Umum mengetahui bahawa 90% factor sesuatu penyakit itu berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang dan kurang tahap kualitinya. Kementerian Kesihatan serta Pakar Pemakanan telah meneliti beberapa punca serta mengenalpasti faktor utama yang disumbangkan oleh pemakanan yang tidak dijaga dengan betul dan menjadi penyebab kepada penyakit kanser payudara.
Statistik menunjukkan 35% penyakit kanser berpunca daripada pemakanan sehingga tahun 2001 dan sehingga tahun 2007 telah dikenalpasti punca daripada pemakanan telah menyumbang kepada 80%.
Selain faktor pemakanan, faktor merokok serta kurangnya aktiviti senaman turut menyumbang sekurang-kurangnya 30%.
Jenis pemakanan yang dinasihatkan PERLU DIKURANGKAN.....
- Pengambilan lemak tepu yang berpunca daripada lemak haiwan dan minyak kelapa yang berlebihan seperti;
· Keju / mentega
· Susu
· Makanan bergoreng dengan kuantiti minyak yang banyak
· Telur
- Pengambilan protien daripada haiwan
· Daging
- Pengambilan makanan kurang serabut yang tinggi
Jenis pemakanan yang dinasihatkan PERLU DILEBIHKAN.....
- Memakan sayuran yang dimasak dengan kuantiti sekurang-kurangnya 30 -35% sehari
- Memakan buah-buahan segar pada setiap waktu makanan dihidang
- Mengurangkan kadar jenis-jenis makanan yang perlu dielakkan pada kadar 15%
- Mengambil makanan seperti bijirin dan kekacang pada kadar 20%
PENTING!!!!
Awasilah kadar serta tahap kesihatan seperti kandungan asid lemak, gula dan kolesterol didalam badan... Penyeliaan serta pengawasan yang konsisten dan terjaga mampu mengurangkan serta mengelak sel-sel kanser ini dari terus membiak dengan aktif......
Untuk lebih informasi sila layari website : www.radiologymalaysia.org / www.infosihat.gov.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan