SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
~selamat datang ~

21/11/13

BIODATA AHMAD AMMAR



Tribute to Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam [ 1993-2013 ]

Ahmad Ammar adalah seorang pelajar Malaysia yang dimuliakan di Turki. 

Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulans ketika melintas jalan di Istanbul, Turki.




Anak yang taat kepada pasangan Ahmad Azam Ab Rahman dan Puan Nur Azlina. satu-satunya anak lelaki dan anak harapan terbaik kepada kedua2nya.

Pelajar tahun dua Universiti Marmara. Seorang pakar sejarah Uthmaniah dalam pembikinan. Mahir berbahasa Turki moden dan Turki Uthmaniah. Anak yang sengaja dihantar ke Turki sebagai persiapan untuk membentuknya menjadi pemimpin masa depan. Dijaga rapi di bawah penjagaan Hayrat Vakfi dan diberi didikan spiritual sepenuhnya oleh Hayrat Vakfi. Lembut budibicara dan tuturkata, menghormati orang tua. Kebaikan2nya disaksikan oleh banyak orang.

Anak yang cuba dipersiapkan ini dengan segala persiapan akhirnya pergi terlebih dahulu.

Hanya Allah yang mengetahui hikmah segala sesuatu.

Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang2 Soleh dan syuhada.

Semoga Allah turut memberi ketabahan kepada keluarganya, dan buat seluruh adik2 pelajar2 Malaysia di Turkiye semoga kalian juga tabah menghadapi berita ini.

Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa 'Afihi Wa'fu 'Anhu.



 Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.




                       **************************************************
 
 Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.



 
 
 
                      ******************************************************
 Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.


Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.


Innalillah wa inna ilaihi raji'un. Al-Fatiha
 
 

Tiada ulasan: