SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
~selamat datang ~

24/02/12

PERANCANGAN NWO TERHADAP MALAYSIA

Dr Mahathir dakwa Amerika mahu Anwar jadi PM untuk iktiraf Israel.
Sejauhmanakah benarnya dakwaan ini?


Kita tidak peduli siapa yang memerintah negara asalkan negara ini akan terus selamat dari campur tangan zionis (melalui USA) dan sudah tentulah Islam menjadi fokus utama. Jika Islam dan Melayu akan dikorbankan demi keinginan perubahan tampuk, ia amatlah tidak bernbaloi. Pengorbanan yang cukup sia-sia malah merugikan. Ada yang berpandangan bahawa apalah salahnya kita cuba menukar pemerintah dan lihat samaada ia boleh lakukan perkara yang lebih baik dan andainya ia gagal, kita kembali semula kepada pemerintah sedia ada. Adakah ia wajar?

Bolehkah permintaan ini dimakbulkan hanya atas niat untuk "mencuba"? Selangor telah mencubanya, lihatlah hasil nya sekarang. Adakah ia lebih baik dari sebelumnya? Membangunkah Selangor melebihi zaman pemerintah sebelumnya? Adakah syariat Islam kembali bersinar lebih cemerlang dari masa lalu? Bertambah majukah Bangsa Peribumi berbanding bukan Peribumi? Anda akan dapat menilai kejayaan pertukaran regim ini dengan mengambil contoh Selangor yang semakin lintang pukang. Tiada sebarang kelebihan yang mampu ditunjukkan oleh regim baru ini selain retorik dan janji yang tak tertunai. Banyak sektor menjadi lebih buruk dari sebelumnya.
 
Anda perlu jawab soalan ini dengan ikhlas. Perlukah Putrajaya diperjudikan hanya ingin merasa perubahan yang belum tentu dapat membaiki apa yang ada? Cukuplah dengan memberi peringatan kepada pemerintah sekarang untuk lakukan pembaikan dari terus meminggirkan mereka. Kita mesti ingat. jasa sumbangan mereka membangunkan negara selama 50 tahun telah diiktiraf dan mengkagumkan dunia walaupun tidak sebaik beberapa negara lain. 

Cukuplah menghukum mereka dengan undi protes 2008 sebagai satu peringatan kepada pemerintah supaya bertindak segera membuang seterusnya membendung unsur negatif yang wujud dalam anggota pentadbirannya. Pembangkang pula wajar melakukan tugas dengan baik dan jujur memperbetulkan mana yang silap. Kenapa harus mengejar sesuatu yang belum pasti seolah "Membuang air di tempayan semata-mata mendengar bunyi guruh di langit"? jangan nanti "Seperti Luncai terjun dengan labu-labunya". Ingatlah "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna".

Saya tertarik dengan penulisan mantan PM yang masih disegani kawan dan lawan (TDM). Beliau telah mengupas persoalan masa depan negara jika berlaku pertukaran regim. Kita wajar berfikir sebagai orang yang telah dewasa. Setelah mengetahui permainan THH mencorakkan dunia bagi mencapai hasrat New World Order. Matlamat mereka jelas, menwujudkan satu pemerintah, satu agama dan satu carahidup. Kita perlu sentiasa berwaspada. Jangan ambil mudah setiap apa yang muncul dihadapan mata dan ingatlah mereka sudah berada di penghujung perancanga NWO tersebut dan kita sedang cuba dimangsakan. Islam juga akan cuba dihapuskan untuk memberi laluan kepada penganutan satu agama baru (liberalisma pluralisma) yang bertunjangkan hawa nafsu. Siapakah tuhan mereka jika bukan Dajjal?
 
Jika kita teliti, TDM juga sebenarnya mempunyai wawasan untuk membangun dan memertabatkan Islam di Malaysia tanpa diketahui ramai. Sebab itu dia berusaha sedaya upaya untuk meletakkan DSAI sebagai penggantinya sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati sebahagian dari penyokong setianya. TDM tetap berkeras dan terus mempertahankan DSAI dalam setiap perkara. DSAI terus dibantu dan diberi laluan mudah untuk segera menuju puncak. Diberikan pula porfolio penting (kewangan) walaupun dia tiada kepakaran dalam bidang tersebut. Membenarkan DSAI membawa masuk ramai dari orang-orangnya terutamanya dari ABIM ke dalam kerajaan. 
 
Memandangkan DSAI telah dipecat akibat sesuatu yang kita semua tahu terutama campurtangan Soros dan organisasi Yahudi Amerika, TDM masih lagi memilih bakal penggantinya seorang yang berwajah Islam, anak seorang tuan guru berkelulusan agama dari Universiti Malaya, TAAB. Perlantikan DSAI dan TAAB bukannlah satu kebetulan tetapi atas hasrat TDM untuk mempertahankan Islam dalam pemerintahannya. 



Kegagalan wawasannya ini tentu sekali mengecewakannya. DSAI terlibat dengan perilaku luar jangka dan hubungannya dengan Yahudi Amerika sementara TAAB pula tidak mampu meneruskan corak pemerintahan dinamik yang ditinggalkannya. Hubungan baik TAAB dengan DSAI (mereka ada sejarah hubungan peribadi yang panjang) juga semakin terserlah, ini juga turut mendukacitakannya. Kita kena akuinya walaupun pahit. Inilah suka duka TDM yang tidak pernah diperkatakan.
Kegagalan wawasannya ini tentu sekali mengecewakannya. DSAI terlibat dengan perilaku luar jangka dan hubungannya dengan Yahudi Amerika sementara TAAB pula tidak mampu meneruskan corak pemerintahan dinamik yang ditinggalkannya. Hubungan baik TAAB dengan DSAI (mereka ada sejarah hubungan peribadi yang panjang) juga semakin terserlah, ini juga turut mendukacitakannya. Kita kena akuinya walaupun pahit. Inilah suka duka TDM yang tidak pernah diperkatakan.

Setelah bersara dan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada penggantinya, baharulah kita sedari bahawa mantan PM ini amat istimewa dan berwibawa. Padanlah dia masih dianggap PM terbaik pernah lahir di kalangan Dunia Ketiga. Masyarakat luar telah menerima dia sebagai negarawan terbilang dan menganggap kita Malaysia amat beruntung pernah mempunyai pemimpin sepertinya. Namun kita tersalah tafsir hanya kerana berbagai hasutan halus USA dan kuncunya. TDM merupakan musuh utama USA dari kalangan pemimpin negara membangun kerana keberanian dan kelantangannya. Pemimpin negara lain begitu takut dengan USA tetapi tidak bagi TDM. Secara jujurnya saya ingin memohon maaf atas ketelanjuran saya kepadanya. Semoga mesej ini akan sampai ke pengetahuannya.
Kita lihat pula ulasan seorang rakan yang sependapat dengan saya mengenai situasi semasa dan masa hadapan negara yang semakin genting. Malaysia in the eye of Dajjal.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu tulisan terbarunya mendakwa Amerika Syarikat mahu melakukan penukaran regim di Malaysia yang apabila ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri dan mewujudkan hubungan diplomatik dengan Israel.

Kata Dr Mahathir, jika itu terjadi sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia.

“Memang pun Malaysia menjadi calon untuk “regime change” kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat,” kata Dr Mahathir dalam tulisan terbaru di blog peribadinya.
Menurut Dr Mahathir, pelobi yang amat berkesan di Amerika ialah orang Yahudi dan “ramai dari kawan-kawan Anwar di Amerika seperti Paul Wolfowitz, Cohen dan lain-lain adalah dari kumpulan neo-con yang mencipta dasar penaklukan dunia oleh Amerika (Project for the new American Century)”.

“Anwar pula ternampak jelas menganggap sokongan Amerika boleh menjayakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.. Oleh itu Anwar memberi gambaran bahawa ia adalah seorang liberal yang terima dan sokong konsep-konsep kebaratan seperti hak asasi manusia, kebebasan dalam serba-serbi, sikap anti-kroni dan rasuah kononnya, penolakan DEB yang dikatakan menindas kaum tertentu di Malaysia dan bermacam lagi yang boleh mendapat pujian dan sokongan oleh Amerika.

Ia cukup berjaya kerana Amerika anggap Anwar amat layak untuk melaksanakan “regime change” di Malaysia.” tulisnya.-13/2/2012

Di bawah kami siarkan tulisan penuh Dr Mahathir yang bertajuk ‘regime change’.

1. Amerika Syarikat bersama dengan negara-negara Eropah lain dan juga Israel berhajat untuk melakukan “regime change”, iaitu menukar kerajaan-kerajaan negara-negara di dunia yang tidak menyokong mereka.

2. Mereka akan melakukan “regime change” ini melalui pelbagai cara. Di Iraq mereka melaksanakan “sanction” sekatan dagangan pada mulanya dan kemudian berperang dengan Saddam Hussein untuk menukar kerajaan Iraq. Dan mereka berjaya.

3. Mereka juga cuba menukar kerajaan Iran dengan menghasut dan membantu Iraq untuk berperang dengan Iran. Usaha ini gagal. Hari ini mereka masih mencuba dengan menyekat negara-negara di dunia daripada membeli minyak Iran.

4. Perancangan dibuat untuk menukar kerajaan Syria menggunakan berbagai-bagai sekatan kewangan dan dagangan, serta membantu pemberontakan melawan Kerajaan Syria. Usaha ini sedang diteruskan.

5. Di negara-negara Arab apabila ada pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan, Amerika dan Eropah memberi bantuan wang dan senjata, bahkan melancarkan serangan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh mereka.

6. Di Chile dahulu, Presiden Allende yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi, dibunuh oleh agen-agen Amerika supaya Jeneral Pinochet yang disokong oleh Amerika dapat menjadi Presiden. Amerika lebih suka seorang diktator yang ganas daripada pemimpin yang demokratik jika ianya tidak sokong Amerika.

7. Dimana-mana sahaja Amerika dan Eropah memberi bantuan mengguna media mereka untuk memburuk kerajaan tertentu supaya rakyat digerak untuk mengguling kerajaan yang tidak berbaik dengan Amerika dan Eropah.

8. Di Indonesia sokongan diberi kepada tenteranya untuk menjatuhkan Sukarno. Kemudian pelbagai jenis tekanan diguna untuk menjatuhkan Presiden Suharto.

9. Dimana sahaja kita lihat Amerika bersama Eropah dan Israel, tidak berhenti-henti mencuba menjayakan “regime change” supaya dapat mereka kuasai semua negara di dunia.

10. Apakah Malaysia tidak menjadi sasaran untuk “regime change”? Memang pun Malaysia menjadi calon untuk “regime change” kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.

11. Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.

12. Anwar pula ternampak jelas menganggap sokongan Amerika boleh menjayakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu Anwar memberi gambaran bahawa ia adalah seorang liberal yang terima dan sokong konsep-konsep kebaratan seperti hak asasi manusia, kebebasan dalam serba-serbi, sikap anti-kroni dan rasuah kononnya, penolakan DEB yang dikatakan menindas kaum tertentu di Malaysia dan bermacam lagi yang boleh mendapat pujian dan sokongan oleh Amerika. Ia cukup berjaya kerana Amerika anggap Anwar amat layak untuk melaksanakan “regime change” di Malaysia.


13. Pelobi yang amat berkesan di Amerika ialah orang Yahudi. Ramai dari kawan-kawan Anwar di Amerika seperti Paul Wolfowitz, Cohen dan lain-lain adalah dari kumpulan neo-con yang mencipta dasar penaklukan dunia oleh Amerika (Project for the new American Century).

14. Demikian apabila Anwar dihadapkan di mahkamah kerana tuduhan liwat, mereka mengecam Malaysia kerana kononnya menghalang cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sudah tentu jika Anwar tidak dapat menjadi Perdana Menteri maka gagallah rancangan “regime change” Amerika.

15. Tidak hairanlah kenyataan Anwar bahawa ia menyokong segala tindakan untuk keselamatan bagi Israel. Sudah tentu ini akan menarik sokongan Amerika dan media mereka. Orang Palestine tidak boleh menolong Anwar.

16. Melihat sokongan Amerika kepadanya Anwar Ibrahim adalah calon Amerika untuk melakukan “regime change” di Malaysia dengan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Amerika terhadap Iran dan beberapa negara lain.

17. Adalah menjadi harapan Amerika, apabila “regime change” berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestine. Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia.

Tok Misai Gondrong Memang benar kata Tun Dr Mahathir, Malaysia tak boleh lakukan kesilapan yang memungkinkan kehilangan status sedia ada. Islam juga akan ikut hancur jika ini berlaku walaupun PAS dan DSAI mencuba untuk nafikannya dengan berbagai helah. Malangnya pendedahan seperti ini tidak difahami oleh masyarakat desa. Apapun mereka yang berpelajaran dan berminda terbuka pasti dapat memahami message ini dengan jelas.
Nama-nama NGO yang berpusat di Amerika Syarikat seperti the International Republican Institute, the National Democratic Institute and Freedom House bernaung di bawah nama Hak Asasi Manusia terlibat di dalam 'Arab Spring' yang menghancurkan kestabilan politik negara-negara Arab tetapi amat diagung-agungkan oleh Anwar Ibrahim.

Beliau begitu mengharapkan 'Arab Sring' berjangkit di Malaysia tetapi malangnya usaha beliau tidak diendahkan oleh majoriti rakyat Malaysia yang masih berpegang kepada demokrasi dan undi semasa pilihanraya.

Apa itu IMF minion?

Yang mengejutkan ialah kenyataan bahawa terdapat bukti bahawa NGO luar negeri ini cuba memperodak-perandakan kerajaan Malaysia yang memenangi pilihanraya-12 dan melantik Anwar Ibrahim.

Yang lebih mengejutkan ialah Anwar Ibrahim dilabel sebagai 'minion' IMF. Maksud 'minion' ialah 'pengikut tegar yang berkhidmat kepada tuan beliau'
 
 
 

3 ulasan:

Wan Solehah al-Halbani berkata...

Salam,

1. Mahathir adalah agen dan talibarut Yahudi. Mahathir dipimpin oleh H. Kesinger. Mahathir melakukan tabik hormat kpd Pope di The Vatican. Puak kafir Barat puji Mahathir kerana dia amat cemerlang dalam merosakkan kita. Renongkanlah - DEB dihapuskan. Bahasa Melayu dipinggirkan. Keling kafir dan Cina kafir di bawa masuk ke Malaysia dan diberi kerakyatan. Akta pelajaran 1961 dihapuskan dan akta pelajaran 1996 yg baru yg tidak lagi pro-Melayu diwujudkan. Ini semuanya adalah kerja Mahathir yg cemerlang untuk Yahudi.

2. Sikap Mahathir yg anti-Amerika dan Yahudi adalah sandiwara sahaja. Iran adalah agen Yahudi. Iran yg bermusuh dgn Amerika adalah sandiwara juga.

3. Mahathir dan Anwar muncul sebagai pemimpin-pemimpin adalah kerana Yahudi.

4. PR akan menang pru 13 kerana polis dan militeri sedang giat membantu mereka. Polis dan militeri tidak berada di bawah kerajaan Malaysia tetapi di bawah Yahudi.

5. PPSMI masih kekal. Di bawah PR nanti, agenda Islam dan Melayu akan diketepikan dan kemudian langsung akan hilang. Ini adalah pelan Yahudi untuk memurtadkan kita, dan pada 2065 nanti mereka bercadang untuk memberi kemerdekaan yg sebenar kpd kita sekali lagi, iaitu setelah Malaysia jadi majoriti kafir.

6. Malaysia sejak dulu dan kini sedang berada di bawah Yahudi - sistem neo-colonialism. Kita tak pernah merdeka pun!

7. BN adalah milik Yahudi dan PR adalah juga milik Yahudi! Raja-Raja Melayu dan para pemimpin kita serta NGO-NGO yg besar kesemuanya adalah freemason dan talibarut Yahudi.

8. Analisa sdr mengenai Malaysia, Mahathir dan Anwar adalah amat jauh tersasar!

Sekian, terioma kasih.


Wan Solehah al-Halbani

Lubok Terua, Temerloh, PAHANG DM

Tanpa Nama berkata...

Komen kurang cerdik..jauh tersasar..memalukn

Tanpa Nama berkata...

tkde sapa yg terlepas dpd yahudi

dunia dikuasai mereka

dekatkn diri dgn allah..minta bantuanNya

apa lg yg tinggal