KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Malaysia perlu bersiap sedia untuk menghadapi keadaan ekonomi dunia yang semakin tenat, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam Jumaat.
“Malaysia tetap akan terkena kesan ekonomi dunia sebab kita negara perdagangan dan ekonomi kita bergantung kepada eksport. Sekiranya rakan dagang kita menghadapi masalah ekonomi, eksport akan terjejas,” katanya semasa berucap di majlis Malam Anugerah Keusahawanan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur.
Beliau berkata Malaysia tidak boleh mendabik dada yang ia tidak mengalami kesan seteruk negara lain.
“Jika mereka miskin, kita juga miskin,” katanya, sambil mengingatkan para hadirin tentang pergantungan Malaysia terhadap negara lain.
Bagi menghadapi masalah ekonomi sekarang, beliau berkata Malaysia boleh menggunakan kaedah yang sama seperti ketika krisis kewangan 1997.
Pada masa itu, semua maklumat dan data dikaji dengan teliti dan dilihat perubahannya setiap hari, dan cara yang terbaik dipilih untuk mengatasinya.
Beliau juga mengingatkan rakyat Malaysia supaya jangan leka kerana negara sebenarnya belum pulih dari krisis kewangan 1997.
Untuk pulih dari krisis ekonomi, katanya akan mengambil masa yang lama.
“Kita belum betul-betul pulih dari krisis 1997 walau pun sesudah 10 tahun,” katanya, yang merujuk kepada nilai ringgit yang sekarang berada pada sekitar RM3.60 untuk setiap dolar AS berbanding dengan RM2.50 pada sebelum krisis 1997.
“Demikianlah. Walau pun sesudah lebih 10 tahun, keadaan (nilai) ringgit masih belum kembali seperti keadaan sebelum serangan mata wang 1997,” katanya.
Beliau menjangka negara barat seperti Amerika Syarikat juga tidak akan pulih walau pun (untuk) 10 tahun akan datang.
Beliau berkata pendapatan per kapita mereka yang tinggi tidak menggambarkan keadaan yang sebenar dan merupakan penipuan besar-besaran oleh peniaga mata wang mereka.
Keadaan Ekonomi Amerika pada waktu ini
Ingat tak entri Kenapa Duit Kita Menjadi Semakin Murah? Anggap entri ni sebagai sambungan kepada kisah kejatuhan ekonomi Amerika.
Selama beberapa minggu, pusat ekonomi Amerika iaitu Wall Street New York dibanjiri oleh orang ramai yang berdemo secara aman. Konsep demo mereka adalah mudah, mereka hanya beramai-ramai membanjiri Wall Street sebagai simbol bahawa ekonomi Amerika adalah kepunyaan rakyat, bukan bank pelaburan atau syarikat-syarikat besar.
Walaupun Amerika merupakan sebuah negara demokrasi terbesar, namun berita mengenai Occupy Wall Street langsung tidak kedengaran di media utama mereka. In fact, memang berlaku total blackout pada media terhadap demonstrasi ini termasuklah di Twitter di mana hashtag yang berkaitan dengan demonstrasi ini akan di-censor-kan oleh Twitter kerana bank JP Morgan US memegang saham Twitter sebanyak $400 juta. So much about free speech yang mereka banggakan selama ni..
Demonstrasi ini telah berlanjutan selama beberapa minggu dan semakin merebak ke bandar-bandar lain di seluruh US tapi tidak hairan sekiranya anda tidak mengetahui tentang perkara ini akibat daripada media blackout tersebut. Tak tahulah samada media di Malaysia menyiarkan tentang berita ini ataupun tidak, mungkin kerajaan Malaysia pun telah mengeluarkan arahan untuk tidak melaporkan berita ini kerana ingin menjaga hubungan dua hala dengan Amerika.
Kemelesetan ekonomi dunia bakal tiba. Ada yang mengatakan harga hartanah akan jatuh kerana dipercayai kebarangkalian harga hartanah jatuh apabila pasaran saham jatuhadalah 76.54%. Ada juga yang percaya (aku le tu.. hehe.. ) dalam masa 5 tahun akan datang, akan berlaku kenaikan mendadak pada harga emas dan perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan