Tulisan:Abu Akhyar Al-Qudsi
Terima kasih atas perkongsian bermakna ini. Memang benar apa yang dicatatkan. Ammar telah tinggal di madrasah Hayrat Vakfi sejak Februari 2011 iaitu sewaktu sedang menunggu keputusan SPM. Telah mula belajar bahasa Turki serta mentelaah kitab Risalah AnNur serta tulisan jawi Othmani.
Nampaknya saya masih lagi gagal menahan perasaan daripada berhenti menulis mengenai arwah Ammar.
Ramai sekali yang masih hairan dengan fenomena Ammar. Saat selepas kematian arwah sangat luar biasa sehinggalah saat akhir pemakaman jenazahnya. Luar biasa bagi seorang yang berumur 20 tahun, yang belum habis mengenali dunia dan di saat dunia juga tidak mengenalinya.
Kali ini saya menulis mengenai pembentukan Ammar di Madrasah Hayrat Vakfı, kerana kami di Turki sama2 di bawah penjagaan Hayrat. Pelajar Madrasah Hayrat ada trademark tersendiri. Kalian boleh lihat di dalam video, mereka memakai kopiah hijau, dan berserban putih.
(* Hayrat bermaksud Yayasan)
Ada dua kunci yang boleh di ambil iktibar untuk kita semua, agar turut disayangi penduduk langit dan bumi, iaitu:
1) Menjaga hubungan dengan Allah
2) Menjaga hubungan dengan manusia.
Pelajar2-pelajar Malaysia di Turki di bawah penjagaan Hayrat dan tidak tinggal di asrama kerajaan, walaupun pelajar tersebut mendapat biasiswa kerajaan Turki. Namun ramai juga memilih tinggal di asrama kerajaan atas alasan kebebasan. Kami di Hayrat tinggal di madrasah-madrasah mereka. Oleh itu penjagaan di bawah Hayrat lebih rapi dan sempurna daripada aspek pengisian ruhani, jasmani dan aqli, di samping persediaan akademik di Universiti.
Di Madrasah, kami pelajar Malaysia dan İndonesia lebih disayangi dan dihormati berbanding pelajar dari negara lain, mungkin faktor kelembutan watak ketimuran, dan kami tidak banyak melawan atau memberontak. Ammar lebih disayangi kerana dia yang paling tidak melawan. Seburuk-buruk perangai orang Arab tetap menghormati Ammar. Pernah ada seorang Arab yang kasar dan kurang disukai, kaki gaduh yang keperibadiannya baru hendak dibentuk oleh Hayrat, satu-satunya orang yang dia senang ialah Ammar. Menakjubkan. Vakif-vakif daripada Hayrat kalau nak cari pelajar Malaysia pun mereka tetap cari Ammar, dan jarang sekali mencari pelajar lain terlebih dahulu.
Di Madrasah, ada rutin-rutin yang tidak didapati di asrama kerajaan. Waktu siang semua sibuk di Universiti masing-masing dan aktiviti-aktiviti lain. Waktu malam akan ada pengajian risalah an-Nur, solat berjamaah, dan rutin-rutin lain ialah menulis Risalah an-Nur di dalam tulisan Uthmaniah. Antara rutin-rutin yang baik lagi ialah solat sunat qobliah dan ba'diah sudah seperti menjadi rutin tetap seperti solat fardhu. Begitu juga solat2 tahajjud seperti sudah menjadi seperti solat fardu. Di madrasah ini hubungan dengan Allah dititikberatkan lebih daripada segalanya. Alangkah bahagia saat akhir kematian di dalam suasana ini.
Semua ciri-ciri pembentukan al-Fateh ada di sini, dan Ammar adalah batch pertama yang melalui proses pembentukan ini. Ammar dihantar di sini bukan secara kebetulan tetapi penuh perancangan rapi bagi mempersiapkan dirinya untuk ummat. Namun Allah lebih mengetahui hikmah di sebaliknya.
Terdapat dua watak pada dirinya, iaitu watak al-Fateh dan watak Abu Ayyub. Barangkali Ammarlah Al-Fateh (pembuka) yang akan membuka dan menghidupkan jiwa2 yang lain, dan watak Abu Ayyub sebagai perintis kepada laluan tersebut.

2 ulasan:
assalamualaikum . saya nak tanya . kos sara hidup sbgai seorang pelajar dkt sana mcm mana ya ?
Assalammualaikum. Saya nak tanya , alamat penuh madrasah itu apa?
Catat Ulasan