SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
~selamat datang ~

21/11/13

AHMAD AMAR -NAWAITU IBU BAPANYA






Kami menghantar anakanda kami ke bumi Al-Fateh bagi mempersiapkannya untuk umat. Rupa-rupanya Allah mempsiapkannya... untuk-NYA.

                                  ******************************************

Sejujurnya apabila anakanda Ahmad Ammar bertanya padaku: "Nanti habis belajar dah balik nanti Ammar nak jadi apa ya mak?", tiada jawapan khusus yang dapat ku berikan melainkan "Abah emak hantar Ammar ke Turki agar dapat berkhidmat untuk umat. Nak jadi apa balik nanti tu memang emak tak boleh nak jawab . Emak sendiri tak ada jawapannya. Yang penting sekarang ni adalah menggali sebanyak ilmu & pengalaman yang mungkin di university (sejarah uthmaniyyah dll). Di madrasah Hayrat (mengkaji Risalah An-Nur, mahirkan tulisan jawi Uthmaniyyah, habiskan hafazan)Mengembara, enjoy, go swimming, etc etc.... insya-Allah, Allah akan aturkan segalanya untuk Ammar nanti...."
 
                                ******************************************


Mengapa kami hantar Ahmad Ammar ke Turki, bukan ke Barat. Tika menyampai ucapan di Majlis Memperingati Ahmad Ammar di Marmara Universiti dan dengan warga pelajar dan rakyat Malaysia di Istanbul, aku mengatakan kerana Surah Ar Rum surah ke 30 dlm Al Quran bicara soal Constantinople, bukan di Itali, kerana Abu Ayub al Ansari, Jalaluddin Rumi, Muhammad al Fatih, Khilafah Uthmaniyyah, Said Nursi, PM Erdogan. Belajarlah di Turki.

                               *****************************************

"Ku nawaitukan anak ku ini untuk Allah dan Rasul-NYA...."
Subhanallah, AlhamduliLlah, Allahu Akbar! Tiada ku duga pemergian Ahmad Ammar telah menghidupkan begitu banyak jiwa. Aku merasa begitu kerdil tika di tanyakan apa formula bagi mempersiapkan Ammar sebegitu rupa! Jujur aku katakan, sumbangan aku terlalu sedikit. Sekadar meletakkan visi dan misi yang aku impikan kepadanya. Rupanya, apabila ku nawaitukan anakku ini untuk Allah dan Rasul-NYA, perancangan Allah berjalan dengan cara yang tiada mampu untuk aku membayangkannya. Apalagi untuk memahaminya. Pemergian Ammar mengajar aku banyak perkara mengenai KEBESARAN ALLAH ! Terima kasih Ya ALlah

                              *****************************************

Berikut merupakan lafaz ayanhanda arwah Ammar setelah video bertajuk : Ammar dlm Kenangan" mencapai hit 1 juta didalam You tube :



AllahuAkbar! Siapa sangka cerita Ahmad Ammar telah melepasi 1 juta pengunjung di YouTube. Aku hampir tidak percaya! Ammar telah mengajak ribuan orang, baik yang muda, atau ibubapa, untuk kembali kepada Allah seutuhnya. Bukan secara separuh hati ataupun hanya apabila ada kepentingan duniawi. Ammar telah mengajar kita, kematian itu adalah permulaan suatu kehidupan abadi.
Inilah agaknya hasil dari nawaitu ku ketika meletakkan syarat kepada bonda Ammar, Nur Azlina jika ingin berkahwin dengan ku. Aku mengatakan bahawa aku adalah seorang pendakwah, milik umat, & ingin membina sebuah keluarga yang bersifat "dakwah centric". Aku katakan kepadanya bahawa aku akan sentiasa berada di lapangan melakukan kerja dakwah, maka beliau harus "independent" dalam ertikata mampu menjaga hal ehwal rumahtangga terutamanya menjaga anak-anak tanpa bergantung kepada ku. Dia pasrah & bersetuju akan syarat ini. Alhamdulillah.
Ku ulangi lagi, tidak banyak yang aku lakukan dalam mendidik Ammar sehingga jadi begini. Namun aku yakin akan p
ertolongan Allah taala yg akan menjaga keluargaku jauh lebih baik dari kemampuan diriku seandainya aku terus istiqamah dalam perjuangan dakwah. Apa yang aku lakukan adalah merancang Ammar untuk Ummah & sebagai anak yang taat, beliau akur & pasrah. Inilah agaknya yang menjadikan Ammar sebagai pencetus kesedaran baru kepada generasi muda untuk "serious" menjadi orang Islam.

Allah jualah Yang Maha Tahu.































 
 
                               ***********************************************
~ Nukilan Tuan Haji Ahmad Azam ~
 
WAWASAN UMMATIK UNTUK Ahmad Ammar :

Sebenarnya ilham untuk sebuah wawasan Ammar datang bukan sedari kecil. Ianya datang ketika Ammar sudah memasuki Royal Military College. Tika itu aku sering ke Turki memimpin rombongan WADAH Wadah Pencerdasan Umat untuk menyertai sambutan pembukaan Kota Constantinople( sekarang Istanbul) oleh Sultan Muhammad al Fatih pada setiap 29 Mei. Di samping itu rombongan ...juga akan menyertai Simposium (Tahunan) Badiuzzaman Said Nursi (anjuran jamaah Hayrat Vakfi), seorang tokoh Mujahid Dakwah penyelamat aqidah bangsa Turki.

Sejak itu lah aku sering menanamkan wawasan ku agar Ammar harus meneruskan pelajarannya ke Turki. Tapi ku katakan, bukan bidang Sains, tetapi bidang sejarah Uthmaniyyah. Ammar musykil. Katanya Ammar kan bidang Sains, selalunya akan ke bidang perubatan dan berkaitan dengannya. Aku katakan, bidang ini amat penting untuk umat kerana sejarah hebat Khilafah Uthmaniyyah ingin dipadamkan oleh Barat dari ingatan umat Islam. Turki sentiasa diberikan gambaran negatif yang sarat dengan momokan saperti 'The sick man of Europe' serta Khilafah yang sarat dengan 'Harem' atau gundik-gundik Khalifah.

Aku katakan kepada Ammar bahawa Khilafah Uthmaniyyah perlu di kaji dari perspektif Islam dan mesti dijadikan inspirasi kepada umat mendatang. Walaupun aku tahu Ammar tidak begitu faham ketika itu, tetapi aku sentiasa menerapkan wawasan ini disetiap kesempatan.

Bersambung......

Tuban, Jawa Timur. 25/11/13
 
WAWASAN AKHIRAT UNTUK AMMAR:

Aku begitu kagum dengan perjuangan mempertahankan aqidah Islam oleh Imam Badiuzzaman Said Nursi ketika Turki dipaksa menganut faham Sekularisme melampau sejak kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah. Tulisan Arab Uthmani (Osmanlica) ditukar ke tulisan rumi bagi memutuskan sebarang kaitan Turki moden dengan sejarah keagungan Khilafah Uthmaniyyah. Agama Islam dianggap sebagai m...usuh agenda pembangunan Turki.

Tika itu Imam Badiuzzaman Said Nursi berjuang mempertahankan aqidah umat dengan menulis Risalah an Nur sebuah kitab tafsir Al-Quran bersifat maudhu'i dan tauhidik bagi memberi perangsang kepada umat Turki untuk terus tetap mempertahankan Islam hatta sanggup berkorban nyawa sekalipun.

Memang banyak Jamaah yang memperjuangkan pemikiran Imam Badiuzzaman Said Nursi melalui Risalah an Nur, tetapi aku memilih Jamaah Hayrat untuk Ahmad Ammar kerana setelah ku selidiki jalur perjuangan dan kepemimpinannya jelas dari amanah dan wasiat Imam Badiuzzaman Said Nursi. Hoca (baca Hoja) Said Nuri yang memimpin sekarang menyambung amanah dari Hoca Ahmet Husrev Effendi yang terdahulu menerima amanah dari Imam Badiuzzaman Said Nursi.

Aku masukkan Ammar mengikuti Madrasah Jamaah Hayrat di Malaysia sebaik saja tamat peperiksaan SPM untuk mengikuti pengajian Risalah an Nur dan belajar Bahasa Turki. Jamaah Hayrat menekankan soal tauhid, akhlak dan khidmat untuk Islam. Tingkat yang paling tinggi di kalangan ahlinya ialah mewaqafkan diri seluruhnya untuk Islam.

Juga Jamaah Hayrat mementingkan untuk mempelajari tulisan Arab Uthmani agar setiap pelajarnya dapat menggali semula khazanah Uthmaniyyah yang tidak mampu lagi dibaca oleh Generasi muda Turki.

Inilah wawasan akhirat ku untuk Ammar. Beliau telah melaluinya dengan amat cemerlang sekali sehingga dipanggilmsegera oleh ALlah ta'ala ke pangkuanNYA kerana kesungguhannya mendekati ALlah ta'ala.

Bersambung.....

Surabaya, Jawa Timur 26/11/2013.
with Nur Azlina

 

Tiada ulasan: