Maha Suci Allah, Tuhan Pentadbir dan Pemelihara Sekelian Alam. Gambar mayat yang tidak reput ini diambil pada 28/4/2004 yang lalu di Masjid Banggol, Pokok Sena, Kepala Batas, P. Pinang. Mayat ini adalah mayat seorang lelaki (Haji Mohsin) yang meninggal dunia akibat strok pada tahun 1987 dan arwah meninggalkan seorang isteri dan 4orang anak perempuan yang ketika itu masih kecil lagi.Alhamdulillah, kesemua anak-anak perempuannya berjaya (doktor, pharmacist dan lulusan Al-Azhar)dan isterinya, seorang surirumah, amat aktif dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal pelajar-pelajar perempuan Pondok Madrasah Khairiah Islamiah diPokok Sena dan sering memberi kelas agama kepada kaum-kaum ibu.Arwah meninggal dunia dalam lingkungan umur lewat 40 tahun dan beliau adalah seorang pegawai JAKIM yang amat merendah diri dan sentiasa menjaga kata-katanya.Kubur bersebelahan yang telah dikorek itu adalah untuk mak saudara yang meninggal pada hari tersebut. Mayatnya nampak sekerat badan sahaja dan sekerat lagi ditimbus tanah. Rupanya macam baru ditanam semalam dan daging danmuscle-muscle tangan dan kaki masih macam fresh lagi.Disebabkan malam sebelum tu hujan lebat, kain kapan mayat basah dan melekat di badan, so bolehlah nampak clear bentuk tubuh badan. Kain kapannya pun tak reput langsung cuma kotor sebab kesan dari tanah yang sedang dikorek. Hinggakan kain bantal kepala yang diisi dengan tanah pun masih elok lagi. Kalau dilihat pada gambar yang dilampirkan, di bahagian atas itu ialah kepalanya yang dilapik dengan bantal tanah.Mayat arwah disimpan tidak menggunakan keranda dan kain kapannya adalah kain biasa sahaja, nothing special or expensive.Kita bagaimana pula keadaanya di kubur nanti? Janji Allah tetap benar. Allah akan menjaga hamba-hambanya yang sabar, beriman, bertaqwa dan beramal salih.Sama-sama kita mengambil iktibar.
sakaratul maut
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut All! ah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.." WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.; Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yg haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya: 1) Merahsiakan ibadahnya. 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yg menimpanya. Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t. Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya. Wallahualam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan