghantar barang yang dikatakan tetapi sehingga laporan polis dibuat, pengadu tidak terima barang yang dijanjikan dan suspek gagal dihubungi.

KES PENIPUAN FLY BY NIGHT.
1. Modus Operandii) Saspek akan berjumpa atau telefon mangsa seterusnya memperkenalkan diri sebagai pengurus syarikat akan membuat tempahan atau belian. Setelah memperolehi barangan, saspek akan menyerahkan cek kepada mangsa sebagai bukti pembayaran. Apabila mangsa mahu menunaikan cek itu, dapati account closed. Mangsa juga mendapati syarikat telah ditutup dan saspek telah menghilangkan diri.ii) Saspek mula membeli semua jenis barangan daripada mangsa, secara kredit dan dibayar menggunakan post dated cheque. Mangsa hanya mengetahui cek-cek bayaran tersebut tidak laku ketika berurusan dengan pihak bank pada tarikh matang. Mangsa juga mendapati syarikat telah ditutup dan saspek telah menghilangkan diri.

DASAR SUKAN TERKINI

Dasar Sukan Negara bakal menggunakan modul AS

KEMAMAN: Dasar Sukan Negara (DSN) yang baru akan dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet, 8 September ini bagi membolehkan modul sukan negara yang selama ini banyak bergantung kepada kerajaan berubah menjadi satu industri yang menjana pendapatan. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata cadangan perubahan itu antara langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengemaskinikan Dasar Sukan Negara dalam usaha meningkatkan pencapaian atlit dan sukan di negara ini. "Antara perkara yang akan dikemaskinikan ialah tentang tuntutan semasa bagi memenuhi keperluan sukan dalam konteks generasi baru yang selama ini kita lebih tumpukan bagaimana mewujudkan infrastruktur dan budaya sukan di kalangan masyarakat dan juga untuk memperoleh pencapaian tertinggi dari segi pencapaian pingat.

"Tetapi kita tidak pernah bincang peranan sukan sebagai sebagai industri, bagaimana ia boleh melahirkan peluang pekerjaan, memberi pendapatan dan pembabitan sektor swasta dalam sukan kita," katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama penduduk di Masjid Jamek Kemasik di sini, semalam. Beliau berkata, di Amerika Syarikat, walaupun tanpa bantuan dan campur tangan kerajaan, industri sukan di negara itu mampu memberikan pendapatan sebanyak AS$1 trilion setahun dan pendapatan jualan tiket sebanyak AS$300 juta setahun. Keadaan itu disebabkan semua pihak di negara tersebut melihat sektor sukan sebagai satu industri yang mampu menjana pendapatan menyebabkan pihak yang terbabit berusaha keras untuk melahirkan atlit dan pasukan yang kuat.

"Manchester United sendiri disenarai dalam Bursa Saham London dan mereka bukannya kuat kerana kerajaan tolong dan perkara inilah yang akan kita rasakan perlu dijadikan contoh. "Perubahan perlu dilakukan sama ada segalanya bergantung kepada kerajaan ataupun melihat ia sebagai industri yang boleh beri keuntungan dan peluang pekerjaan kepada rakyat," katanya. - Bernama

29/08/09

ANAK KECIL MAIN API


ANAK KECIL MAIN API...

HARUS LABUR ASB,ASN

Labur ASB, ASN harus – Majlis Fatwa Kebangsaan


KUALA TERENGGANU 3 Feb.

– Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta penerimaan dividen dengan bonus pelaburan itu diharuskan dari segi hukum syarak.
Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, pihaknya mendapati pelaburan berkenaan dibenarkan dalam Islam selepas meneliti dan mempertimbangkan maslahatnya (faedah).
Katanya, ia turut meliputi dividen atau bonus yang diberikan kepada mereka yang melabur dalam ASB dan ASN.
‘‘Masyarakat Islam kini tidak perlu ragu-ragu lagi dengan status pelaburan dalam ASB dan ASN serta dividen yang mereka terima hasil daripada pelaburan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-80 di sini hari ini.
Muzakarah yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini turut dihadiri Setiausaha majlis itu, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan 14 mufti dari seluruh negara.
Abdul Shukor berkata, muzakarah itu juga memutuskan pembangunan ke atas tanah wakaf am dan khas diharuskan jika ia mengekalkan niat asal pewakaf.
‘‘Pembangunan tanah wakaf khususnya, masjid dengan tambahan projek pembangunan serta beberapa penambahbaikan dibolehkan tetapi ia hendaklah berdasarkan keperluan yang ditentukan oleh wali amri iaitu majlis agama atau kerajaan negeri terbabit,” katanya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, muzakarah itu turut memutuskan pemakaian lambang agama lain oleh masyarakat Islam adalah dilarang.
‘‘Umat Islam dilarang memakai atau menggunakan lambang-lambang agama lain jika ia dinyatakan atau tertera dengan jelas,” katanya.

ATASI MASALAH KENAIKAN HARGA

Perancangan kewangan boleh atasi masalah kenaikan harga

Oleh Aziz Ibrahim

Ekoran daripada kenaikan harga minyak dunia yang berterusan, mahu tidak mahu, kita sebagai pengguna dan rakyat negara ini, terheret sama menerima kesannya. Tentunya golongan paling sengsara ialah yang berpendapatan rendah. Jika sebelum ini kesempitan hidup menyukarkan mereka, perkembangan terbaru ini lebih-lebih lagi.
Memang ada yang marah. Kemarahan mereka sehingga menuduh kepimpinan kerajaan hari ini lemah dan tidak prihatin.
Dalam hal ini kerajaan tidak cuba untuk berdiam diri. Masalah rakyat bermakna masalah kerajaan juga. Kerajaan yang bertanggungjawab akan memastikan rakyat dan negara bebas daripada kesengsaraan.

Justeru, beberapa langkah bagi menyeimbangkan kenaikan harga bahan mentah itu dengan kepentingan negara perlu diambil. Biarpun dalam `kesusahan', kerajaan telah mengumumkan empat langkah segera bagi mengurangkan beban rakyat.
Pengumuman yang ditafsirkan sebagai `pra-Bajet 2006' itu ialah menurunkan cukai jalan antara 25 hingga 80 peratus; tidak menaikkan harga petrol, diesel, gas memasak sehingga penghujung tahun ini; kadar tol kekal tahun ini dan tahun depan serta tambahan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada golongan tua dan daif.
Sekurang-kurangnya, usaha itu dapat melegakan sedikit keperitan yang dihadapi oleh pengguna berpendapatan rendah. Adalah benar, kerajaan wujud kerana rakyat. Rakyat yang memilih dan memberi mandat kepada kerajaan untuk mentadbir negara menjadi yang terbaik. Jika dalam kesusahan rakyat tidak sanggup untuk bersama, kerajaan tidak akan mampu melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Bagaimanapun apakah rakyat atau pengguna mempunyai pilihan? Minyak adalah bahan asas kehidupan. Kenaikan bahan api asas ini akan menaikkan secara langsung bahan-bahan pengguna yang lain. Dengan secara langsung akan mengakibatkan kenaikan inflasi. Pelbagai cadangan telah dikemukakan untuk menangani masalah ini. Tetapi bolehkah ia dilaksanakan?

Secara realitinya banyak cadangan-cadangan telah dipertengahkan, di antaranya adalah seperti:-

* Dengan menggunakan teknologi tinggi yang menjimatkan penggunaan bahan api,
* Mengawal harga barangan pengguna dengan menetapkan siling,
* Mengadakan sistem pengangkutan yang cekap,
* Menghentikan projek mega kerajaan yang tidak kritikal atau perlu dan dengan itu boleh mengalihkan dana yang dijimatkan berikutan penarikan subsidi itu untuk projek yang akan memanfaatkan negara, seperti lebih banyak perumahan kos rendah, penjagaan kesihatan ditingkatkan, sistem pengangkutan dan kemudahan sekolah yang lebih baik,
* Menyediakan insentif bagi nelayan, petani dan mereka yang terlibat dalam perniagaan pengangkutan untuk mengimbangi kenaikan kos,
* Peranan orang tengah perlu dihapuskan dan petani perlu diberikan peluang yang membolehkan mereka menjual hasil mereka terus kepada pelanggan,
* Mewujudkan dana untuk menyediakan pinjaman kepada peniaga kecil, penjaja dan perniagaan kecil, yang membolehkan mereka mengelakkan lintah darat atau ah long,
* Menggalakkan rakyat secara keseluruhan untuk menumpukan perhatian terhadap simpanan; dan berbelanja secara bijak. Budaya hutang dengan penggunaan kemudahan kredit yang meningkat tidak perlu digalakkan. Jika perlu, kerajaan perlu menasihatkan orang awam supaya memulaukan barangan dan perkhidmatan berharga tinggi tertentu.
Perkara asas yang diperbincang dan diketengahkan sepertimana yang tertulis di atas adalah bersabit dengan kewangan. Perkara pokoknya adalah kita tidak mempunyai perancangan kewangan yang khusus. Masalahnya adalah subjek ini tidak diajar di sekolah-sekolah malahan institusi-institusi kewangan yang kononnya memasarkan perancangan kewangan kepada pengguna sebenarnya hanyalah penjual produk semata-mata product pusher. Pengguna-pengguna tidak diajar malahan langsung tidak dilatih untuk mendapat pulangan yang maksimum daripada pinjaman perumahan mereka, pinjaman sewa beli, pelaburan, insurans, insentif cukai, sistem pengiraan faedah dan peninggalan harta.
Perancangan

Dengan adanya perancangan kewangan, ia boleh membantu pengguna-pengguna mengatasi atau memperoleh perkara-perkara seperti berikut:-

* Pengukuhan kewangan terhadap inflasi
* Pengurusan hutang yang membawa pulangan
* Pembiayaan selepas persaraan
* Penyediaan tabungan kecemasan
* Keperluan tuntutan semasa
* Pembiayaan pendidikan

Sebagai contohnya, jika seseorang memiliki rumah yang harus dibayar pinjaman perumahan yang tetap selama 20-30 tahun, sudah pasti ia membebankan. Bagaimanapun dengan adanya perancangan kewangan, bukan sahaja ia tidak perlu membayar pinjaman perumahan untuk suatu jangka masa atau memendekkan tempoh bayarannya malahan boleh mendapatkan pulangan hasil pelaburan nilai bersih rumah itu. Dengan lain perkataan rumah dapat, pulangan juga dapat. Ini boleh dilakukan dengan proses perancangan kewangan yang inovatif. Ia ada di pasaran tetapi tidak diendahkan oleh institusi-institusi kewangan yang mahukan keuntungan yang lebih. Dengan perlaksanaan perancangan kewangan ini, perbelanjaan dapat dikurangkan dan simpanan sebagai asas perancangan kewangan dapat dipetingkatkan.
Selain daripada itu, kita juga memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan. Kenaikan harga barangan dan keperluan tuntutan semasa harus dipenuhi. Tidak kira sama ada hujan atau panas. Pelbagai keperluan lagi harus juga kita laksanakan. Ini adalah tanggungjawab hidup. Dengan adanya perancangan kewangan, seseorang itu sudah pasti boleh menempuhi hari-hari kemudian tidak kira panas atau ribut malahan di tengah-tengah kebanyakan orang bergelut dengan kesan negatif ekonomi, mereka yang telah merancang kewangannya akan dapat menikmati hasil yang lumayan.
Pembelajaran perancangan kewangan ini harus dikemudikan oleh pihak kerajaan yang mampu membendung kos kerana inilah pendidikan/ilmu yang terpenting yang masih belum diajar di mana-mana universiti di negara ini. Rakyat khususnya tidak lagi akan mengeluh dengan pelbagai masalah ekonomi jika diri mereka tahu dan yakin mereka telah bersedia menempuh masa depan baik masa-masa yang gembira mahupun duka.

- AZIZ IBRAHIM ialah seorang perancang kewangan bertauliah.

CARA SELESAIKAN HUTANG

Penyelesaian masalah hutang

Oleh: AZIZ IBRAHIM

Masalah tanggungan hutang dan kegagalan mengurus kredit dengan baik sebenarnya bukan hanya dihadapi oleh penjawat awam bahkan kira-kira 1.72 juta orang Melayu dewasa dan pencari pendapatan yang aktif di Malaysia.
Kakitangan awam amat bernasib baik kerana jaminan pendapatan tetap daripada majikannya iaitu kerajaan, ia sudah pasti memudahkan mereka mendapat pinjaman dari semua arah. Tidak semua rakyat negara ini khususnya orang Melayu memperoleh kemudahan ini.
Oleh kerana wujudnya kemudahan sedemikian rupa, ada di antara penjawat awam yang telah menyalahgunakan bukti pendapatan mereka itu untuk memperoleh wang pinjaman.
Tetapi, perkara sedemikian tidak dapat dielakkan dalam sesetengah perkara. Tuntutan keperluan semasa, kenaikan harga barangan, tanggungan hutang, kecemasan, pendidikan anak-anak dan lain-lain lagi telah memaksa mereka mengambil jalan mudah dengan meminjam seboleh-bolehnya tanpa mengira akibatnya.
Persoalannya, apakah terdapat jalan penyelesaiannya? Jawapannya sudah tentu ada. Terdapat dua cara mengatasi masalah ini. Satu, menerusi penyelesaian mikro manakala cara lainnya berbentuk makro iaitu dengan kerjasama kerajaan.
Penyelesaian secara mikro iaitu penglibatan individu-individu dalam kategori `masalah' sahaja yang akan diketengahkan. Sekiranya terdapat minat untuk mencari penyelesaian makro, perkara ini boleh diterangkan dengan lebih lanjut lagi.
Bagaimanakah penyelesaian mikro atau berkaitan individu ini? Jawapannya adalah menerusi kreativiti dan inovasi perancangan kewangan.
Perancangan kewangan adalah satu proses di mana seseorang individu merancang masa hadapan dalam memenuhi matlamat peribadi dan kewangan melalui pembangunan dan pelaksanaan perancangan kewangan yang menyeluruh.
Secara ringkasnya ia adalah personal corporate finance. Ia merupakan suatu ilmu dan industri yang terpenting dalam kehidupan. Rakyat Malaysia pada dasarnya masih tidak diberi pendedahan secukupnya mengenai perkara ini.
Asas perancangan kewangan adalah simpanan. Dengan adanya simpanan, seseorang itu boleh membentuk platform dengan mudah. Bagaimanapun tidak semua orang mempunyai tabiat menyimpan yang baik. Oleh itu cara alternatif yang boleh digunakan adalah dengan meminjam.
Dengan kecairan yang tinggi dan kadar faedah yang rendah sekarang ini, bank adalah opsyen yang mudah dan murah bagi membentuk platform atau dengan kata lain, modal, bagi memulakan langkah merancang kewangan. Penubuhan platform (modal) merupakan tonggak kepada perancangan kewangan yang menyeluruh.
Bagaimanapun, untuk menubuhkan sebuah platform yang baik menerusi kaedah meminjam seseorang itu perlu mengetahui beberapa prinsip asas pengurusan kredit.
Pada dasarnya platform boleh dibentuk daripada tiga sumber pendapatan, sama ada menerusi simpanan sendiri (tunai), pemberian (pinjaman) keluarga dan cara kebiasaan yang ramai menggunakannya yakni menerusi pinjaman daripada institusi kewangan.
Melalui pinjaman, individu boleh memperolehnya menerusi tiga cara juga iaitu, pinjaman peribadi, overdraf (tanpa cagaran) dan pinjaman tetap (kebiasaannya pinjaman perumahan).
Bagi individu yang ingin membina platform melalui cara meminjam, mereka harus memahami pengiraan kadar faedah. Sesebuah pinjaman itu terbahagi kepada dua yang merangkumi pokok (prinsipal) dan faedah. Pokok harus dibayar, tiada cara lain. Tetapi faedah boleh dielak sekiranya kita mengetahui cara pengiraannya.
Terdapat empat jenis pengiraan faedah iaitu, kadar tetap - kebiasaannya untuk pembelian kereta atau pinjaman peribadi; kadar tahunan - kadar ini digunakan untuk sesetengah pembelian konsumer; kadar bulanan - untuk pembelian rumah (pinjaman perumahan kerajaan dan swasta) dan kadar harian - yang digunakan untuk kemudahan overdraf dan sesetengah pinjaman perumahan swasta.
Kadar faedah yang menguntungkan kita adalah kadar harian. Ini adalah pilihan sekiranya kadar sebenar untuk pengiraan kadar harian adalah yang paling murah.
Bagaimanapun sebelum seseorang itu meminjam, persoalan pertama yang harus dijawab adalah bagaimana hendak membayarnya?
Menerusi kreativiti perancangan kewangan, modal menerusi pinjaman untuk pembentukan platform terlebih da-hulu dilaburkan ke dalam alat pelaburan yang memberi pulangan serta boleh disandarkan untuk mendapatkan kemudahan overdraf.
Dengan cara ini, pulangan menerusi pelaburan dengan hanya pulangan lapan peratus setahun dikompaunkan untuk lapan tahun, cukup untuk membayar pinjaman tanpa perlu membayarnya. Kemudahan overdraf boleh digunakan sebagai platform.
Setelah pembentukan platform (modal) ini, seseorang itu boleh melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:-
1. Menyelesai/mengurangkan hutang.
2. Untuk memenuhi keperluan tuntutan semasa.
3. Penyediaan tabungan kecemasan
4. Keperluan pendidikan anak-anak.
5. Melawan kenaikan harga/inflasi.
6 Penyediaan menghadapi persaraan.
Adalah salah jika anda diberitahu bahawa berhutang itu bagus. Hidup akan lebih bermakna dan mudah jika kita tiada bebanan hutang.
Bagaimanapun masalahnya adalah mampukah kita membayar pembelian seperti kereta, rumah dan lain-lain perbelanjaan yang mahal secara tunai?
Perancangan kewangan yang berjaya akan membolehkan kita melabur dan merancang tanggungan hutang kita dengan sempurna. Hasilnya nanti akan membolehkan kita membentuk kekayaan.
Bagaimanapun ramai antara kita gagal mengumpul kekayaan disebabkan oleh masalah hutang. Dalam budaya meminjam khususnya di kalangan masyarakat Melayu, jika boleh mereka tidak mahu meminjam, jika meminjam pula mereka tak mahu bayar.
Ini merupakan satu sikap yang salah. Sepatutnya kita harus mempunyai sikap, jika perlu berhutang, hutang harus diselesaikan dengan segera.
Kegagalan memenuhi faktor ini dan mengurus hutang dengan baik telah menyebabkan ramai orang tersungkur sebelum sempat memulakan langkah pertama membina kekayaan. Kebebasan kewangan pada asasnya adalah bebas daripada hutang.


* Aziz Ibrahim ialah Konsultan Perancangan Kewangan dan Penasihat Pelaburan Berlesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti.

KONSEP AMANAH SAHAM

Memahami konsep amanah saham

Oleh AZIZI IBRAHIM


KEJAYAAN Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjual Amanah Saham Malaysia (ASM) sebanyak RM1 bilion dalam tempoh 1 jam 45 minit merupakan rekod baru penjualan unit saham amanah di Malaysia.
Kenapa perkara sebegini boleh berlaku sedangkan di Malaysia kini terdapat beratus-ratus dana saham amanah yang dipasarkan secara terbuka di pasaran.
Dalam tahun 2004, purata pulangan saham amanah di Malaysia adalah negatif dua peratus. Ini termasuk juga penurunan harga pokok atau pelaburan prinsipal ke atas pelaburan orang ramai.
Apakah itu saham amanah? Ia adalah sebuah skim pelaburan berkelompok dari pelaburan orang ramai menerusi satu dana amanah khusus yang diuruskan oleh pengurus dana profesional.
Tujuan utama saham amanah adalah untuk mengurangkan risiko pelaburan kerana kepelbagaian portfolio pelaburan.
Ia sepatutnya mendatangkan pulangan yang lebih baik sedikit daripada akaun simpanan biasa di bank-bank perdagangan. Selain daripada itu, menerusi pelaburan dana saham amanah, pelabur-pelabur biasa akan mendapat akses kepada pengurus-pengurus dana profesional.
Dua perkara asas ini tidak dapat dipenuhi oleh kebanyakan dana-dana saham amanah di Malaysia kecuali PNB. Saham amanah ASM contohnya, pelaburan pokok dijamin 100 peratus pulangan dividen tidak kurang dari enam sen (peratus) dan kecairan yang tinggi iaitu hari ini simpan, besok boleh dikeluarkan.
Tidak hairanlah kenapa dana ASM ini habis dalam tempoh kurang dua jam. Pelabur-pelabur khususnya bukan Bumiputera sudah tentu akan mengambil kesempatan ini lebih-lebih lagi tiada had pelaburan yang dikenakan oleh pihak PNB sekarang ini.
Jika skim ini dipasarkan ke seluruh dunia pun, pasti ia akan mendapat sambutan yang serupa. Bagi golongan Bumiputera perkara ini sukar terjadi kerana mereka mempunyai pilihan. Skim Amanah Saham Berhad contohnya memberi pulangan lebih tinggi daripada ASM.
Bagaimanapun industri saham amanah di Malaysia semakin berkembang. PNB sendiri pada hakikatnya berasa tergugat kerana penguasaan pasaran yang sedemikian lama dimonopoli olehnya ditandingi oleh syarikat-syarikat pengurus saham amanah yang lain. Ini adalah kerana syarikat-syarikat berkenaan mempunyai strategi pemasaran yang agresif dan baik.
Menerusi faktor pemasaran dan penekanan produk yang agresif, sekarang ini PNB menguasai hanya separuh daripada pasaran dana saham amanah di Malaysia.
Tidak hairanlah kenapa PNB begitu menekankan Minggu Saham Amanah yang diadakan pada setiap tahun, yang mana pada tahun ini berlangsung di Kuala Terengganu.
Bagaimanapun risiko terhadap PNB sendiri dengan mengeluarkan produkproduk saham amanah seperti ASM tidak kurang tinggi juga. Bagaimana sekiranya berlaku panik dalam bentuk “rush-in”?
Mampukah PNB membayar pelabur-pelabur yang ingin mengeluarkan pelaburan mereka yang berjumlah berbilion ringgit itu sekali gus?
Harus diingatkan bahawa PNB bukanlah sebuah bank. Kecairan yang dipegang oleh PNB bukan seperti bank manakala pelaburan yang dilakukan oleh PNB kebanyakannya adalah dalam bentuk jangkamasa panjang.
Bukankah perkara-perkara sebegini akan memberi kesan teruk kepada PNB. Sudah tiba masanya PNB melaksanakan tempoh “cooling-off” selama seminggu terhadap skim seperti ASM seperti mana yang dilakukan oleh kesemua syarikat pengurus dana yang lain.
Syarikat-syarikat saham amanah di Malaysia harus menjadikan PNB sebagai standard yang harus diteladani oleh mereka. Pada waktu ini mereka sibuk dengan penekan produk dan pemasaran produk-produk mereka. Mereka hanya tahu menyuruh orang ramai membeli tetapi mereka lupa mengajar mereka bila hendak jual.
Perkara-perkara sebegini banyak membantu menurunkan tahap keyakinan orang ramai terhadap saham amanah di Malaysia. Sudah sampai masanya satu standard sebagaimana yang dilakukan oleh PNB dilaksanakan juga oleh syarikat-syarikat pengurus dana yang lain di Malaysia.
Jika ini tidak berlaku, tahap permainan akan selalu memihak kepada PNB.
Dana-dana saham amanah di bawah PNB sebenarnya bertaraf dunia. ASB contohnya adalah antara yang terbaik jika tidak yang terbaik di dunia dalam saham amanah.
Golongan Bumiputera sebenarnya sangat bernasib baik kerana kerajaan menerusi PNB mampu menyediakan sebuah dana saham amanah yang sebegitu unik dan satu-satu di dunia yang dicemburui oleh semua pihak.
PNB sebenarnya mampu membawa nama Malaysia ke tahap yang sepatutnya ke peringkat global. Jadikan PNB sinonim dengan nama Merril Lynch, Templeton maupun AIG.

LIFE INSURANCE...PERLUKAH MEMBELINYA?

Kali ini saya akan menyambung maklumat tentang insuran hayat.Pada suatu hari anda didatangi oleh seorang ejen insuran dan memberitahu tentang keperluan membeli insuran untuk diri anda. Ingat!!! apa yang diterangkan olehnya benar tetapi mungkin juga sebaliknya.Sesetengah daripada dikalangan anda memerlukan polisi insuran hayat apabila sudah sampai pada sesuatu peringkat, manakala yang lain tidak memerlukanya sama sekali.
Anda tergolong dalam kategori yang mana?

Lelaki Yang Berkeluarga
Besar kemungkinan perlu.Kenapa? Biasanya kaum lelaki merupakan pencari nafkah yang utama untuk sesebuah keluarga. Jika berlaku kematian yang tidak dijangka keatasnya, menimbulkan masalah kewangan kepada individu dibawah tanggungagnya. Kecuali, beliau seorang yang kaya raya dan memiliki harta yang cukup untuk menampung kehidupan keluarganya.Mempunyai anak-anak yang masih kecil merupakan alasan baik untuk mereka membeli polisi insuran hayat. Insuran yang ada itu boleh menampung perbelanjaan untuk anaknya sehingga berumur 20-an kelak.Bagi pasangan yang tiada anak, satu polisi masih diperlukan untuk isteri yang tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan sendiri. Lain pula jika isteri bekerja, insuran tidak lagi menjadi satu keperluan kerana isteri tersebut mampu untuk berdikari hasil daripada pendapatanya sendiri.

Isteri
Mungkin perluKenapa? Jika pasangan yang berkahwin masih tidak mempunyai anak, manakala suami merupakan sebagai pencari nafkah keluarga. Isteri tidak perlu membeli polisi insuran untuk dirinya.Berbeza pula, sekiranya pasangan mempunyai anak & pasangan bekerja, yang mana pendapatan mereka penting untuk keluarga. Isteri mungkin perlu menimbang untuk membeli polisi insuran. Walau bagaimanapun, perlindungan tidak perlu setinggi suaminya kerana beliau tidak menyumbang banyak kepada pendapatan keluarga.Kanak-Kanak- Tidak PerluKenapa? Kanak-kanak tidak mempunyai tanggungan, oleh itu tidak memerlukan polisi insuran hayat sama sekali.Ejen insuran akan berkata, bahawa membeli insuran untuk kanak-kanak yang masih kecil bermaksud simpanan premium dam memastikan jaminan kewangan apabila dewasa kelak.Tetapi dari sudut perancangan kewangan dan keluarga, ini bermakna pembaziran wang tahun demi tahun untuk insuran yang tidak diperlukan berlaku. Untuk pengetahuan anda, hanya sejumlah kecil sahaja kanak-kanak tanpa diinsurankan kerana sakit. Memandangkan risikonya adalah kecil, insuran tidak diperlukan bagi kebanyakkan kanak-kanak.

Orang bujang
Tidak perlu.Sekiranya seseorang individu hanya menanggung dirinya sendiri, beliau tidak perlu dapatkan polisi insuran hayat.Tetapi, sekiranya beliau mempunyai tanggungan kepada keluarga, adik kandung yang masih belajar dan menjaga ibubapa yang telah tua, insuran hayat mungkin diperlukan.Peringatan!!!!* Jangan membeli insuran sekadar memuaskan hati kawan atau mengalah kepada pujukan seseorang ejen insuran. Seringkali, polisi dijual berdasarkan kaedah mendesak dan mengambil kesempatan daripada sesebuah persahabatan bukan berdasarkan nasihat professional berkenaan insuran.* Jangan membeli insuran dengan tujuan untuk membuat perlaburan. Ingat, insuran adalah untuk perlindungan bukan untuk membuat keuntungan kepada individu.* Syarikat insuran tidak dilindungi atau dijamin oleh kerajaan. Jika sesebuah mengalami bankrap, ia tidak dapat memenuhi tuntutan anda dan tidak mungkin dapat memulangkan nilai insuran hayat anda itu. Oleh yang demikian, ketahuilah bahawa anda menanggung risiko apabila membeli insuran.* Jangan terlalu membebankan kewangan keluarga anda dengan membeli polisi yang anda tidak mampu untuk membayarnya. Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata menarik jurujualnya yang mempunyai sasaran komisen untuk diri mereka dan bukan untuk menjaga kepentingan anda.* Ramai dikalangan anda, membeli insuran hayat, kemudian mendapati premiumnya terlalu tinggi untuk mereka terus membayarnya. Oleh itu, selepas beberapa tahun mereka berhenti membayarnya dan kehilangan segala simpanan tersebut (jika mereka membeli polisi bertempoh tetap).

Nota:Saya bukan seorang perancang kewangan. Info yang saya berikan, bertujuan untuk berkongsi maklumat kepada mereka-mereka yang belum mengetahuinya.

Katakan TIDAK pada Insuran/Takaful Berbentuk Pelaburan

sumber AzizCFP

25/08/09

APA CERITA IRAN ?


Apa sebenarnya terjadi di Iran?


Hishamuddin Rais

Salah kalau kita mengatakan bahawa tunjukan perasaan di Tehran dan kota-kota lain di Iran sebagai protes hanya tentang pilihanraya sahaja. Hakikatnya Mahmoud Ahmadinejad telah menang.Juga salah untuk mengatakan bahawa tunjuk perasaan ini antara golongan liberal yang menentang golongan konservatif alias kolot. Hakikatnya kedua-dua kumpulan yang sedang bertelagah sama-sama mewakili theocracy yang kolot.Mir Hossein Mousavi sebelum ini pernah menjadi perdana menteri dari 31 Oktober 1981 hingga 3 Ogos 1989. Kemudian jawatan perdana menteri dilupuskan.Memang betul Amerika Syarikat semenjak dari zaman George W Bush menganjurkan dan mengeluarkan dana untuk membuat kerja-kerja jahat terhadap Iran. Amerika Syarikat menyokong kumpulan-kumpulan dan parti-parti politik yang menentang kerajaan di Tehran. Ia memang tugas kuasa imperial Amerika Syarikat.
Tetapi Mousavi dan Ahamadinejad tidak pro-Amerika - ini amat jelas. Mereka bukan boneka Amerika.Amerika Syarikat masih dianggap sebagai "setan dunia" oleh kelas pemerintah di Iran. Tidak ada pemimpin politiknya secara terang-terangan yang akan berani membuat dasar pro-Amerika kerana sebab-sebab sejarahnya.Pada 1953, Mohammed Mosaddeq memenangi pilihanraya dan dilantik sebagai perdana menteri Iran. Mosaddeq yang menjalankan dasar nasionalis telah memiliknegarakan semua telaga minyak Iran. Mosaddeq akhirnya telah ditendang keluar. Rampasan kuasa menendang Mosaddeq ini perancangan agensi perisikan CIA. Setelah Mosaddeq ditendang, syarikat minyak Anglo-Amerika dibawa masuk kembali. Untuk menggantikannya, Shah Ahmad Reza Pahlavi dinobatkan oleh CIA sebagai raja sehingga tahun 1989 apabila revolusi Iran melupuskan sistem beraja di Iran.Maklumat ini fakta sahih. Pada 4 Jun lalu, presiden Amerika Syarikat yang baru Barack Obama sendiri mengakui perkara ini dalam ucapan di Kaherah. Ucapan Obama kepada "warga Islam" sejagat dibuat dalam usaha Amerika ingin berbaik-baik kembali dengan Iran.Mari kita memahami siapa penyokong Ahmadinejad dan siapa pula penyokong Mousavi.Semua yang menyokong Mousavi dan Ahmadinejad adalah orang Iran atau Parsi. Mereka semua beragama Islam – aliran Syiah. Hanya wujud kumpulan kecil di beberapa wilayah seperti di Baluchistan yang bermazhab Sunni. Mereka ini amat bersedia untuk menjadi khadam Amerika. Dua minggu sebelum pilihanraya dijalankan, ada letupan bom di Zehdan – ibu kota Baluchistan. Pengeboman ini kerja barua Amerika. Hakikatnya mazhab Sunni amat kecil untuk dapat melakukan apa-apa perubahan sosial.
Jadi apa sebenarnya yang berlaku di Tehran?Semua analisis akhiranya menjurus kepada kepentingan ekonomi dan kelas.Ahmadinejad mewakili golongan bawahan – kaum tani di kampung-kampung dan kaum buruh di kota. Wajib difahami bahawa Iran bukan Tehran sama seperti Kuala Lumpur bukan Malaysia. Kaum tani dan kaum buruh ini dimanifestasikan melalui organisasi Basij.Basij asalnya kumpulan anak-anak muda kampung dan anak muda miskin kota yang direkrut ketika Iran dan Iraq berperang – 1980-1988.Basij berasal dari kumpulan sukarelawan tetapi dua tahun lalu ia diserap dalam pentabiran Ahmadinejad, sebagai presiden. Basij mendapat kontrak pembangunan, lesen-lesen dan memegang jawatan di lembaga-lembaga di beberapa pusat pentabiran kerajaan yang ditubuhkan oleh Ahmadinejad.Lembaga ini samalah seperti perbadanan kemajuan ekonomi negeri atau SEDC yang ditubuhkan oleh perdana menteri Razak Hussein dahulu.Ahmadinejad juga mendapat sokongan Pasdaran atau soldadu Penjaga Revolusi. Ia adalah pasukan tentera yang muncul di zaman Ayatolah Khomeini untuk memantapkan revolusi. Pasukan ini muncul sesudah revolusi untuk membersihkan tentera Iran di bawah pentadbiran Shah yang banyak menjadi tali barut Amerika Syarikat. Pasukan Pasdaran ini mendewasa dalam kancah perang Iran-Iraq.Basij dan Pasdran kini asas sokongan yang amat kuat untuk Ahmadinejad di kawasan luar bandar dan kawasan miskin di kota. Kuasa ekonomi baru Basij yang telah dilembagakan ini mula menghakiskan dua kumpulan kelas ekonomi lama. Kumpulan pertama adalah kelas borjuis industri yang diwakili oleh Rafsanjani, seorang multibilionaire.
Rafsanjani – wakil kelas borjuis nasional - melihat dasar Ahmadinejad telah mengetatkan lagi sekatan ekonomi yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat terhadap Iran.Rafsanjani taukeh kacang Pastichio ini sedang melihat bertan-tan kacangnya tidak dapat dieksport. Kelas ini juga ingin berkembang luas – dari borjuis nasional untuk menjadi pemodal yang besar – multinasional - untuk mencari pasaran dunia.Mereka juga bercita-cita untuk menjadi kelas industri tetapi telah gagal kerana wujudnya sekatan ekonomi.Kumpulan kedua pula adalah apa yang dikenali sebagai Bazaari – ini kelas lama yang mucul dari zaman feudal. Bazaari adalah peniaga tradisional. Kalau di Malaysia mereka ini peniaga-peniaga Cina yang memiliki jaringan kedai-kedai perniagaan.Bazaari muncul sebagai kelas ekonomi yang kuat kerana mereka memonopoli dan mengendalikan jual beli di Iran. Ketika gerakan anti-Shah dahulu, kumpulan Bazaari ini menyokong Ayatolah Khomeini sehinggkan Iran menjadi lumpuh dan Ahmad Reza Pahlavi lari.Kelas bazaari ini juga memiliki pertalian yang amat kuat dengan struktur Syiah yang berpusat di Qum, kota suci penganut Syiah. Mereka memerlukan satu sama lain.Golongan agamawan di Qum memerlukan sokongan ekonomi alias duit kelas bazaari. Kelas ini pula memerlukan fatwa untuk "menghalalkan" apa sahaja perniagaan mereka, termasuk pelacuran yang ditafsirkan sebagai "nikah sementara".Kelas peniaga kecil ini melihat perniagaan di bazar mereka terbantut dan kelas mereka tidak dapat berkembang. Pelancong tidak masuk. Permaidani mereka tidak terjual dan tidak dapat dieksport.Kelas bazaari yang komprador - yang bergantung perniagaan dengan peniaga luar - kini melihat barangan mereka amat susah untuk diimport atau dieksport kerana sekatan ekonomi.Justeru amat jelas ada pertentangan kelas di sini. Ada pertentangan kepentingan ekonomi. Kumpulan borjuis lama - borjuis nasional dan kelas komprador yang diwakili oleh Rafsanjani-Mousavi sedang bertempur dengan kumpulan ekonomi kelas baru – kapitalis daulah yang diwakili oleh Ahmadinejad.Justeru, keadaan ini membuktikan bahawa apa yang berlaku di Iran sekarang tidak ada sangkut-paut dengan Islam, dengan mazhab Syiah atau dengan agama.
Krisis di Iran hari ini adalah pertentang kelas dan perebutan ekonomi. Jangan kita lupa, ada lagi satu kumpulan – monarki – saki-baki penyokong Shah Ahmad Reza Pahlevi. Mereka ini kelas feudal yang sedang menggelabah seperti polong tidak bertuan.Tuannya Reza Pahlavi anak Shah kini tinggal di Kaherah kerana menjadi menantu Anwar Sadat, bekas presiden Mesir.Kumpulan feudal kelas elit atasan ini bersarang di bahagian utara Tehran – kawasan ini samalah seperti Bukit Kenny di Kuala Lumpur atau Country Height di Kajang.Kumpulan ini berkumpul bawah televisyen satelit yang dimiliki oleh Reza Pahlavi yang dipancarkan dari Kaherah.Kelas feudal dan elit atasan ini – kumpulan Gucci dan Louis Vuitton – ini tidak ada sangkut-paut dengan demokrasi. Mereka ini lintah darat yang hidup senang-lenang ber-shopping di hujung minggu di London dan Paris di zaman Shah dahulu.Mereka ini sama dengan kaum keluarga anak beranak kroni-kroni Mahathir Mohamad. Mereka melihat "gaya hidup" mereka menjadi kacau-bilau sesudah berlakunya revolusi tahun 1979.Jadi, siapakah pula yang berdemonstrasi di jalan raya yang membantah keputusan pilihanraya? Semua yang kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka tidak selari dengan dasar Ahmadinejad sedang turun bermandi darah di jalan raya.Mereka bersatu bawah bendera dan slogan "undur-undur Ahmadinejad". Ia sama seperti slogan zaman Reformasi (1998) ketika rakyat satu Malaysia berdemonstrasi untuk menjatuhkan regim Mahathir.Awas! Dari semua kumpulan ekonomi ini ada lagi satu kumpulan. Mereka ini kumpulan anak-anak muda yang tidak memiliki kepentingan ekonomi atau kelas.Mereka inilah yang gugur ditembak oleh peluru Basij. Mereka inilah yang sedang bertempur dengan tentera dan polis antirusuhan.
Anak-anak muda ini datang dari semua kelas. Mereka adalah kaum pelajar muda. Mereka juga adalah "penanam anggur" yang tidak memiliki kerja dan masa depan.Mereka melihat Ahmadinejad sebagai musuh yang mengganggu-gugat gaya kehidupan muda mereka. Mereka adalah Mat Rock dan Mat Kool dari utara Tehran. Mereka juga Mat Rempit dari kawasan miskin wilayah selatan Tehran. Mereka sedang mendobrak segala nilai kolot yang menyusahkan kehidupan harian mereka. Mereka adalah generasi Myspace, Facebook dan Friendster.Ibu bapa mereka adalah Siti Internet dan Lebai Google. Bapa saudara mereka adalah Blogspot Dot Com. Mereka adalah pembuat filem di YouTube. Mereka adalah wartawan SMS dan Twitter.Mereka bermazhab Ali Shariati, tokoh sarjana yang membakar semangat kebebasan. Mereka menganuti fahaman Mao, Lenin, Bakunin dan Che Guevara.Seperti biasa anak-anak muda inilah yang menjadi barisan hadapan untuk membawa perubahan. Mereka jugalah yang sedang bermandi darah membuka harapan baru untuk Iran. Mereka ingin membebaskan Iran daripada theocracy yang kolot.Hakikatnya dasar Ahamadinejad dan dasar Mousavi tidak ada bezanya. Dasar ini ingin men-tua-kan naluri muda mereka. Di tahap sejarah pada Jun 2009 ini, anak-anak muda ini sedang berpayung bawah lambang Mousavi kerana pekikan perjuangan yang dilaungkan olehnya.Untuk sementara waktu, Ahmadinejad adalah presiden Iran yang terbukti telah menang dalam pilihanraya. Ahmadinejad akan terus berkuasa. Amerika Syarikat bawah Barack Obama – untuk kepentingan berjangka panjang – tidak akan menggugat Iran. Waspada! Iran memiliki tradisi perjuangan dan tamadun yang lama. Ia memiliki tradisi Tudeh yang memimpin kaum buruh di industri minyak. Iran, memiliki tradisi Fedayeen Al-Khalaq. Iran memiliki tradisi Mujahideen Al-Khalaq. Iran memiliki tradisi tempur Syiah yang dinobatkan sebagai Islam Kiri oleh Ali Shariati.Tiga kumpulan inilah penyusun dan penjana awal revolusi Iran 1979 sebelum dirampas oleh Ayatollah Khomenei yang dilihat oleh kuasa Anglo-Amerika pada ketika itu sebagai kuda yang lebih selamat.Akhirnya anak-anak muda ini akan mengundur dan menilai kembali garis perjuangan mereka. Yakinlah dalam masa yang tidak lama akan muncul kembali satu pertempuran yang lebih tersusun.Anak-anak muda di mana sahaja di dunia ini akan berkumpul apabila terdengar pekikan perjuangan. Ia adalah sifat dan naluri anak muda. Anak-anak muda di Iran memiliki waktu untuk menunggu.

KISAH BENAR EJEN KAPITALIS DUNIA


John Perkins - ejen kapitalis dunia


Hishamuddin Rais

Pada 2004, John Perkins menulis Confession of an Economic Hit Man – Pengakuan Tukang Pukul Ekonomi. Buku ini melakar bagaimana Perkins direkrut oleh National Security Agency (NSA) untuk menjaga kepentingan kaum pemodal antarabangsa.Untuk menghalalkan tugasnya, Perkins telah dimasukan bekerja di sebuah syarikat konsultan ekonomi sebagai baju yang dipakai oleh Perkins kerana syarikat ini memiliki hubungan rapat dengan NSA.Sebagai penasihat ekonomi, Perkins merayau-rayau ke Indonesia, Panama, Ecuador, Colombia, Arab Saudi, Iran dan negara yang dianggap memiliki potensi ekonomi.Tugas Perkins cukup enteng: dia akan menasihatkan pemimpin negara-negara ini untuk membuat projek-projek mega (seperti projek Bakun). Perkins tidak memiliki masaalah untuk bertemu dengan pemimpin politik negara-negara Dunia Ketiga kerana dia sedar bahawa pemimpin-pemimpin ini, apabila mendengar ada Mat Saleh ingin bertemu mereka, maka mulut dan buntut mereka ternganga luas. Perkins dijemput untuk menghadiri pelbagai seminar dan mesyuarat (seperti Invest Malaysia 2009) dan dijemput dalam perbincangan percambahan pendapat. Akhirnya Perkins akan membuat dan mengajukan kertas kerja dan cadangan untuk memunculkan projek mega.Dalam masa yang sama, melalui Perkins, Bank Dunia atau Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atau bank-bank lain akan bersiap sedia mengeluarkan dana.Projek mega ini cara "merasuah" para pemimpin dan kroni para politikus Dunia Ketiga. Projek-projek ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan ekonomi warga negara itu walaupun dengan lunak Perkins akan menggambarkan bagaimana projek mega ini akan memberi manfaat untuk rakyat. Ia hanyalah kelentong. Kontraktor-kontraktor projek, perkakas pembuatan – semuanya didatangkan daripada nasihat Perkins. Projek ini akan menggunakan pakar-pakar 'Mat Saleh' yang dibayar dengan lumayan berbanding dengan pakar tempatan.Perkins melahirkan pekerjaan untuk para Mat Saleh yang dipanggil 'pakar'. Dalam masa yang sama, Perkins cukup sedar banyak dana ini akan masuk ke dalam poket para pemimpin negara ini - ia sebahagian daripada strategi Perkins. Ia perangkap yang sengaja dipasang.Sedikit demi sedikit negara ini akan terhutang dengan lembaga-lembaga bank antarabanga – IMF, Bank Dunia, Bank Eropah dan pelbagai lembaga dana yang bekerja erat dengan Perkins.Bunga dan hutang ini akan meningkat, lalu menambahkan lagi beban negara. Perkins akan mengusulkan cara terbaik untuk mencari dana agar dapat membayar hutang dan bunga. Cadangan Perkins: subsidi mesti dihapuskan. Kawalan makanan dilupuskan, import dibesarkan. Barangan eksport dimurahkan. Nilai ringgit dikurangkan dengan alasan akan menarik orang luar membeli barangan eksport.Akhirnya – akan sampai suatu masa – hutang begitu menjerut untuk negara ini. Maka Perkins akan 'menasihatkan' para politikus agar Pertamina memberikan hak untuk Exxon menjalankan cari gali di Ambalat – mislanya yang terjadi di Indonesia. Ia perangkap awal.Jika pemimpin politik ini memiliki perasaan nasionalisme dan terus berdegil, maka akan dihantar apa yang di panggil 'the Jackals'. Mosaddeq di Iran menjadi mangsa pada 1953. Presiden Guatemala pada 1954 menjadi mangsa agar bumi negaranya selamat untuk dijadikan ladang pisang United Fruits Company. Sukarno pada 1965, Ecuador pada 1981.Mari kita melihat kes klasik sejarah Terusan Panama yang telah dimiliknegarakan oleh Omar Torrijos pada 1977. Kemudiannya, pada 31 Julai 1981, kapal terbang yang dinaikinya meletup di udara.Sesudah Torrijos mati, Amerika kembali mendapat hak untuk meletakan tenteranya di Terusan Panama. Khalas.Di negara kita sendiri perkara yang sama pasti berlaku. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilakar oleh Razak Hussein mengetepikan kepentingan pemodal antarabangsa. Kaum pemodal ini berasa kurang senang dengan dasar ini. Melalui media dunia, mereka terus mempertikaikan dasar ini.Dasar ini juga dikritik oleh kapitalis nasional dan kapitalis komprador yang suaranya diwakili oleh MCA. Ketika itu air, api, telekom, universiti, jalan raya, hospital, tanah Felda dan perbadanan kemajuan ekonomi peringkat negeri SEDC – semuanya milik orang ramai, yakni milik negara. Kritikan dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Mak Jah peniaga warung di Gombak atau Pak Huseing pembuat budu di Pengkalan Chepa. Kritikan ini datang daripada kaum kapitalis yang tidak dapat membuat keuntungan maksimum.Apabila Mahathir Mohamad naik, semua ini diubah. Untuk mendapat sokongan kapitalis komprador dan kapitalis nasional (baca: pemodal Cina), Mahathir telah menswastakan harta rakyat ini. Maka gembiralah dan berkendurilah kaum kapitalis ini.Harta kekayaan mereka bertimbun-tambah. Laporan terbaru membuktikan bagaimana 58 bilion ringgit harta negara di tangan swasta, hanya 2 bilion ringgit sahaja yang menjadi milik Melayu. Mahathir naik tocang apabila dinobatkan oleh kaum pemodal (kaum: Cina) sebagai penjana pembangunan. (Ia tidak ada sangkut paut dengan Mak Cik Limah di Felda Chomomoi atau Haji Timah tuan punya warung di Senawang) DEB hakikatnya adalah dasar ekonomi kapitalis yang penuh dengan percanggahan. Dasar ini bercita-cita untuk memunculkan 'zaibatsu' Melayu atau Bumiputera. Ia hanyalah mimpi tegang yang tidak terpancut-pancut. Cita-cita ini tidak mungkin tercapai hingga bumi meletup. Kalaupun tupai beranakkan gajah, dasar ini tidak akan tercapai!Dasar DEB tidak akan berjaya kerana dalam hukum ekonomi kapitalis "apa boleh jual akan dijual, apa yang boleh dibeli akan dibeli".Dalam ekonomi kapitalis, tidak ada agama atau bangsa. Setiap kali modal dilabur untuk Melayu, ia pasti akan bertalian dengan ekonomi Cina yang telah lama kukuh. Wang yang mengalir ini belum mengambil kira jumlah rasuah. Tidak mungkin semua orang Melayu/Bumiputera akan dapat dikayakan. Pemodal memerlukan buruh yang boleh diupah murah. Pemodal memerlukan pengguna untuk membeli.Kalau Melayu semua kaya, siapa pula yang akan menjadi buruh di ladang sawit, penanam padi, nelayan dan Minah Karan dan Mat Spanar?DEB hanyalah satu kelentongan atau tipu helah - lubuk para politikus Melayu berkumpul membuat dasar atas nama Melayu. Dengan bersandarkan kemelayuan, maka para politikus Melayu ini dapat 'merembat' harta negara.Pada ketika DEB dimulakan, pergaduhan Melayu lawan bukan Melayu baru selesai (peristiwa 13 Mei 1969). Kapitalis nasional dan kapitalis komprador tidak berani menyuarakan tentangan pada ketika itu. Mereka melihat dari jangka panjang kepentingan mereka lebih terjaga dengan dasar DEB ini. Anggapan mereka cukup tepat. Siapa dia Lim Goh Tong, siapa dia Ananda Krishnan, siapa dia Vincent Tan?Dasar untuk menjadikan 30 peratus harta kekayaan negara ini dimiliki oleh Melayu/Bumiputera adalah mimpi kosong dan dasar yang salah. Tidak perlu membuat kajian ilmiah – pergi sahaja keluar dari Kuala Lumpur dan lihat sendiri kehidupan orang-orang di kampung.Memang betul ada perubahan. Kalau dulu, pada 1974, di Kampong Chenor (kampung saya) tidak ada elektrik dan air, hari ini telah ada. Tetapi air dan elektrik kini dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Hospital dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Sekolah dan universiti dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Jalan raya dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Telefon dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Inilan perbezaannya. Inilah hakikatnya.Dua minggu dahulu Najib Razak telah membuat dasar liberalisasi. Perkataan LIBERALISASI ini perkataan hampeh - perkataan putar alam bertujuan untuk mengelirukan kefahaman yang tuntas kepada orang ramai terutama kepada Mak Cik dan Pak Cik Felda. Liberalisai bermakna syarikat antarabangsa dibenarkan berniaga bebas dalam negara ini.Dua hari lalu Najib telah mengubah satu jalur DEB. Kaum pemodal pasti akan mengalu-alukan dasar (baru) ini. Ertinya pasaran Malaysia terkangkang luas untuk dientot. Ertinya, tidak ada lagi halangan untuk sesiapa sahaja memiliki harta kekayaan negara ini.(Kalau saya kapitalis, saya akan terpancut siang malam dan meleleh air liur melihat harta negara ini boleh dimiliki). Kenapa Najib membuat dasar baru ini?Cukup senang untuk memahaminya. Najib memiliki masaalah peribadi yang berat. Jangan silap baca, ia tidak ada sangkut paut dengan berat isteri Najib. Berat di sini bermakna berat dari segi politik.Contohnya, parti yang dipimpin oleh Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Retak-retak kelihatan dalam gabungan Barisan Nasional. Dan paling menakutkan Najib apabila kaum kapitalis komprador dan kapitalis nasional (baca: pemodal Cina) telah menjauhkan diri daripada Najib. Dalam masa yang sama media antarabangsa terus menghantui Najib dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, wanita cun dari Mongolia. Media luar ini alat pembesar suara untuk memastikan kepentingan kaum pemodal antarabangsa terjaga rapi. Kaum pemodal antarabangsa ini telah lama ingin merembat harta kekayaan negara ini. Hantu-hantu, polong-polong dan puaka-puaka ini perlu dijaga. Najib wajib melakukan sesuatu. Seperti Mahathir menswastakan harta negara untuk kaum komprador dan kapitalis nasional, maka Najib menswastakan seluruh bumi Malaysia ini untuk kepentingan kelas kapitalis dari dalam dan luar negara - inilah hakikat dari dasar ekonomi yang akan dijalankan oleh Najib.Di mana Perkins kaki pukul sedang bersemayam? Jangan risau, si Perkins ini masih wujud. Perkins telah menghantar budak suruhannya dari Singapura. Lupakah projek mega, jambatan ketiga yang dicadangkan Najib sewaktu berkunjung ke republik itu? "Perkins-Perkins" ini mungkin ada jaringan dalam Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri. Si Perkins ini mungkin masih bersarang di Tingkat Empat atau ingin pindah ke tempat yang lebih tinggi seperti di Menara Petronas.Si Perkins sedang berselerak menjalankan tugas untuk memastikan kepentingan kaum kapitalis akan didahulukan.DEB atau Dasar Pendekatan Baru ini semuanya tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada rakyat biasa. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Gopal pemandu teksi dari Segambut. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Swee Heng peniaga nasi itik di Jalan Petaling. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Hajah Limah pembekal kerepek ubi dari Sijangkang. Rakyat biasa tidak berjudi di bursa saham. Rakyat biasa tidak tahu apa itu 'pink form'. Rakyat biasa tidak memahami turun naiknya Nasdaq atau Index Hang Seng. Rakyat biasa mahu keselesaan dan bukan mahu diikat dengan pelbagai gaya – cukai, tol, bil hospital, bil air, bil api, bil sewa rumah, cukai rumah – di mana mereka wajib dan dipaksa mengeluarkan duit yang tidak mereka miliki.Dasar ekonomi terbuka dan terkangkang ini akan menjemput kapitalis antarabangsa – dengan alasan untuk melabur dan membawa modal. Hujah ini betul-betul daripada kertas kerja John Perkins. Beginilah cara yang digunakan oleh Perkins untuk memastikan sesebuah negara itu akhirnya akan dapat dijajah kembali.Satu kerajaan yang baik adalah kerajaan yang berkiblatkan rakyat. Sebuah kerajaan yang adil tidak akan mempedulikan kepentingan kaum kapitalis kerana mereka menghisap darah warga negara. Dasar yang wajib dinobatkan ialah dasar kepentingan ramai mendahului kepentingan peribadi. Kepentingan ramai menjadi nakhoda dan juragan.Kerajaan yang adil ialah sebuah pentabiran yang telus di mana dasar ekonominya akan menobatkan kepentingan kaum buruh dan tani kerana dari tenaga mereka inilah munculnya modal.Modal muncul daripada tenaga manusia. Modal bukan wang ringgit. Wang ringgit adalah tanda nilai tenaga dan fikrah manusia. Modal datang daripada tenaga warganegara itu sendiri. Modal bukan datang daripada IMF atau Bank Dunia. Duit daripada IMF atau Bank Dunia itu hasil rompakan tenaga kaum buruh dan tani dari seluruh dunia.Justeru, dasar menjual Felda mungkin dilihat dapat mengumpulkan modal. Awas! Menjual Felda samalah seperti Lebai Sudin di Kuala Nerang yang hanya memiliki sebuah rumah dan tiga relung sawah. Satu hari untuk membaiki atap rumahnya Lebai Sudin telah menjualkan tiga relung tanah sawahnya kepada...

DR. M LAGI


Mahathir lagi: Bilakah akan reda?


Rustam A Sani


Saya benar-benar kagum akan Dr Mahathir Mohamad, khususnya terhadap kemampuan dan kedegilannya untuk menyatakan pandangannya. Dia akan terus berkata-kata, meskipun sudah tidak ada lagi orang yang mau mendengar pandangannya itu – kecuali mungkin beberapa orang yang mau memperalatkannya sebagai sumber "pendapat" bagi maksud tertentu – untuk menyerang Abdullah Ahmad Badawi, misalnya.Dan bagi tahap umurnya, tenaga Mahathir memang luar biasa. Suaranya masih lantang, sebutannya masih jelas – meskipun daya ingatannya ternyata sudah kabur (banyak yang tidak diingatnya atau sudah tersalah ingat), daya analisisnya sudah longgar, rasa hormatnya terhadap lojika, etika, maupun kebenaran jelas sudah berkecai.Namun, bagi saya, apa yang lebih menakjubkan ialah masih banyak antara kita yang masih sanggup mendengar racauannya itu. Oleh itu, bila Mahathir akan diwawancara untuk rancangan Hard Talk BBC baru-baru ini saya menjadi kebanjiran dengan pesanan SMS maupun posting blog tentangnya.Memanglah Mahathir merupakan seorang yang degil, yang tidak puas-puas meracau di mana sahaja. Dia akan berceramah di majlis ceramah anjuran Prowaris atau bahagian-bahagian Umno yang tertentu, berdebat dalam forum anjuran laman blog MyKMU, ditemuramah oleh Malaysiakini.com, malah menulis kata pengantar untuk buku Dr. Collin Abraham.Tidak ada sesuatu yang baru dalam apa yang diperkatakannya, namun orang tetap akan mendengar malah melaporkannya kembali di tempat lain, di muka akhbar maupun di laman blog. Tidak ada yang mendalam atau profound dalam analisisnya, namun masih banyak yang menganggap kata-katanya sebagai semacam mutiara ilmu.Dan inilah yang menakjubkan saya. Apakah yang menarik tentang Mahathir ini: mutiara ilmu yang keluar dari mulutnya atau sekadar persona-nya? Dan apakah yang menarik tentang persona itu – auranya atau sekadar latar belakang dirinya yang pernah menjadi ahli politik yang memberontak terhadap establishment Umno tetapi kemudiannya bertukar menjadi establishment itu sendiri yang amat menindas?Baru-baru ini Mahathir tampaknya telah berhasil pula menjaja misteri dirinya itu ke luar negara. Dia sanggup ditemuramah di ruangan Hard Talk BBC yang terkenal kerana soalan-soalan mendalam lagi kasar terhadap sesiapa sahaja – khususnya para pemimpin negara dunia ketiga.Mahathir memang tahu tentang reputasi rancangan Hard Talk itu, namun naluri dan semangatnya untuk terus berkata-kata itu ternyata tidak akan dapat diredakan. Otot di sekeliling mulutnya yang overdeveloped itu tampaknya tidak akan dapat dilemahkan.Satu sifat dan sahsiah Mahathir yang asasi sehubungan dengan nalurinya yang mau terus berkata-kata ini ialah sifatnya yang combative – yakni dia akan menyerang bila dia mendapati dirinya terdesak oleh serangan orang lain khusus pihak yang mempersoalkan kredibiliti hujah dan kata-katanya.Dan apabila Mahathir mulai menyerang, dia akan melakukannya secara dogged (hentam keromo, membujur lalu melintang patah). Bila Mahathir menyerang, maka jelaslah terserlah sifatnya yang sama sekali tidak menghormati dan mengendahkan kebenaran, fakta, logika atau malah urutan dan tertib hujah yang siuman.Saya telah melihat perkara ini berlaku beberapa kali sewaktu Mahathir diwawancara oleh media antarabangsa (Mahathir dalam nada prasangkanya sendiri akan mengatakannya "media barat").Beberapa tahun lalu, sewaktu Mahathir ditemuramah oleh Zain Verge dari CNN, bila dia didesak dengan soalan-soalan yang hangat dan pedas, dia akan segera menjadi combative – menuduh sipenemuramah itu sebagai mewakili prasangka "orang putih" yang senantiasa memandang rendah terhadap orang kulit berwarna seperti dirinya.Hakikat yang tidak diendahkan Mahathir ialah hakikat Zain Verge merupakan seorang wanita keturunan Pakistan yang dibesarkan di Afrika – hanya kulitnya sedikit cerah berbanding Mahathir.Kali ini sewaktu menghadapi asakan soalan-soalan panas dari Stephen Sackur, hos rancangan Hard Talk ini, huraian Mahathir tentang prasangka orang Barat terhadap orang pribumi kita tampaknya diasaskan pada ikhtisar pandangan beberapa tokoh pegawai penjajah British satu dua abad lalu seperti Frank A. Swettenham, Richard Winstedt.Pandangan berprasangka seperti itu sebenarnya sudah tidak kedengaran lagi hari ini, dan malah hujah seperti yang dikemukakan oleh Mahathir itu juga sejak lama sudah tidak digunakan lagi oleh para pembahas dan sarjana anak negeri. Namun demikianlah adanya vintage Mahathir: dia tidak teragak-agak menggunakan hujah dan mauduk dari dua abad lalu untuk memenangi perdebatan hari ini.Mahathir agak beruntung bila berhadapan dengan para wartawan seperti Zain Verge dan Sackur itu. Mereka ini sebenarnya tidak begitu tahu tentang realiti politik di Malaysia, oleh itu tidak dapat terus bertanya (probing) bila Mahathir memberikan reaksi yang sebenarnya tidaklah seratus peratus tepat.Huraiannya, misalnya, tentang penyingkiran para hakim, tentang pita VK Lingam, tentang keadilan yang diterima Anwar dari sistem kehakiman Malaysia sudah pasti akan mengundang asakan yang malah lebih kuat lagi dari seorang wartawan yang lebih tahu tentang Malaysia berbanding Zain maupun Sackur.Namun Mahathir, bagi saya, tetap merupakan seorang watak awam yang bijak lagi licik. Dia pandai menggunakan segala macam helah dan permainan citra untuk mempertahankan dirinya dan mengelirukan para pendengarnya. Sebab itulah setiap gerak-geri mahupun kata-katanya akan menarik perhatian, meskipun tidak terdapat barang seurat ketulusan maupun kebijaksanaan dalam penampilan citra dan cendekianya itu.Bilakah permainan penampilan dirinya yang penuh helah ini akan reda – demi menjaga kewarasan dan kesehatan minda (mental hygiene) masyarakat kita sendiri?Tulisan ini asalnya diterbitkan di blognya Suaraku (karya-merdeka.blogspot.com) pada 21 April dan diulang terbit di sini sebagai mengenang pemergian ke rahmatullah tokoh penulis dan cendekiawan ini pada 23 April - editor

H1N1; KISAH 3

FAKTA H1N1
Saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai wabak Influenza yang cukup popular sekarang, tidak lain dan tidak bukan, wabak selesema Babi atau Influenza A H1N1.Kita semua mestilah prihatin dan setidak-tidaknya mengambil tahu mengenai perkara asas tentang wabak.Adalah amat malang sekiranya kita dijangkiti wabak ini, dek kerana kurangnya maklumat yang kita ada dan dek kerana kejahilan kita sendiri.Bacalah artikel mengenai fakta Wabak Influenza A H1N1 ini supaya kita sama2 boleh mengelak daripada menimpa kita.Semua maklumat ini dicatatkan dari taklimat mengenai H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Hotel Pan Pasific KLIA pada 01.08.2009. Apa itu H1N1?Ia adalah sejenis Viral Novel Influenza type A H1N1. Ianya berasal dari Virus Avian Flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti Babi @ Khinzir dan telah bergabung dengan Swine Flu (yang sepatutnya hanya menjangkiti ternakan babi sahaja) dan telah bertukar atau evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yang lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia. Dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ (terbang bebas di udara) dan menjangkit dari manusia kepada manusia.Jangka hayat virusOleh kerana ia adalah viurs yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan ventilasi udara atau ‘air ventilation’ yang baik, akan ‘bersih’ dari virus tersebut.Apa yang perlu tahu ?Sebenarnya telah terdapat outbrake di US, sebelum terjadinya outbrake di Mexico. Tetapi ianya tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan tetapi US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus la outbrake di Mexico kemudiannya.Virologi virus H1N1 incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari, membolehkan ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat, dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk-batuk.Cara seranganVirus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) pada peringkat awalnya, namun jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat ‘lung collapse’ membuatkan ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.Siapa yang berisiko1. Orang yang ada masaalah ‘obesiti’ @ gemok 2. Perempuan yang mengandung 3. Orang yang ada lelah atau asma 4. Orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi ( menjalani ‘operation yang besar’, kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan yang rendah tahap imuniti eg. HIV dan sebagainya) * Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan yang dinyatakan di atasSimptom2Hari 1 - Rasa kurang sihat, tak bermaya Hari 2 - Selsema, batuk dan demam yang kekal ( demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam) Hari 3 - Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas Hari 4 - Sakit dada yang teruk (sila jumpa doktor dengan segera) Hari 5 dan seterusnya - Berlakunya komplikasi ‘lung collapse’ @ koma Langkah2 kawalan1.Golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan ( kawasan yang padat dengan orang ramai) 2.Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran 3.Elakkan diri jika terdapat ‘orang batuk, bersin dan kurang sihat’ 4.Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan) 5.Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai ‘mask’ (’mask’ yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 lapisan) 6.Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat. 7.Jika ada tanda-tanda simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan 8.Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk ‘checkup’ kerana di kawasan tersebut mungkin ada banyak virus yang tersebar 9.Tak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat Influenza! Jika sihat, tetapi ‘gatal’ juga nak makan anti-viral, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan nanti. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal. 10.Vaksin hanya akan ‘wujud’ seawal-awalnya pada oktober tetapi ianya hanya untuk pertubuhan dan badan-badan ‘frontliner’ atau yang berkenaan sahaja. Untuk awam akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 2010. 11.Untuk makluman, ujian pemeriksaan Influenza hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di malaysia. Pemeriksaan ini mengambil masa 6 jam untuk dijalankan kepada 1 batch sample. Jika ada mana-mana klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan. 12.Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbreak ini. Sama2lah kita berdoa agar bala ini cepat berlalu.`

H1N1; KISAH 2


H1N1 konspirasi kapitalis buat duit

Hishamuddin Rais Aug 12, 09 5:29pm

Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub". Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.Apa sebenarnya semua fenomena ini?Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja. Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan. Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group."Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat. Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal. Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:1 – mengurangkan penduduk dunia, dan2 – menjual ubatan.Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu. Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal. DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia. DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul. Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom. Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains. Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca. Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis. Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.

H1N1; KISAH 1

Gelombang kedua H1N1 mungkin oktober ini

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID dan ROSMALINA ABD. KADIRberita@kosmo.com.myKUALA LUMPUR - Perkembangan wabak selesema babi atau H1N1 yang semakin serius sudah memberi petanda bahawa gelombang kedua pandemik itu dengan kesan yang lebih meluas dijangka melanda negara pada musim tengkujuh bermula Oktober ini.Jika ramalan itu menjadi kenyataan, kerajaan akan mengumumkan perintah darurat kesihatan lebih awal bagi mencegah penularan.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, musim tengkujuh tahun ini lebih berbahaya berbanding tahun-tahun terdahulu kerana kecenderungan orang ramai mendapat selesema boleh membawa kepada lebih banyak kes H1N1."Kita serah kepada Majlis Keselamatan Negara untuk menentukan waktu terbaik mengumumkan tempoh darurat kesihatan kelak," katanya pada Persidangan Kesihatan Asia 2009 di sini semalam.Sementara menunggu gelombang kedua wabak itu, Kementerian Kesihatan memperhebatkan usaha pembendungan wabak dengan mengarahkan semua doktor memberikan suntikan antiviral kepada pesakit yang mengalami demam lebih daripada dua hari.Mengenai isu kekurangan bekalan penutup hidung dan mulut, Tiong Lai berkata, pihaknya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan berbincang untuk menjadikannya barangan kawalan."Kita akan bincang bekalan dan menetapkan harga mengikut jenis-jenis topeng mulut yang ada supaya tidak ada pihak sesuka hati mengambil kesempatan di atas keperluan mendadak barangan itu,'' tegasnya.Keputusan mengenai harga siling penutup mulut dan hidung itu dijangka diumumkan lusa.Tindakan segera menetapkan harga barangan itu dibuat selepas ada peniaga menaikkan harga topeng mulut dari 40 sen sekeping kepada RM5 ekoran permintaan yang meningkat.Sementara itu, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman tidak percaya dengan andaian sesetengah pihak yang bimbang mereka yang berpuasa akan lebih terdedah kepada H1N1."Jangkitan wabak H1N1 bukan pasal tidak makan tetapi hubungan langsung seseorang itu dengan persekitaran,'' jelasnya ketika dihubungi semalam.Sewaktu umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan Dr. hassan mencadangkan mereka mengambil makanan berkhasiat dan meminum banyak air pada waktu bersahur bagi mengelak imunisasi tubuh menjadi lemah.