EKONOMI DUNIA SEMAKIN TENAT
Keadaan ekonomi Amerika Syarikat kini berada dalam situasi tenat.
Dalam bahasa hospital ianya sudah berada di unit ICU.
Untuk rekod, Amerika adalah rakan dagang keempat terbesar Malaysia.
Sekiranya ekonomi Amerika merudum maka ekonomi Malaysia akan turut menjunam, mungkin lebih teruk dari Amerika.
Mari kita tengok apa yang sedang berlaku pada ekonomi terbesar dunia dan kuasa militer terkuat di planet ini.
Amerika yang dikenali sebagai 'land of opportunity' atau bumi pelbagai peluang kini sedang sarat dengan masalah yang amat getir antaranya peluang dan jaminan pekerjaan.
Kebanyakkan rakyat negara itu bergantung kepada pekerjaan untuk menyara hidup mereka.
Kini mereka berhadapan dengan keadaan di mana mereka kehilangan pekerjaan dengan begitu pantas sekali.
Sepanjang beberapa dekad lalu berjuta pekerjaan yang menjanjikan gaji yang lumayan telah dipindahkan ke negara asing. yang tinggal hanya pekerjaan sektor perkhidmatan yang bergaji rendah.
Kerajaan Amerika tidak menggalakkan sektor perniagaan kecil dan sederhana dan dengan kemasukan jutaan pekerja asing, pasaran pekerjaan bagi rakyat semakin mengecil apabila terpaksa bersaing dengan buruh luar.
Kuasa kewangan pula kini berada di dalam tangan korporat yang besar ataupun kerajaan sendiri.
Ini berbeza dengan sistem kapitalis yang diasaskan oleh generasi kemerdekaan dahulu di mana kuasa kerajaan dan perniagaan besar adalah terhad dan sebaliknya perniagaan kecil dan sederhana digalakkan dalam suasana pasaran bebas.
Kini persaingan untuk pasaran pekerjaan amat hebat. bulan lepas lebih 17,000 orang memohon untuk 600 jawatan kosong kilang pemasangan Ford di Louisville. nisbahnya ialah 27 pemohon untuk setiap jawatan kosong.
Lebih malang jawatan yang direbut hanya membayar upah USD15 (RM43) sejam.
Carta pertumbuhan pekerjaan dalam sektor perkhidmatan menunjukkan sektor ini telah berkembang enam kali ganda sejak 1940 manakala sektor pengilangan semakin mengecut.
Dalam konsep ekonomi kekayaan sebenar hanya boleh diwujudkan melalui pembuatan barangan atau hasil yang dikeluarkan daripada bumi.
Jadi di Amerika kini import sumber asli lebih tinggi daripada eksport sementara aktiviti pengilangan juga merosot.
Ini bermakna Amerika kini lebih miskin kerana aliran wang masuk lebih kecil daripada aliran wang keluar.
Beban hutang juga semakin meningkat.
Kadar pengangguran sudah mencapai tahap yang amat membimbangkan dan jumlah pekerja yang ditakrifkan sebagai miskin sudah tidak terkira ramainya.
Kadar pengangguran kini dianggarkan mencapai 23% atau jumlah ke 68 terbesar di dunia.
Hanya 47% peratus sahaja rakyat Amerika yang benar-benar mempunyai pekerjaan sepenuh masa.
Tahun lalu, 19.7% daripada keseluruhan rakyat Amerika yang mempunyai pekerjaan sepenuh masa tidak mampu melepasi garis kemiskinan bagi keluarga seramai empat anggota walaupun mereka bekerja sepenuhnya sepanjang tahun tersebut.
Bayangkan bagaimana keadaannya jika anda bekerja keras sepanjang tahun namun keluarga anda terus berada dalam kemiskinan.
Pada tahun 1980 kurang 30% daripada jumlah pekerjaan di Amerika adalah yang bergaji rendah tetapi kini ia meningkat kepada 40%.
Mengapa keadaan ini berlaku?
Ia berlaku kerana sektor korporat berpendapat mereka boleh mendapat keuntungan yang lebih lumayan sekiranya telah memindahkan mereka mengajikan pekerja dengan bayaran yang lebih rendah.
Hasilnya Amerika kehilangan 32% pekerjaan dalam sektor pengilangan kepada negara asing sejak tahun 2000 serta lebih 42,000 kilang terpaksa ditutup sejak 2001.
Situasi ini juga telah mewujudkan tahap kemiskinan yang tidak pernah dibayangkan di amerika sebelum ini.
Di negeri Alabama umpamanya, kira-kira 1/3 penduduknya hidup atas kupon makanan.
Rakyat telah putus harapan.
Hanya 26% yakin kerajaan presiden Barack Obama mampu memperbaiki keadaan ekonomi.
39% rakyat percaya negara mereka kini menuju krisis ekonomi yang tidak ada jalan pulang.
Taufan ekonomi sedang melanda Amerika dan tidak ada apa-apa yang rakyat mampu lakukan untuk mencari perlindungan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan