Atas satu soalan yang sebenarnya kerap ditanyakan - kenapa bantu penduduk Palestin yang jauh itu sedangkan ramai lagi umat Islam di Malaysia yang susah.
Saya ...kongsikan jawapan semuga bermanfaat untuk semua.
------------------------------ ------------------------------ ------------------
Wa alaikum salam, isu ini sudah lama diperjelaskan. Kita kena lihat dari sudut akidah, bukan sahaja dari sudut tuntutan ukhuwah Islam atau kemanusiaan semata-mata. Jika dilihat dari sudut ukhuwah Islam, memanglah keutamaan diberikan kepada saudara Islam yang dekat. Pun begitu saudara Islam yang jauh tidak bolih diketepikan terutama jika bencana yang menimpa saudara Islam itu begitu besar untuk ditangani oleh jiran atau saudara Islamnya yang terdekat. Ini sangat tepat dengan contoh Palestin dimana mereka di kepung dan dijajah sejak 65 tahun yang lalu. Diusir dari kampung halaman dan diperangi berterusan sejak tahun 1948 di bawah hidung PBB. Bencana yang amat besar ini menuntut pembelaan dari seluruh umat Islam.
Isu Palestin sebenarnya lebih besar dari isu ukhuwah Islam. ia isu yang melibatkan tanah suci umat Islam dgn pelbagai kelebihan. Kiblat pertama, bumi isra', bumi para Nabi, dan bumi barokah. Kesemua attribut ini adalah bukti bahawa ia adalah isu yang wajib ditangani oleh umat Islam di manapun mereka berada. Tanah suci baitul Makdis adalah menyamai status tanah suci yang dua di Mekah dan Madinah. Baitul Maqdis diancam dengan penukaran wajah dari wajah Islam kepada wajah Yahudi melalui proses pengyahudian yang sistematik. saudara kita di sana berada di barisan depan mempertahankan masjid al Aqsa dan Tanah suci kita, Mereka syahid bagi pihak seluruh umat Islam. Jadi kita berhutang dengan mereka kerana telah memikul tanggungjawab kita semua. Jadi kita bantu mereka bukan sekadar mereka miskin. Bahkan mereka tidak meminta kita membantu mereka atas dasar keperluan makanan atau pakaian semata-mata. Mereka berjiwa besar dan cukup sekadar apa yang ada utk meneruskan perjuangan. Tetapi kita bela dan bantu mereka agar mereka mempunyai kekuatan yang cukup untuk menghadapi musuh kita bersama bahkan musuh kemanusiaan - sebab itu masyarakat di barat (Eropah dan US) sanggup mati membela rakyat Palestin. Kepekaan mereka begitu tinggi terhadap penderitaan dan kezaliman yang ditanggung oleh rakyat Palestin. Jadi jangan guna neraca miskin bila bercakap ttg membela rakyat Palestin. Kita bantu mereka kerana kewajipan kita untuk berjihad, bukan menganggap mereka sebagai asnaf masakin dan faqir yang berhak menerima wang zakat dan bantuan belas ehsan kita semata-mata.
Saya ...kongsikan jawapan semuga bermanfaat untuk semua.
------------------------------

Tiada ulasan:
Catat Ulasan