SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
~selamat datang ~

7/09/11

UNIKNYA HARI RAYA DI SARAWAK


JIKA suku Rawa di Pahang dan Perak cuba mengekalkan tradisi kelemai iaitu sejenis juadah istimewa yang diperbuat daripada pulut, tetapi berintikan gula Melaka, seakan-akan lemang, sempena Syawal, masyarakat Melayu di Sarawak pula
memastikan pelbagai jenis kek lapis terhidang di meja sebagai tanda meraikan tetamu.
Ketua Satu Persatuan Karyawan Sarawak (PEKASA), Jaafar Hamdan, 42, berkata keunikan kek lapis Sarawak yang menjulang nama negeri itu di seluruh pelosok negara, hatta ke mata dunia sehingga ia menjadi hidangan wajib di meja untuk setiap umat Islam ketika meraikan hari raya sebagai tanda meraikan tetamu. “Memang tidak cukup syarat jika makanan disajikan kepada tetamu tanpa adanya kek lapis yang disediakan dan paling sedikit tujuh hingga kelapan jenis bagi setiap rumah. Ada sesetengah rumah menyediakan dua meja kecil hanya memuatkan kek lapis pelbagai perisa seperti horlick, coklat, masam manis dan kopi,” katanya ketika dihubungi Sastera, baru-baru ini.

Selain itu, tambah beliau hidangan rendang, ketupat dan lemang kebiasaannya hanya boleh didapati di Sarawak pada hari raya pertama saja, manakala pada hari raya berikutnya, hidangan ringkas seperti kek dan biskut raya menjadi menu utama.

Menambah keunikannya, di Sarawak jarang tetamu dihidangkan dengan minuman panas seperti teh dan kopi atau sirap yang sinonim dengan masyarakat Melayu, sebaliknya air berkarbonat atau bergas yang tidak perlu dibancuh kerana sudah menjadi amalan setiap kali menyambut kedatangan Syawal.

Selain daripada keunikan juadah sempena Hari Raya Aidilfitri, umat Islam di Sarawak juga terus berusaha memelihara acara bertuntung, sempena bulan yang mulia itu sehingga setiap menjelang Syawal menjadi suatu yang ‘wajib’ diadakan pesta bertuntung.
“Tradisi bertuntung terus dipelihara oleh masyarakat di Sarawak termasuk di kampung halaman saya. Menjelang 10 hari sebelum raya, setiap rumah akan sibuk menghias rumah masing-masing dengan pelita yang diperbuat secara tradisional atau moden.

“Lebih menarik, tradisi bertuntung kini dijadikan sebagai satu pertandingan di antara kampung. Setiap kampung perlu membina pintu gerbang yang selalunya diperbuat daripada buluh dan kemudiannya dihias mengikut kreativiti masing-masing menggunakan lampu pelita di sekelilingnya,” katanya yang masih bergiat aktif dalam dunia penulisan esei, cerpen dan puisi.

Bagi Jaafar pesta bertuntung tahun ini lebih istimewa memandangkan bukan saja Syawal diraikan, tetapi kemerdekaan jatuh pada Aidilfitri kedua dan pastinya selain memasang pelita, bendera Malaysia akan turut berkibar di setiap pintu gerbang dan menambahkan kemeriahan suasana hari raya dan kemerdekaan negara yang ke-54.

Selain bertuntung, masyarakat di kampung Jaafar turut memastikan majlis tahlil atau doa selamat sejurus selepas selesai menunaikan sembahyang sunat hari raya dan berkunjung ke rumah sanak-saudara mahupun jiran tetangga serta bermaaf-maafan di antara ahli keluarga hanya akan dilakukan sebaik saja majlis tahlil selesai.

“Kebiasaannya, tiga rumah akan bergabung mengadakan satu majlis tahlil dan orang kampung akan berpecah kepada beberapa kumpulan kecil untuk memastikan semua rumah sempat dikunjungi pada hari raya pertama. Hanya pada hari raya kedua barulah kami berpeluang berziarah dari rumah ke rumah untuk berhari raya,” katanya.

Bagi Jaafar sambutan hari raya di Sarawak lebih dirasai kerana jika di tempat lain pakaian tradisional seperti baju Melayu dan baju kurung hanya digayakan pada raya pertama, di Bumi Kenyalang pemakaian busana tradisional itu digayakan tanpa segan silu sehingga ke hari ketujuh, walaupun sekadar menunggu saudara-mara datang berziarah.

3/06/11

Senarai nama penerima Darjah Kebesaran Persekutuan Tahun 2011

KUALA LUMPUR: Berikut senarai penerima Darjah Kebesaran Persekutuan Tahun 2011 sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.




Seri Setia Mahkota Malaysia (S.S.M.) yang membawa gelaran "Tun":
- Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdullah Ayub


Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran "Tan Sri":

-Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Mohd Salleh.


Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran "Tan Sri":

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdull Hamid Embong, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman, Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Datuk Seri Ainum Mohamed Saaid, Profesor Universiti Putra Malaysia, Fakulti Pengajian Pendidikan, Datuk Seri Dr Mohd Nasir Mohd Ashraf, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail, Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon, Tunku Temenggong Negeri Kedah, Datuk Seri DiRaja Tunku Sallehhuddin Almarhum Sultan Badlishah, Penasihat Tijaz Corporation Sdn Bhd, Datuk Seri Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar, Pengasas Merdeka Studios, Datuk Lakshmanan Krishnan, Pengerusi Yayasan Tun Jugah, Datuk Amar Leonard Linggi Jugah, Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk Mohd Zaman Khan @ Hassan Rahim Khan, Mahaguru/ Pengasas Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Datuk Omar Din Mawaidin, bekas Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Phaik Gan Lim, Ketua Pegawai Eksekutif NAM Institute For The Empowerment Of Women (NIEW), Datuk Rafiah Salim, Tokoh Akademik dan Intelektual Islam (Pengasas The International Institute of Islamic Thought and Civilization, ISTAC), Prof Dr Syed Muhammad Naguib Al Attas, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Seri Dr Anthony Francis Fernandes, Naib Presiden Persatuan Bekas-Bekas Pegawai Polis, Datuk Seri Yuen Yuet Leng, Pengerusi South East Asia Welfare and Education Foundation (SEAWEED), Left Jen (B) Wan Abu Bakar Omar, Pengarah Urusan M. Zain Group Of Companies, Datuk Goh Teck Chai, Timbalan Pengerusi Eksekutif Salcon Berhad, Datuk Tee Tiam Lee, Pengerusi Lembaga Pengarah Cybersecurity Malaysia, Datuk Seri Panglima Jeneral (B) Mohd Azumi Mohamed, Pengerusi Eksekutif, Concord Alliance Sdn Bhd, Datuk Mohd Hussin Abd Hamid, Pengerusi STS Equestrian & Sports Centre, Datuk Cham Hak Lim, Consultant Cardiologist, Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Datuk Dr Ridzwan Abu Bakar, Pengerusi, Syarikat Jendela Hikmat Sdn Bhd, Jen (B) Datuk Seri Che Md Noor Mat Arshad, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin, Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig Jen (B) Datuk Seri Abdul Hamid Ngah @ Zainal Abidin, Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP), Datuk Sri William Mawan Ikom, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Sri Dr James Jemut Masing, Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Datuk Dr Abdul Samad Haji Alias, Penasihat Malaysian Chinese Association (MCA) Pusat, Datuk Lim Yew Loong, Timbalan Pengerusi Knight Capital Sdn Bhd, Datuk Rashpal Singh Jesawant Singh dan Timbalan Pengerusi Eksekutif IJM Corporation Berhad, Datuk Tan Boon Seng @ Krishnan.



Panglima Setia Di-Raja (P.S.D.) yang membawa gelaran "Datuk":


Setiausaha Sulit Kanan kepada SPB Yang di-Pertuan Agong, Datuk Mohd Zuki Ali, Pengarah Eksekutif Mariah Capital S. A., YM Tunku Nooruddin Tunku Datuk Seri Shahabuddin, Pengarah Eksekutif Melati Ehsan Holdings Berhad, Tan Hong Hing @ Tan Eng Hing, Pengarah Urusan Briswood Sdn Bhd, Kee Cheng Teik, Wakil Pengurusan Badal Haji, Korban dan Aqiqah Al-Musa Agensi (Pengurus), Shaikh Abdul Halim Shaikh Salah Marie AlKathiri, Pengarah Urusan ZI Production Sdn Bhd, Datuk Zulkilfli @ Zulkifli Ishak, Juruiring Tentera Darat kepada SPB Yang di-Pertuan Agong, Datuk Abdulahalim Nawi, Juruiring Tentera Laut kepada SPB Yang di-Pertuan Agong, Laksamana Pertama Khairul Anuar Yahya dan Juruiring Tentera Udara kepada SPB Yang di-Pertuan Agong, Brig Jen Zaharin Ahmad.



Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran "Datuk":

Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Majid Tun Hamzah, Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ahmad Kabit, Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Noriyah Ahmad, Akauntan Negara Malaysia, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Wan Selamah Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ab Aziz bin Kasim, Setiausaha Majlis Penasihat Ekonomi Negara, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Norma Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zainol Othman, Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Perdana Menteri, Mohd Sukor Abd Manan, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, Raja Datuk Azahar Raja Abdul Manap, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin.



Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Datuk Prof Dr Abdul Kadir Taib, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Prof Datuk Syed Omar Syed Mohamad, Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Kementerian Kewangan, Datuk Zalekha Hassan, Bekas Timbalan Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi, Datuk Dr Govindan Kunchamboo, Pengarah Urusan, Amanah Ikhtiar Malaysia, Zabidah Ismail, Profesor Kanan Patologi, Jabatan Patologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Prof Dr Looi Lai Meng, Pengarah Institut Perubatan Molekul, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr A Rahman A Jamal, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Ibrahim Ahmad, Dekan Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Bashir Ahmad Fateh Mohamed, Pengarah Permata Insan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Datin Dr Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Ketua Jurulatih Skuad Bola Sepak Kebangsaan, Rajagobal Krishnasamy, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengarah M. Zain Group Of Companies, Sunny Goh Teck Chin, Pengerusi CP Energy & Services Sdn Bhd, Datuk Tan Kean Soon, Pengarah Urusan, Onsys Energy Sdn Bhd, Jaafar Mohamad, Pengurus, Multimedia Entertainment Sdn Bhd, Lim Boon Siong, Pengerusi Syarikat Pembinaan Shinrai Sdn Bhd, Abdullah Ahmad.



Ketua Pegawai Eksekutif Konsortium Logistik Bhd, Che Azizuddin Che Ismail, Peguam/ Penasihat Undang-Undang Lee Swee Seng Advocates & Solicitors Trade Marks Agent Industrial Design Agent, Kenny Ng Bee Ken, Paderi/Bishop Gereja Anglikan Ng Moon Hing, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS Berhad, Datuk Abdul Wahab Abdullah, Naib Presiden Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAS), Datuk Mohd Nawawi Awang, Pengarah Eksekutif Hock Seng Lee Berhad, Yii Chi Hau, Pengerusi Persekutuan Persatuan-Persatuan Keturunan Lim Malaysia, Lim Eng Kok, Timbalan Presiden Persatuan Pertubuhan Cina Malaysia, Cheng Lai Hock, Bekas Naib Presiden/Bendahari Gabungan Dewan Perniagaan & Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Ter Leong Yap, Pengerusi Ethos & Co., Mohd Omar Mustapha, lagenda bola sepak negara, mendiang Arumugam Rengasamy, Pendaki Gunung Everest (Pengarah Akauntan Shell Malaysia), Datuk Mohanadas Nagappan, Pendaki Gunung Everest/ Pengurus Sukan, Cawangan Elit, Bahagian Persediaan Elit, Majlis Sukan Negara, Datuk Magendran M Munisamy, Pengarah Urusan Kilang Papan Hiong Tion Sdn Bhd, Sia Hiong Ngee @ Sia Hiong Ngie, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Datuk Siti Jeliha @ Zaleha Hussin, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Pahlawan Zulkifli Zainal Abidin.



Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, Lt Jen Datuk Abdul Hadi Hussin, Bekas Panglima 4 Briged (Pahang), Angkatan Tentera Malaysia, Brig Jen (B) Mohd Ariffin Mohd Rosli, Naib Ketua Wanita UMNO Pusat, Kamilia Datuk Ibrahim, Pengarah Urusan Gapurna Sdn Bhd, Datuk Mohamad Salim Fateh Din, Bendahari UMNO Negeri Kelantan, Wira Ukur Consultants, Datuk Hanafi Mamat, Setiausaha UMNO Bahagian Putrajaya, Yayasan Pelajaran MARA, Abdul Shariff Hamid, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Kelantan, Khor Ing Hua @ Khor Chew Hing, Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan MCA Kedah (Bahagian Jerai), Ng Ah Chua @ Ng Liang Chua.



Timbalan Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat, Koh Chai @ Koh Chee Chai, Ketua MIC Bahagian Tanjung Karang, Krishnan Maniam, Ketua MIC Bahagian Kulai, Munusamy Mareemuthu, Ahli Jawatankuasa Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Pusat, Ng Siew Lai, Penolong Bendahari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Chan Seng Khai, Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Lim Ming Hoo, Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak, Dr Stephen Rundi Utom, Naib Presiden Parti Progresif Penduduk, K D Siva Kumar Krishnadas, Ahli Pertubuhan Pasok Momogun Kadazan Dusun Bersatu (UPKO), Albert Boyou, Ahli Biasa Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP), Ling Kong Mee, Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak, John Sikie Tayai, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan PGRM Negeri Terengganu Yap Kea Ping, Pengasas/Pengerusi Ghanim bin Saad Alsaad & Sons Group (GSSG), Qatar, Ghanim Saad M Alsaad Al-Kuwari, Penasihat Kanan & Naib Pengerusi, Qatari Diar, Doha, Qatar, Ikbal Abouelkacem Abbassi dan Konsul Kehormat Malaysia di Adelaide, Australia Selatan, Hassan Salleh. - BERNAMA

2/06/11

41 Fakta menarik mengenai Ayah


1. Ayah ingin anak-anaknya memiliki lebih banyak peluang daripada dirinya, menghadapi lebih sedikit kesusahan,tidak bergantung pada sesiapapun,tapi selalu memerlukan kehadirannya.


2. Ayah membiarkan kamu menang... dalam permainan ketika kamu masih keci...l, tapi dia tidak ingin kamu membiarkannya menang ketika kamu sudah besar.


3. Ayah tidak ada di dalam album foto keluarga, kerana dia yang selalu memotret.


4. Ayah selalu tepati janji! Dia akan memegang janjinya untuk membantu seorang kawan, meskipun ajakanmu untuk pergi sebenarnya lebih disukainya.


5. Ayah selalu sedikit sedih ketika melihat anak-anaknya pergi bermain dengan kawan-kawan mereka.kerana dia sedar itu adalah akhir dari masa kecil mereka.

6. Ayah mulai merancang hidupmu ketika tahu bahwa ibumu telah hamil (mengandungmu).


7. Ayah membantu membuat impianmu menjadi kenyataan bahkan diapun meyakinkanmu untuk melakukan hal-hal yang mustahil, seperti berenang di air setelah dia melepaskanmu.


8. Ayah mungkin tidak tahu jawaban segala sesuatu, tapi dia membantu kamu mencarinya.


9. Ayah mungkin nampak garang di matamu, tetapi di mata kawan-kawanmu dia nampak baik dan penyayang.


10. Ayah lambat mendapat teman, tapi dia bersahabat seumur hidup.


11. Ayah benar-benar suka membantu seseorang.......tapi dia susah meminta bantuan.


12. Ketika ayah di dapur,memasak bagaikan penjelajahan ilmiah. Dia memiliki formula resipi tersendiri, dan hanya dia sendiri yang memahami bagaimana memasak menurut resipi sendirinya itu. Dan hasilnya?... .mmmmhhh..."tidaklah terlalu mengecewakan" ^_~.


13. Ayah mungkin tidak pernah menyentuh sapu ketika masih muda, tapi dia boleh belajar dengan cepat.


14. Ayah paling tahu bagaimana mendorong ayunan cukup tinggi untuk membuatmu senang tapi tidak takut.


15. Ayah akan sangat suka membelikanmu makanan selepas dia pulang kerja, walaupun dia tidak dapat sedikit pun bagian dari makanan tersebut.


16. Ayah selalu berdoa agar kita menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat, walaupun kita jarang bahkan jarang sekali mendoakannya.


17. Ayah akan memberimu tempat duduk terbaik dengan mengangkatmu dibahunya.


18. Ayah tidak akan memanjakanmu ketika kamu sakit, tapi dia tidak akan tidur semalaman. Siapa tahu kamu memerlukannya.

19. Ayah menganggap orang itu harus berdiri sendiri (berdikari), jadi dia tidak mahu memberitahumu apa yang harus kamu lakukan, tapi ia akan menyatakan rasa tidak setujunya.


20. Ayah percaya orang harus tepat waktu. kerana itu dia selalu lebih awal menunggumu.


21. Dia akan melupakan apa yang ia inginkan, agar boleh memberikan apa yang kamu perlukan.


22. Dia menghentikan apa saja yang sedang dikerjakannya, kalau kamu ingin berbual dengannya.


23. Dia selalu berfikir dan bekerja keras untuk membayar yuran sekolahmu tiap semester, meskipun kamu tidak pernah membantunya menghitung berapa banyak kerutan di dahinya.


24. Ayah mengangkat beban berat dari bahumu dengan merengkuhkan tangannya disekeliling beban itu.


25. Ayah akan berkata,tanyakan saja pada ibumu" Ketika dia ingin berkata,"tidak".


26. Ayah tidak pernah marah, tetapi mukanya akan sangat merah padam ketika anak gadisnya tidur di rumah kawan tanpa seizinnya.


27. Dan dia pun hampir tidak pernah marah,kecuali ketika anak lelakinya tertangkap basah menghisap rokok dibilik mandi.

28. Ayah mengatakan,tidak apa-apa mengambil sedikit risiko asal kamu sanggup kehilangan apa yang kamu harapkan.


29. Pujian terbaik bagi seorang ayah adalah ketika dia melihatmu melakukan sesuatu hal yang baik serupa seperti caranya.


30. Ayah lebih bangga pada prestasimu, daripada prestasinya sendiri.


31. Ayah hanya akan menyalamimu ketika pertama kali kamu pergi merantau meningalkan rumah,kerana kalau dia sampai memelukmu,mungkin dia tidak akan pernah melepaskan pelukan darimu.


32. Ayah tidak suka menitiskan air mata......ketika kamu lahir dan dia mendengar kamu menangis untuk pertama kalinya,dia sangat gembira sampai-sampai keluar air dari matanya (ssst......tapi sekali lagi ini bukan menangis).


33. ketika kamu masih kecil,dia memelukmu untuk mengusir rasa takutmu.......ketika dikau bermimpi akan dibunuh monster.


34. tapi.......ternyata dia boleh menangis dan tidak boleh tidur sepanjang malam, ketika anak gadis kesayangannya di rantauan tidak memberi kabar selama hampir satu bulan.


35. Ayah pernah berkata," kalau kau ingin mendapatkan pedang yang tajam dan berkualiti tinggi, janganlah mencarinya dipasar, tapi datang dan pesanlah langsung dari pandai besinya. begitupun dengan cinta dan teman dalam hidupmu, jika kau ingin mendaptkan cinta sejatimu kelak, maka minta dan pesanlah pada Yang Menciptakannya".


36. Untuk masa depan anak lelakinya Ayah berpesan,"jadilah lebih kuat dan tegar daripadaku, pilihlah ibu untuk anak-anakmu kelak wanita yang lebih baik dari ibumu , berikan yang lebih baik untuk menantu dan cucu-cucuku, daripada apa yang yang telah ku beri padamu".


37. Dan Untuk masa depan anak gadisnya ayah berpesan," janganlah bersedih meskipun kau seorang wanita, jadilah selalu bidadari kecilku dan bidadari terbaik untuk ayah kepada anak-anakmu kelak! lelaki yang boleh melindungimu melebihi perlindungan Ayah, tapi jangan pernah kau gantikan kedudukan Ayah di hatimu".


38. Ayah berkeras, bahwa anak-anakmu kelak harus bersikap lebih baik daripada sikap kamu dahulu.


39. Ayah boleh membuatmu percaya diri.......kerana dia percaya kepadamu.


40. Ayah tidak mencuba menjadi yang terbaik, tapi dia hanya mencuba melakukan yang terbaik.


41. Dan terpenting adalah.......Ayah tidak pernah menghalangimu untuk mencintai Tuhan, bahkan dia akan membentangkan seribu jalan agar kau dapat menggapai cintaNya, kerana diapun mencintaimu kerana tuhannya. (






22/05/11

FAKTA PENTING TENTANG HUTANG KERETA

mengapa anda perlu beli kereta?
Adakah ia sebagai satu kemahuan, keperluan atau kemampuan?

Daripada persoalan di atas maka timbul lagi persoalan, kriteria yang macam mana kenderaan yang harus dibeli?
Adakah kereta tersebut perlu berjenama?Adakah kereta tersebut berkeadaan mewah?Kereta tempatan ataupun import?Pentingkah kereta tersebut berkuasa tinggi atau sekadar memenuhi ruang untuk keluarga?Beli baru atau sekadar yang terpakai?

Hah!!!! Tepuk dahi Tanya hati….

Cuba renungkan cadangan di bawah ini…

Sekiranya kereta tersebut merupakan factor keperluan, ia perlu merangkumi faktor-faktor berikut:

1. Sebagai kegunaan di mana kereta tersebut:- digunakan sebagai pengangkutan harian ketempat kerja.- digunakan untuk berniaga- untuk balik kampong- untuk pergi bercuti- aktiviti social seperti ziarah

2. Bilangan ahli keluarga:- Suami dan isteri- Anak-anak- Orang tua kita jika ada

3. Ketiadaan kemudahan pengangkutan awam yang sempurna di kawasan kita:- Di mana kenderaan ini perlu digunakan sekiranya berlaku kecemasan.

Sekiranya kereta tersebut merupakan factor kemampuan, pastikan:


Pendapatan bulanan mempunyai baki bersih yang memberikan margin untuk kecemasan.Buat senarai dan kira-kira tentang perbelanjaan bulanan seperti:- Sewa rumah- Makan minum- Utiliti- Perubatan- Pakaian- Pendidikan- Perlindungan takaful- Pelaburan dan tabungan- Zakat


Formula yang harus digunakan adalah seperti berikut:

Keperluan + Kemampuan = Kenderaan


Kenderaan yang mana meliputi:
-harganya
-keadaan baru atau terpakai
-jenisnya samada sedan, van atau MPV
-kos penyelengaraan


Nisbah Kemampuan: Ukurlah baju di badan sendiri di mana untuk membeli sesuatu perlu mengikut kemampuan kita…. Jangan sesekali guna pakai “biar papa asal bergaya” alamat merana kemudian hari.


Langkah Pertama,Perlu kira Nisbah Hutang yang ada. Bagaimana?
Iaitu,

Nisbah Hutang = (Jumlah hutang / Gaji atau pendapatan ) x 100%

Sebagai Contoh ikuti kes berikut;

Jumlah kesemua hutang sebanyak RM2500, manakala pendapatan adalah sebanyak RM5000.
Jadi, Nisbah Hutang:= (2500/5000) x 100%= 50%
Rumusan di sini, sebanyak 50% daripada hasil gaji dan pendapatan digunakan untuk membayar hutang sahaja. Tidak termasuk makan minum, pakaian, kecemasan dan lain-lain lagi.


….. Aaaha! Jangan hanya sekadar pertimbangkan kadar bayaran ansuran bulanan sahaja…


Pertimbangan lain yang perlu diambil kira sebelum membeli kereta, juga termasuk:
- Kos pembaikan dan penyelenggaraan
- Kadar ketetapan cukai jalan
- Kos insuran yang perlu dijelaskan

Tempoh Pinjaman:
- Tempoh yang panjang dapat mengurangkan jumlah bayaran bulanan kepada yang lebih kecil.
-Cuba elakkan tempoh bayaran yang terlalu lama. Tempoh yang optimum adalah 5 tahun.
- Lebih lama tempoh berhutang, maka lebih banyak kita menyumbang kekayaan kepada pihak bank kerana kiraan faedah adalah berkadar tahun.

 tahukah anda sekiranya jumlah pinjaman sebanyak RM30K, dengan caj 3% setahun selama 5 tahun, kita telah menyumbang RM4,500 kepada pihak bank. Jika 9 tahun, jadi nilai sumbangan kita kepada bank adalah sebanyak RM8,100. Itu baru pinjaman RM30K, apa kata kalau nilai kereta berjumlah RM100K ke atas?

Jadi, semak contoh Pengiraan pembelian kereta barikut:

Harga Kereta berjumlah = RM30,000.00
 Tempoh pembiayaan = 5 tahun
 Kadar Caj/keuntungan= 3%
Pendahuluan (10%) = RM3,000.00
Jadi, Pembiayaan RM30,000 – RM3,000 = RM27,000.00
Manakala, ansuran Bulanan selama 5 thn (5 x 12)= RM27,000.00 + (RM27,000 x 3% x 5)= RM517.00 sebulan



Dengan kadar bayaran RM517 sebulan, apakah kereta yang sesuai yang harus dibeli untuk keperluan kita?

Fikir-fikirkanlah, jangan bertindak mengikut nafsu mengapa anda perlu beli kereta?Adakah ia sebagai satu kemahuan, keperluan atau kemampuan?Daripada persoalan di atas maka timbul lagi persoalan, kriteria yang macam mana kenderaan yang harus dibeli?Adakah kereta tersebut perlu berjenama?Adakah kereta tersebut berkeadaan mewah?Kereta tempatan ataupun import?Pentingkah kereta tersebut berkuasa tinggi atau sekadar memenuhi ruang untuk keluarga?Beli baru atau sekadar yang terpakai?Hah!!!! Tepuk dahi Tanya hati….

Cuba renungkan cadangan di bawah ini :

Sekiranya kereta tersebut merupakan factor keperluan, ia perlu merangkumi faktor-faktor berikut:
1. Sebagai kegunaan di mana kereta tersebut:- digunakan sebagai pengangkutan harian ketempat kerja.- digunakan untuk berniaga- untuk balik kampong- untuk pergi bercuti- aktiviti social seperti ziarah

2. Bilangan ahli keluarga:- Suami dan isteri- Anak-anak, Orang tua kita jika ada

3. Ketiadaan kemudahan pengangkutan awam yang sempurna di kawasan kita. Di mana kenderaan ini perlu digunakan sekiranya berlaku kecemasan.Sekiranya kereta tersebut merupakan factor kemampuan, pastikan:Pendapatan bulanan mempunyai baki bersih yang memberikan margin untuk kecemasan.Buat senarai dan kira-kira tentang perbelanjaan bulanan seperti Sewa rumah, Makan minum, Utiliti, Perubatan, Pakaian, Pendidikan, Perlindungan takaful, Pelaburan dan tabungan, Zakat.

Formula yang harus digunakan adalah seperti berikut:
Keperluan + Kemampuan = KenderaanKenderaan yang mana meliputi:

-harganya
-keadaan baru atau terpakai
-jenisnya samada sedan, van atau MPV
-kos penyelengaraan
-bilangan kereta yang perlu

Nisbah Kemampuan, Ukurlah baju di badan sendiri di mana untuk membeli sesuatu perlu mengikut kemampuan kita…. Jangan sesekali guna pakai “biar papa asal bergaya” alamat merana kemudian hari.

Langkah Pertama, Perlu kira Nisbah Hutang yang ada. Bagaimana?  Iaitu,Nisbah Hutang = (Jumlah hutang / Gaji atau pendapatan ) x 100%

Sebagai Contoh ikuti kes berikut :

-Jumlah kesemua hutang sebanyak RM2500, manakala pendapatan adalah sebanyak RM5000.
Jadi, Nisbah Hutang:= (2500/5000) x 100%= 50%

Rumusan di sini, sebanyak 50% daripada hasil gaji dan pendapatan digunakan untuk membayar hutang sahaja. Tidak termasuk makan minum, pakaian, kecemasan dan lain-lain lagi.….. Aaaha! Jangan hanya sekadar pertimbangkan kadar bayaran ansuran bulanan sahaja…Pertimbangan lain yang perlu diambil kira sebelum membeli kereta, juga termasuk:

 Kos pembaikan dan penyelenggaraan :
-Kadar ketetapan cukai jalan
- Kos insuran yang perlu dijelaskan
-Tempoh Pinjaman -Tempoh yang panjang dapat mengurangkan jumlah bayaran bulanan kepada yang lebih kecil. Cuba elakkan tempoh bayaran yang terlalu lama. Tempoh yang optimum adalah 5 tahun.Lebih lama tempoh berhutang, maka lebih banyak kita menyumbang kekayaan kepada pihak bank kerana kiraan faedah adalah berkadar tahun.

Kenapa saya berkata begitu, tahukah anda sekiranya jumlah pinjaman sebanyak RM30K, dengan caj 3% setahun selama 5 tahun, kita telah menyumbang RM4,500 kepada pihak bank. Jika 9 tahun, jadi nilai sumbangan kita kepada bank adalah sebanyak RM8,100. Itu baru pinjaman RM30K, apa kata kalau nilai kereta berjumlah RM100K ke atas?

Jadi, semak contoh Pengiraan pembelian kereta barikut :

 Harga Kereta berjumlah = RM30,000.00
 Tempoh pembiayaan = 5 tahun
Kadar Caj/keuntungan= 3%
 Pendahuluan (10%) = RM3,000.00
 Jadi, PembiayaanRM30,000 – RM3,000 = RM27,000.00
 Manakala, ansuran Bulanan selama 5 thn (5 x 12)= RM27,000.00 + (RM27,000 x 3% x 5)= RM517.00
sebulan.

Dengan kadar bayaran RM517 sebulan, apakah kereta yang sesuai yang harus dibeli untuk keperluan kita?Fikir-fikirkanlah, jangan bertindak mengikut nafsu

21/05/11

Gambar tanah runtuh di Ulu Langat -terkini

Gempar!



"Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi.

Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.
"Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya.
Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid.

Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.
Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.
Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.
Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.

"Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.

"Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya. -BH





19/05/11

IKLAN KOMERSIAL TERBAIK-Pantene Commercial

Hayatilah...pasti terkesan di hati . Saya suka iklan ni sebab banyak pengajarannya...tentang keazaman seorang budak perempuan serba kekurangan tetapi kaya semangat dan kesungguhan. Baik sebagai tontonan remaja.


18/05/11

Butter Golden Churn disahkan TIDAK HALAL

Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor dalam MEMO mereka dah sahkan bahawa Butter daripada New Zealand dikesan terdapat DNA Babi, dan Butter itu ialah Golden Churn Creamy Butter.



14/05/11

BEWARE WHEN UPLOADING YOUR PHOTOS





















the most expensive cellphone in the world

1. GOLDSTRIKER IPHONE 3GS SUPREME: $3.2 MILLION
This luxury gadgets is coming from the designer Stuart Hughes. It’s the world’s most expensive cell phone unveiled in 2009. Goldstriker iPhone is encrusted with 271 grams of 22 carat pure solid gold. More than 200 diamonds added on the cell phone. Apple logo on the back features 53 gems and home button is covered with a single 7.1 carat diamond. The iPhone 3GS Supreme decorated as well in a chest carved from granite and Kashmir gold along with a lining made from top Nubuck grain leather



2. GOLDVISH LE MILLION: $1.3 MILLION
Goldvish LeMillion is designed by Emmanuel Gueit. The uniquness of this cell phone is certified by Guinness World Records in 2008. The cell phones use a VVS1 (only microscopically flawed) diamonds with 18 Carat of white gold. The features of the cell phone is pretty standard with 2 GB storage, FM radio, digital camera, MP3 playback and bluetooth are the internal features of the cell phone. This cell phone just available by individual order.



3. DIAMOND CRYPTO SMARTPHONE: $1.3 MILLION
This cell phone is produced by JSC Ancort that originally designed by luxury accecories designer Peter Aloisson. This expensive smart phone is encased with a platinum base and has 50 diamonds and 8 of them is a rare blue diamonds. The navigation key and the Ancort logo are of 18 Carat of rose gold. This cell phone was built on Windows CE.



4. VERTU SIGNATURE COBRA: $310,000
This cell phone is produced by Boucheron, a French jeweler. Vertu Cobra phone is a limited edition cell phone that so far only 8 ever made. this cell phone is featuring ne carat round diamond, two carat pear cut diamond, two emerald eyes and 439 rubies that used to give a cobra look of the phone. Totally this cell phone is using 21 carats of diamond and rubies




5. VIPN BLACK DIAMOND SMARTPHONE: $300,000
The body of this cell phone is made from titan and polycarbonate and spots a cutting edge mirror that finish cladding, adorned with diamonds. It’s designed by Jaren Goh. The cell phone itself is using an intel 400 Mhz processor, 4 mega pixel with 256 TFT screen. This cell phone was designed by Jaren Goh.


6. IPHONE PRINCESS PLUS: $176,400
Another design of Peter Aloisson. The name is coming from the princess shaped diamond cut that studded all over the casing. 138 diamonds out of 318 shaped in this style. The others is shaped in brilliant-cut pattern. This cell phone totally use 17.75 carats of diamonds and 18 Carats of white gold. This version of iPhone are sold for $176,400

7. VERTU DIAMOND: $88,000
Vertu diamond cell phone is featuring tiny diamond dotted all over the body and the keypad that carries eight carat of diamond. The body is created from finest platinum and underpinned with ruby bearings. It’s also equipped with similar ceramic originally intended for space shuttle. You have to provide $88,000 to own this cell phone. 200 cell phones of this model have sold worldwide.


8. MOTOROLA V220 SPECIAL EDITION: $51,800
This luxury cell phone is coming from Motorola cell phone producer. THe Motorolla Special v220 edition. It’s tagged for $51,800 and was designed by Peter Aloisson, Austrian designer. It’s pretty much feminine in looks. All features are standard except that this cell phone is studded with 1200 diamonds on the front panel as well as 18 carat gold is laid in the keyboard.


9. GOLD EDITION NOKIA 8800: $2,700
This cell phone is just like standard of Nokia 8800. Just the outlook casing of the cell phone is encased with gold. This casing will capture attention from the people around of course. It’s has a standard of a smart phone. Such as 62,000 color TFT (208 x 208) display screen along with a SVGA .5 MP camera. MMS, SMS, USB, Java, WAP, Infrared, Bluetooth and Edge connectivity are present. Other standard features like FM Radio, Mp3 Player, 64 polyphonic and Video Recording are also present.



10. NOKIA LAMBORGHINI 8800 SIROCCO: PRICE IS NOT PUBLISHED
This Lamborghini 8800 Sirocco cell phone has 3 bands GSM coverage so that it can be used in 5 continents. It’s just like usual mobile phone that it has internal memory, TFT display color and the camera. This cell phone is protected by scratch-resistant sapphire coated glass. I guess the things that made it expensive is the Lamborghini tag attached to this phone. It has a wallpapers, screensaver and ringtones and documentary video about Lamborghini

13/05/11

THE WORLD MOST EXTREAM RACE EVER

Tough Guy claims to be the world’s most demanding one-day survival ordeal.


First staged in 1986, the Tough Guy Challenge is held on a 600-acre (2.42 square km) farm in Perton, Staffordshire, near Wolverhampton, England, and is organised by Billy Wilson (using the pseudonym “Mr Mouse”). It has been widely described as “the toughest race in the world”, with up to one-third of the starters failing to finish in a typical year. After 24 stagings of the winter event, Wilson still claimed nobody had ever finished all the course according to his extremely demanding rules.


Enjoy watching! Just smile

FUNNY WEDDING

ROYAL WEDDING

ROYAL WEDDING