SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
~selamat datang ~

22/11/13

AHMAD AMMAR- KEPERIBADIAN DIMATA RAKAN DAN YANG MENGENALINYA

Cerita tentang Allahyarham Akhi Ahmad Ammar.

 
Bismillah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oleh kerana  ramai yg bertanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yang baru-baru ini menggemparkan ummah dengan pemergian arwah menghadap Ilahi. Maka saya sabagai sahabat sepengajian beliau di Turki berasa brtanggungjwab untuk memperkenalkan serta mempromosikan segala kebaikan yang arwah pern
ah lakukan semasa hayatnya. Mudah-mudahan ia dikira ilmu bermanfaat yg dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan shingga kiamat). Harap kepada sesiapa yang membaca, baca lah sampai tamat. Maaf ia agak panjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dengan banyak ayat yang tidak tersusun.


 


Arwah  ialah antara student Malaysia terawal ( arwah merupakan batch ke- 2, manakala saya pula batch yang  ke-4 walaupun sampai sekarang, student Malaysia d Turki tak sampai pun 35 org) yang sanggup mlawan arus perdana apabila memilih Turki sebagai destinasi pngajian setelah SPM. Atas sebab itulah kami memanggil arwah sebagai  Abg Long. Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sebagai pelajar kedua terbaik SPM 2010 di Royal Malay College dengan pencapaian  9A1 1A2, bertindak  memilih menyambung penagjian di Turki, negara yg sering dilabel sbg negara eropah yg 'sakit'. Bukankah sepatutnya arwah  ke tempat yg lebih berprestij.Menyambung pengajian di Turki, ingatkn belajar medic  atau engineering, sebaliknya arwah  memilih pengajian sejarah. Sejarah yang seringkali dianggap sebagai bidang yg sering diambil oleh student gred C dan D, sejarah Uthmaniyyah plak tu. Masha Allah. Bila pertama kali saya Tanya arwah  mengapa  mmilih Turki dan belajar  sejarah. Jawapan arwah  "Turki  dulu pernah jadi pusat Dunia Islam 600 tahun, tiada kuasa dunia yang  lebih lama daripada itu. Negara lain pun respect dan tunduk kepada Turki, mengapa  kita tidak  bangga ?  Itukan sejarah kita. Kita boleh kembalikan  sejarah itu.  Lepas kita  belajar tinggi-tinggi  akhirnya  org yg kurang belajar  pula control kita. Atas sebab itulah  ana belajar sejarah". Cukup tersentak dgn jawpan tajam beliau.

Arwah  seorang yg sangat pendiam, tapi apabila sesekali arwah  bercakap, semua org ingin mendengar  dan akan mengingat perkara  yg arwah cakap. Arwah  juga sangat susah nak gelak ketawa, tapi sesekali arwah ketawa semua orang akan mengingat bila dan apa yang menjadikan arwah ketawa. Seingat  saya, arwah seorang yang  sangat kekok jika dalam situasi bercakap dengan perempuan . Pernah sekali arwah bawa  student Malaysia overseas yang datang bercuti di Turki dan kebetulannya perempuan. Oleh kerana arwah malu nak beritahu  perempuan tersebut, arwah sanggup call seorang sahabat kami yang ambil master di Turki...semata-mata minta tolong suoaya dapat beritahu  perempuan tu apa yang dia nak  maklumkan. Padahal arwah berada  di hadapan prempuan tresebut. Masha Allah begitu sekali arwah  menjaga dirinya.

 
Arwah juga seorang yang sangat rajin menolong, kalau ada apa-apa  program di rumah. Arwahlah orang  pertama yang sampai untuk membantu bentang tikar, sapu-sapu, kadang-kadang  masak dan hidangkan makanan. Arwah jualah yang akhir  sekali balik sebab ingin membantu menggulung tikar, sapu-sapu balik, basuh pinggan dan bungkuskan makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku arwah. Arwah sangat bersopan santun, sangat berjaga-jaga ketika bertanya dan sangat berdisiplin. Arwah pernah menceritakan bahawa "dulu mase kecik-kecik memang kuat main-main tapi lepas masuk RMC memang kena train habis".

Saya cukup rapat dengan arwah dan keluarganya malah saya mengenali bapa arwah iaitu  Hj. Azam  10 tahun lamanya. Mana tidaknya ayah arwah mengajar saya mengaji sejak berumur 8 tahun, atas permintaan bapa arwah  (ketika itu masih Presiden ABIM) sejak itu,  saya aktif dalam progarm ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak saya sampai di bumi Turki. Jika hari  sabtu dan ahad, saya akan prgi ke rumah arwah  di Fetih Mahallesi (pada hari-hari lain saya berada di asrama Turki), kami makan sama-sama, arwah memasak, sama-sama bersukan, berdiskusi sehingga menulis di  whiteboard dan akan tidur di bilik arwah. Seingat saya, antara cara arwah sebelum tidur dan bangkit tidur ialah :  akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul. Pada masa itu saya ingat mungkin dari sekolah menengah lagi  arwah sebegini. Arwah seringkali  tidur lewat kerana membaca buku (buku-buku arwah banyak yg dah ghabak dan banyak tulisan menunjukkan sememangnya arwah membacanya dengan bersungguh-sungguh). Pada bulan lepas, saya diminta untuk membuat perbentangan mengenai sejarah Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM). Arwahlah menjadi rujukn utama. arwah  pun memberi  buku-buku dan artikel-artikel sabagai persediaan untuk saya. Arwah juga cadangkan kepada supaya setiap minggu mesti ada student yang akan membuat pembentangan mengenai perkara mengikut bidang masing-masing.

 Ketika Eid Adha yang lalu, kami (student Malaysia) berkumpul bersama-sama selama seminggu. Dalam tempoh  seminggu itu terdapat satu hari full porgram dari pagi sampai malam. Kami dibahagikan  mengikut kumpulan. Ditakdirkan Allah, kumpulan  saya diketuai oleh arwah. Namun yang lawaknya nama kump  yang arwah namakan ialah 'Fatih Var Mı? Nama itu bermaksud "Fatih , ade ke ?" Hal ini disebabkan arwah  sangat meminati Sultan Muhammed Al-Fatih.  Kejadian itu sangat kelakar sebab nama kumpulan kami berbentuk soalan. Jadi setiap kali nama kumpulan kami dipanggil, maka semua akan ketawa terbahak-bahak termasuk kami dan arwah sendiri. Tugasan kami adalah pergi ke muzium Atatürk dan buat sedikit research. Sementara didalam muzium itu, arwah  seolah-olah  menjadi penceramah apabila sagala-gala gambar yang ada didalam muzium tersebut beliau terangkn dengan detail lebih daripada petugas muzium terangkan kepada kami.

Pernah sekali ketika  makan malam di rumah arwah , arwah menceritakan pengalaman  semasa mengikuti misi kemanusiaan di Syria. Kata arwah "Ana ni bukannya reti Arab". semua orang yang menyertai misi ini tahu bahasa arab dan apabila tentera Syria tanya dari mana datang, mereka jawab Syria (walaupun bukan sebenarnya). Bila sampai giliran arwah ditanya, arwah menjawab Maliziya, terus tak dapat masuk. Tapi, Alhamdulillah arwah berjaya juga mencari jalan belakang dan masuk pada waktu malam secara sembunyi. Sebelum arwah  pergi, arwah pernah berkata "ana kaluu tengok prempuan-perempuan Turki ni mesti rasa macam nak kena kawen da ni, x tau sebab apa".

Ketika arwah bermalam di wad hospital Syria ,  terdengar bunyi bom yang sangat kuat, terus arwah mengucap dan bersedia untuk syahid (kerana salah satu tujuan arwah ke Syria juga adalah untuk syahid). Kemudiannya  tidak ada  apa-apa  yang berlaku . Seterusnya arwah  terus tidur. Dalam tidurnya beliau bermimpi bertemu bidadari.

Ketika hari terakhir arwah di Syria, arwah ada bertanya kepada sorang pemandu di Syria (kebetulan driver tersebut boleh  berbahasa Inggeris sedikit) Arwah bertanya "Mengapa pemuda di sini berani betul dan nak syahid" Jawab driver tersebut "pemuda di sini dah tak pandang pada harta benda dan wanita. Mereka semua hanya menunggu syurga dan bidadari syurga. Sebab itulah diorang nak syahid". Arwah pun ceritakan perkara yang  dimimpikan kepada driver itu. Maka driver itu pun membalas, "awak ni boleh mati syahid ni".

Sekembalinya arwah  ke Istanbul dengan selamat, kamipun (sebab baru habis baca buku 'Kemenangan yabg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkan arwah sebagai  'Syahid yg Trtangguh'. Apabila arwah  ceritakan kepada  kami tentang mimpi itu, kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari-hari  berikutnya arwah memang berubah, setiap kali arwah  memandang  perempuan, tiada apa-apa yang dirasainya. 'Ajaib!!!


Pernah juga arwah meminta  saya, "nta tolong ngaji time ana kawen nanti ye" saya pun jawab sambil tresengeh "dah dekat ke? dengan orang mana?" Arwah jawab "ana mintak ayah ana carikan, ayah nak cari orang bosnia" katanya sambil berseloroh. Arwah juga berkata "nanti kalau ana meninggal di sini pun nta tolong ngaji juga sikit paling-paling pun Qul huAllah pun ok la" saya pun jawab "tak yah la cakap macam tu".

Bebarapa hari sebelum arwah pergi menghadap Yang Maha Esa, kami bertemu dalam satu majlis makan malam di Çamlıca yang turut dihadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kebetulan beberapa hari sebelum itu pula, saya berkesempatan bertemu dengan Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nanti saya terangkan mengapa saya selitkan nama Dr. Davut). Arwah tanya saya macam mana boleh jumpa Dr. Davut sebab arwah nak sangat berjumpa degannya. Saya jawab Dato' Seri Anwar Ibrahim yang bawa jumpa masa dia datang ke Beşiktaş hari itu. Arwah memaklumkan bahawa Dr. Davut seorang yang sangat bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) sahaja sudah boleh menggerunkn musuh-musuh Turki. Pada malam itu arwah bercakap banyak lebih daripada biasa.

HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi tidak  saya sangka, rupa-rupanya itulah pertemuan perpisahan kami di ardhillah ini kerana 2 hari selepas itu, insan yang sudah saya anggap seperti abang dan murobbi telah dipanggil menghadap Tuhannya. Arwah pergi meninggalkn kami dan ummah buat sleama-lamanya. Saat arwah ingin melintas di jalan raya, kaki arwah tergelincir kerana jalan memang agak licin, arwah terus dilanggar sebuah ambulan dan terkena bahagian  bahu arwah (faham-fahamlah betapa lajunya ambulan di Turki ). Kami terus ke hospital untuk urusan forensik. Ibu bapa arwah tiba di airport pada besoknya dengan keadaan yang cukup tenang (saya tidak pernah melihat wajah setenang mereka yang baru sahaja kehilangan seorang permata yang lebih awal dipanggil oleh-Nya, malah arwah merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga). Saya masih tidak dapat menerima hakikat ketika itu, ia seperti mimpi. Setelah jenazah dimandikan, kelihatan peluh masih ada pada wajah arwah. Saya kenal wajah arwah  semasa  tidur dan begitu lah wajah yang sama pada ketika itu. Sememang saya merasa ingin kejutkan dia. Namun Allah lebih menyayangi arwah.

 Ketika jenazah arwah disolatkan di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yang hadir. Pada ketika itu, saya yakin beliau seorang yang tiada musuh. Rakan-rakan arwah sama-sama ponteng kelas pada hari itu sebab lecture turut tidak hadir ke university... semata-mata untuk bersama solatkan jenazah arwah. Saat dikebumikan di perkuburan Eyyüp Sultan Camii, ramai yang tidak menyangka arwah boleh ditempatkan di situ (kerana perkuburan tersebut juga ada maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yang lain. Jadi agak luar biasa kalau orang yang tiada kaitan dengan kerajaan tambahan pula foreigner untuk ditempatkn di situ)

Masya Allah. Ketika itu, kawan-kawan university  arwah turut mmakai lencana gambar beliau pada pakaian masing-masing. Dalam video yang telah dipaparkan, sebenarnya bukan saya dijemput untuk membaca surah Al-Ikhlas (tidak seperti yang tertera dalam video), tapi sayalah yang minta untuk baca. Saya beritahu kepada Hoca bhw Al-Marhum bahawa arwah perrnah meminta saya baca pada masa ini. Saya pun membaca surah Al-Ikhlas sebnyak 3 kali (didalam video itu merupakan bacaan kali pertama), bacaan kali ke-2 dan ke- 3 saya sebak dan tidak dapat menahan air mata yang mengalir mengenangkan permintaan arwah semasa hayatnya yang pada masa itu saya fikir arwah brgurau. Setelah selesai urusan pengkebumian, bapa arwah berjumpa saya dan berkata  smbil senyum "nanti baca lama-lama lagi", saya terdiam, hati saya berkata "pakcik ni tak rasa sedih ke, saya lebih emosi dari bapa arwah ketika itu. Pada keesokan harinya, bapa arwah  mendapat panggilan telepon daripada Dr. Davut yang turut mengucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka orang yang teringin sangat arwah  nak jumpa semasa hidup tapi tiada berkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mendapat pengetahuan orang itu. Beberapa hari yang lalu, fakulti arwah di Univ. Marmara telah menanam sepohon pokok yang diberi nama bersempena nama arwah. Papan utama di Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yang brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa arwah tatkala melihat suasana tersebut berkata kepada saya sambil menggeleng kepala "ini bukan anak yang pakcik didik ni, mesti ada orang lain yang mendidik dia sampai ke tahap ini."

 
Akhir sekali sebelum arwah  pergi, status terakhirnya di FB dicatatkan surah Taubah ayat ke-111 iaitu Allah berfirman "Sesungguhnya Allah membeli orang-orang  mukminin, diri mereka serta harta mereka degan syurga". Ayat tersebut  cukup memberi kesan kapada sesiapa sahaja yang membacanya. Saya redha arwah telah pergi. Hanya ilmu, nasihat dan semangat yang arwah tinggalkan kepada saya. Kalau dulu orang sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa terbahak-bahak. Namun kini kalau disebut lagi, hanya wajah arwah yang akan dikenang dan air mata akan mngalir. Ramai antara kami ingat akan perkara yang terjadi kepada  arwah akan menjadi kerisauan ibu bapa di luar untuk menghantar anak mereka ke Turki. Namun kuasa Allah rupa-rupanya arwahlah pencetus dan pembuka mata masyarakat untuk mula mengenal apa itu Turki disamping menjalinkn hubungan yang erat antara Malaysia dan Turki.

Sungguh, arwah hebat,hebat, memang hebat!!!. Moga dengan hanya menonton video  ramai lagi pemuda-pemuda  yang akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Saya pasti dan akan selama-lamanya mencemburui arwah. "Abg Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan arwah ditempatkan bersama para mukminin.
Al-Faatihah.

MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
İSTANBUL,TÜRKİYE

_________________________________________________________

Memang tepat sekali apa yg telah dinyatakan. Aspek2 rohani & akhlaq Almarhum anakanda Ahmad Ammar telah diperkukuhkan & "disempurnakan" sejak beliau menekuni pengajian kitab Risalah An-Nur di bawah seliaan jamaah Hayrat. Ianya begitu jelas ketara pada dirinya di sepanjang tempoh lebih 2 bulan semasa pulang bercuti di Malaysia baru2 ini. Akhlaqnya sarat dgn nilai2/ciri2 seorang "Wakaf" kepada Hayrât Vakfı, siap-sedia berkhidmat kepada sesiapa sj....hampir tiada cacat-celanya....tidak perlu mcik ina perincikan di sini, cukup sekadar kami sekeluarga khususnya ayahandanya Ahmad Azam Ab Rahman telah didorongkan oleh Allah taala agar memilih jamaah Hayrat sebagai "penjaganya" sebaik kami melepaskannya ke Turki pada Mei 2010. Tiada kata2 yg sesuai diungkapkan bagi menyatakan penghargaan buat semua saudara2 kami dalam Hayrat Vakfi....melainkan bersyukur pd Ilahi yg melimpahkan kasih-sayangnya buat kami semua.

Tiada ulasan: